19 January 2014

19 januari hari tu kan birthday saya kan, saya tak up apa-apa entry pun kan, eh ada la 1 entry on 19 januari itself.
so entry ni saya nak cerita keterjadian yang terjadi 19 januari hari tu.
17 – 19 januari saya ada kat kuching sarawak. entry tu macam biasa lah, like foreverlah korang kena tunggu.

19 januari flight dari kuching ke ke kl pukul 10.30 pagi.
pagi tu bangun terus pi breakfast.

cats : : ini yang saya breakfastkan pagi itu : :

pastu tetiba encik z keluarkan sepotong cheese cake.
rupanya ia dah beli dari malam tadinya, tapi dia tengok saya dah lena tidur, dia tak sampai hati nak kejut pukul 12 tengah malam tu.
olololo sweet sangat nih.
so kita potong lah di pagi hari jadi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : normaya di usia 35 tahun : :

lepas breakfast terus check out, tahan cab pegi airport.
oleh sebab tak order food, so elok masuk plane terus saya tutup mata dengan blindfold bersedia untuk tidur.
saya tersedar sebab tetiba dengar suara stewardess panggil ‘cik normaya mukhtar.. cik normaya mukhtar..?’

encik z dah geleng kepala dah kat depa sebab kitorang memang tak order food kan.
tapi tetiba depa patah balik, kejut saya.
saya pun cam ‘kenapa yer?’
depa mintak boarding pass, pastu depa tanya ‘today is  your birthday?’
saya angguk senyum je la. dedua serentak wish ‘happy birthday!’
saya say thank you pastu terus la sambung tidur.
dalam hati cam ‘ko kejut aku tidur semata mata nak wish birthday? sabar je la’

elok nak landing tetiba ada plak announcement dari ketua pramugari.
katanya this is special annoucement. air asia would like to wish a very happy birthday to cik normaya mukhtar who celebrate her birthday today.

duhh.. segan saya. tapi of coz la gembira.
siapa je yang tak gembira orang wish birthday betul tak?
tq air asia. u guys really made my day.

download : : ketua pramugari bernama nazween yang baik, cantik dan bersuara lemak merdu : :

oleh sebab tak order food dalam plane, wajib wajib sampai kl je melapar.
tapi malas nak makan kat lcct, so bertahan sampai rumah.
makan kat old town rampai biz park. ambik meal promotion CNY.
spicy chicken chop RM11.90. cendol freeze RM7.50.  set my lunch 14 + hazelnut white coffee RM13.00.

cats

kalau ikutkan malam tu malasnya la haihh nak keluar, tapi kenangkan birthday setahun sekali, gagahkan diri jugak.
saya dengan encik z dinner kat wadihana islamic steakhouse.
alah kat PV128. dekat je dengan jasmine.

IMG_2586

IMG_2569 : : suasana dalam restoran : :

IMG_2570 : : buku menu : :

IMG_2566 : : know your meat! : :

IMG_2573 : : lobster combo!! terliurrrr.. tapi saya tak order yang ni sebab baru je makan lobster kat kuching hehe : :

IMG_2571 : : fresh calamansi juice RM4.90 & apple lemonade RM5.90 : :

IMG_2575 : : lamb shoulder RM20.90 : :

IMG_2580 : : grilled tenderloin steak RM35.90 : :

IMG_2581 : : muka pucat lesi tak kuasa nak mekap segala. letih kot! : :

IMG_2585 : : tq suami! for everything! : :

IMG_2582 : : creme brulee RM13.90 : :

sedap makanan kat wadihana islamic steakhouse ni.
bukan senang nak cari restoran yang serve steak dengan kehalalantoyibban 100%.
u guys shud try tau. search facebook Wadihana Islamic Steakhouse PV128. ada alamat kat situ.

Untitled : : siap depa snap gambar dan upload gambar kita kat facebook : :

esok nya kat office saya jamu kawan kawan dengan kek & pulut kuning rendang daging.
saya order kat SINI.  sedap rendang daging nya tau.

IMG_2589

IMG_2590

IMG_2591 : : terima kasih kak as! : :

terima kasih jugak semua yang wish dan mendoakan kesejahteraan saya.
hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya 🙂

10 thoughts on “19 January 2014

  1. homaigudnes sedapnye kelihatan mekanan2 seperti yg dipertontonkan di dalam gambarajah di atas!!! *usap perut sambil menyapu airliur yg mulai menetes*

  2. lor sy ingatkan en.Z yg request pramugari tu suh buat announcement utk isterinya..
    hehehe..

  3. “happy birthday cik normaya mukhtar, kami di airasia menghadiahi anda dengan tiket pusing yiurop selama tiga minggu secara percuma” kan ke sedap sikit bunyik nya

    • walaupun airasia tak pegi europe. bagi tiket paling jauh airasia pegi la nyah.
      mana paling jauh ek? *bukak website airasia

Comments are closed.