Irfan Sup

last week sabtu saya menggagau pi cari post office yang bukak.
dari gombak ke melawati semua pun tutup.
pastu call la customer service pos malaysia. katanya kat batu caves bukak sampai pukul 8 malam.
so pegi lah di situ.

actually saya nak pos balik baju baju poplook yang saya baru beli.
kekdahnya semua pun cam mengetat dan melekap. huhu.
tu la best shopping kat poplook ni kalau rasa tak ok boleh je pulangkan balik kan.
tapi duit tak dapat full la, tapi still ok la kot kan dari tak dapat apa.

settle urusan kat poslaju, nak cari makan.
nampak kedai makan irfan sup ni.
cakap ngan encik z jom lah try.

image

nama kedai pun irfan sup kan, so memang sup sup lah yang dijual.
ada bihun sup, mee sup, kueyteow sup, semua pun berunsur sup lah, korang boleh tengok menu kat gambar bawah ini.
eh laksa dengan mee rebus pun ada juga tau.

image

image
: : nescafe tarik & teh o ais : :

image
: : saya order ni ha, nasi putih, sup daging, telur dadar, timun & sambal belacan : :

image
: : encik z makan bubur nasi sup daging : :

image
: : sambal kicap tu sedapppp : :

korang kalau nak cuba sup kat kedai ni sila lah.
lokasi kedai ni berdekatan dengan poslaju batu caves.
kira kalau korang datang dari simpang jalan besar mrr2 tu, akan jumpa kedai ni dulu kat belah kiri, sebaris dengan poslaju.

selamat menjamu selera!

Posted from WordPress for Android

8 thoughts on “Irfan Sup

  1. slalu gak ulang-alik area situ tp x penah lak nmpk kedai nie…dasar jln menonong btul saya nie..sib baik x minat sgt sup2 ni,klu x msti rasa nk hntuk kepala…hehehe

Comments are closed.