Albert Centre & Bugis Area

dah puas berposing kat merlion park tu kitorang menapak ke mrt city hall.
ambik mrt ke bugis. tambang SGD1.10 sorang.

IMG_2178

terus ke albert centre. mau makan lorrr.
albert centre ni adalah food court.
korang kena ke belah belakang sikit sebab halal stall semua kat belah belakang.
jangan risau, takkan ada bau oink oink ke hapa sebab memang ada jarak antara halal dengan non halal punya stall.

IMG_2179

IMG_2184 : : ada lebih kurang 6 stall halal : :

IMG_2182 : : air tebu nya sedappp manisss. tapi lepas minum air tebu ni gak la saya tercirit. adoi laa. saya ni kena sumpahan tak boleh minum air tebu ke cemana ni? : :

IMG_2181 : : mee rebus sedap : :

IMG_2183

IMG_2185 : : nasi ayam penyet katanya. tapi tak penyet pun. dan tak sedap huhu : :

IMG_2186 : : nasi goreng ala mamak. sedap : :

actually kan, saya ada tulis semua cost perbelanjaan kat dalam ipad.
tapi tah cemana balik KL semua yang saya simpan dalam notes hilang ghoib camtu je.
ada yang sempat saya tulis tu sebab awal awal saya dah draftkan dalam entry.
so tak dapatlah nak share kat korang berapa cost makan dan shopping bermula dari entry ni.
ceh macam lah duduk berhari hari kat singapore ni.
esoknya dah nak balik pun. hiks.

dah kenyang perut, kitorang pi masuk dalam bugis junction mall.
mau cari barang yang dikirim oleh nida.
malangnya barangan tersebut sudah tiada pengeluaran lagi di singapore. sekian.

IMG_2187

IMG_2189

IMG_2191 : : hiasan warna warni sebab nak sambut krismas kan : :

lepas tu jalan jalan kat belah luar bugis street.
meriah la macam macam orang berjualan.

_MG_6669

_MG_6674

_MG_6676 : : orang memang sokmo meramai kat bugis street ni ha : :

sambung bershopping lagi dalam bugis street.
ngabihkan SGD di tangan.
belikan yaya jam.
pastu beli beg dengan stationery untuk anak anak sedaraku.

_MG_6677

_MG_6678

_MG_6679

_MG_6680 : : hasil perbelanjaan : :

malam tu tak dinner pun sebab memasing macam mengenyang je.
balik hotel packing beg segala.
pastu zzzz. tak sabau oiii nak tinggalkan bilik berkotak ni. sesak napasss derrr..

4 thoughts on “Albert Centre & Bugis Area

  1. macam best je jalan2 singapore kak. sy ni husband org joho tp belum menyempat nak pegi tanah seberang tu. roughly kalau nak beli2 belanja bape budget ye kak?

    • kalau nak beli belanja2 tu bawak berapa pun tak cukup haha.
      ikut memasing la kot. akak ni biasa pun beli fridge magnet & tshirt je.

Comments are closed.