jom baca cerita cuti cuti saya ke kuching pulak.
yang dah follow blog lama saya tau lah saya dah penah pegi kuching ni dulu. tahun 2007 kot tak silap.
pegi dengan fin, kak illa & nazri.
plan nak ke kuching ni kak aida, officemate saya yang cetuskan.
saya memang tengah cari tempat nak cuti jalan jalan sempena birthday.
bila kak aida ajak pegi kuching, saya cam hmm ok gak sebab saya pegi kuching pun dah 7 tahun lepas.
encik z pun tak penah sampai kuching lagi. so lets lah.
tiket beli bulan oktober 2013.
RM190 return untuk 2 pax. saya tak beli luggage pun sebab 3 hari 2 malam je pun. 17 – 19 januari 2014. jumaat, cuti thaipusam – ahad. so memang takde ambik annual leave pun.
sumbat sumbat je baju bagi buat kat dalam beg puma saya yang baru. ceh ceh nak gak mention beg baru kan.
flight pukul 7.25 pagi.
macam biasa dari jasmine call cab.
tapi boleh plak takde satu pun cab yang available.
gempar ok.
last last kitorang turun je tunggu kat bus stop.
bayangkan pukul 4.30 pagi pose pose maut kat bus stop berharap ada cab lalu.
alhamdulillah tak lama ada satu cab lalu.
budak muda. suara sedap. kemain lunak dia bercakap. tergoda saya.
tapi saya tak nampak la plak rupa parasnya.
saya saspek tak hensem berdasarkan biasan cahaya lampu neon di tepi jalan. matiklaa..
macam biasa gak dari kl sentral, lompat naik bas ke lcct.
sampai kat lcct pukul 6. verify dokumen segala. solat subuh.
pastu bertenang tenang sampai la boarding.
memang tau akan melapau, so dah order makan sesiap.
: : encik z makan spicy tuna wrap RM9 : :
: : saya makan sphagetti chicken bolognaise RM12 : :
: : berpuluh kali naik flight, tatap gak nak snap gambar sayap kapalterbang hihi : :
lepas satu jam 45 minit perjalanan, selamat lah mendarat kat lapangan terbang antarabangsa kuching sarawak.
: : kena beli kupon teksi di sini : :
tambang dari airport kuching ke hotel RM26.00.
oh, lupa nak bagitau trip ni selain saya dan kak aida, kak gee pun joint juga.
cumanya flight kitorang tak sama.
depa dah sampai semalamnya lagi. saya je baru sampai pagi ni.
kitorang sepakat nak duduk kat hotel grand margherita.
masa sampai kat hotel dalam pukul 10.30 pagi camtu.
saya saja la try kot kot boleh check in awal.
alhamdulillah boleh. yeyy. so tak yah tumpang bilik kak gee.
sebab plan awal nak tumpang letak beg kat bilik kak gee.
: : selfie dulu : :
: : bilik dan katil : :
: : kelas tak kelas boleh pilih jenis bantal cemana yang ko nak : :
: : by default saya dapat bantal soft pillow : :
: : encik z dapat firm pillow : :
macam takde beza je 2 bantal ni?
ke mungkin ada beza kecik yang saya tak perasan pun.
janji bantal sudahhh hehe.
: : ada iron dan iron board. like seratus kali : :
: : kettle & mini fridge : :
: : toilet pun begini (Y) : :
: : view dari bilik : :
: : lobi : :
: : coffee house : :
: : swimming pool : :
kitorang lepak lepak dalam bilik je dulu.
encik z layan dengkur seround.
memang plannya trip ni nak leisure leisure je pun.
no rushing rushing gitu.
rate bilik korang jangan tanya saya ek.
sebab hotel ni hotel panel office saya ni ha.
so ada potongan harga special gitu.
korang boleh pegi kat website Hotel Grand Margherita ok?
Kuching best kan
kalau ada rezeki nak pergi lagi
haah best. sebab dapat makan seafood murahhhh ehheehe..
best2. baguslah maya ni jln2 cuti malaysia
siapa lagi nak jalan cuti2 malaysia kalau bukan kita hehe..
saya pon g Kuching last thn 2006 mcm tu..best gak klu dpt repeat blk nie..
tu la.. Kuching best. sila repeat.
akak pun nak repeat cuma taktau bila 😀
teringin jugak nak pergi kuching..
kasi settle satu2 holiday baru boleh pk
june last pegi taun 2012 kot..best kannn hotel tu..biliknyer cantik n selesa angattt2! (Y)
next time nak pegi lagi..pun xtau bile..hehe..tgu AA wat promo lah..
tu la tunggu promo AA boleh pegi lagi 😀
Saya pi kuching 2004. Lupa hotel apa tp sebelah hotel tu ada tokong hindu. Dengan kompleks tun jugah ka apa tah tu sampai ke waterfront menapak ja.
Agak bengong la juga 1st day sampai sana. Membuta kat bilik plan nak jln2 ptg pukul 5 sekali pukul 5 itu sudah malam hahaha.
kebanyakan hotel memang menapak ja kan pi waterfront.
haah pukul 5 petang dah samar2 kegelapan dah kan..