Blog Maya Dot Com

Pengiklanan di Blog Maya Dot Com

Assalammualaikum…

Saya nak update info dan rate terbaru untuk sesiapa yang berminat nak iklan kan produk atau promote blogshop kat blog saya ini.

Cuma nak bagitau sesiap, views dan unique visitors saya dah tak sekencang dulu. Dulu 1000 ke atas unique visitors nya, tapi sekarang ni setakat 700 – 800 je.
Agaknya semua readers dah cabut lari kot he he.
Tapi ok je. Saya tetap berdiri teguh di sini. Takyah nak teguh sangat la normaya :-p

NnangFeb2014

Ada 3 jenis iklan yang saya offer kan iaitu :

HEADER

Saya akan letak banner blog/website korang kat atas blog saya ni.
Cuba tengok kat bahagian atas tajuk entry yang pertama.
kat situ lah ruang nya. Sama dengan iklan Nuffnang.
Bayaran cuma RM30 untuk sebulan.
Saiz banner 728 x 90.

Kalau sesiapa yang ada coding sendiri untuk blog/website, amatlah saya alu-alukan so tak payah saya sesusah nak create coding.
Saya boleh masukkan terus korang punya coding.
Kalau takde pun takpe, email je kat saya banner korang.
Banner kena buat sendiri lah yer.

STICKY MODE ENTRY (72 JAM)

Maksudnya saya akan tulis satu entry khas untuk memperkenalkan blog/website korang.
Entry tu akan jadi STICKY MODE selama 72 jam.
Dan biasanya saya akan up kan setiap hari Jumaat.
Kalau sesiapa tak faham apa itu STICKY MODE, maksudnya entry promosi blog korang tu akan sentiasa ada kat atas selama 72 jam walaupun saya dah update cerita lain.

Untuk Sticky Mode Entry ni saya perlukan barang untuk direview.
Contoh blogshop korang jual tudung, so saya perlukan sehelai tudung untuk direview dan saya caj sebanyak RM20.

MINI ADS

Mini ads ni iklan di bawah entry saya.
Maksudnya lepas saya tulis story mory pasal saya, kemudian saya akan selitkan iklan blogshop/website korang.
Tapi untuk mini ads ni saya cuma akan letak nama produk, sekeping gambar, kelebihan produk dan link website/facebook/instagram sahaja.
Bayaran RM10. Tak perlu bagi barang.

Kalau berminat nak beriklan kat blog saya yang tak seberapa ni, boleh email saya myasefia@yahoo.com

Saya akan letak copy paste entry ni kat bahagian tab Iklan di Blog Maya. So lepas lepas ni korang boleh refer kat situ je k?

P/S : Semua iklan akan di link kan ke Facebook, Twitter & Instagram saya.

Terima kasih! ^__^

    4 thoughts on “Pengiklanan di Blog Maya Dot Com