Dinner di Topspot

sampai bilik berwhatsapp dengan kak gee & kak aida.
plan nak dinner sesama malam ni.
lepas maghrib camtu semua pun dah bersiap siaga kat lobi.
nak makan seafood kat topspot @ taman kereta.
memang sini lah tempat makan yang famous sedap dan murah.
saya penah makan 6 tahun yang lampau jua di sini uhuu..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kami makan kat kedai nombor 10. ABC Seafood : :

mujur gak kitorang awal, so dapatlah seat molek.
sebab lelepas tu tengok dah meramai dah orang.
kuasa mengorder food diserahkan sebulat bulat pada saya. hikss.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : air oren 2 jug : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : midin goreng belacan : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : udang nestum : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : ketam telur asin : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : siakap 3 rasa : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : makan tak pandang kiri kanan dah : :

semua makanan pun sedapppp lazat tak terperi.
paling sedap udang nestum tu.
ni sekarang dah teringat ingat saya ni ha.  total makan termasuk air RM338.  kalau bahagi 10 orang, tak sampai RM40 pun.
korang kalau ke kuching sila lah ke topspot yer.
dari hotel/tugu kucing tu jalan kaki je.
dekat bebenau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kak aida sefamily : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kak gee sefamily : :

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : saya sefamily : :

kak gee, kak aida dan saya memasing tinggal sorang anak kat rumah.
takpe yasmin, nanti one fine day mommy akan bawak gak awak ke kuching. ini pasti bukan janji, insya Allah dengan keizinanNya 🙂

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : berebut orang nak bergambar kat tugu kucing : :

lepas dinner saya dengan encik z balik bilik.
perut dah kenyang harus melingkar cam ular sawa.
selamat malam kuching!

6 thoughts on “Dinner di Topspot

  1. oit terkenang2 itu sayur midin dan jugak lobster…
    lobster kat sana murah wei..kalau kat kl setakat tgk kat menu jelah..

Comments are closed.