Ulangtahun

Assalammualaikum korang….
Terkejut tak tetiba hari Ahad ada entry ni?
Heee.. Sebab dah jarang kot saya up entry weekend/public holiday.
Tapi hari ni nak up jugak sebab hari ni hari jadi saya!
Hari ni harijadi saya yang ke 35 tahun.
Dah pertengahan 30an orang kata.
Alhamdulilah di usia 35 tahun ni macam macam jenis kebahagiaan dan rezeki yang Allah SWT pinjamkan pada saya.
Kebahagiaan dan rezeki yang saya perlu, bukan yang saya mahu.
Hari ni jugak genap 10 tahun saya berblogging!
Uhu!
Entry pertama saya 19 Januari 2004 kat http://myasefia.blogdrive.com
Masa tu saya duduk dan kerja kat Melaka.
Asalnya memang tulis blog sebab nak abadikan kenangan mengandungkan Yasmin.
Tak sangka pulak sampai 10 tahun gigih menulis walaupun kadang kadang tu ntah hapa hapa je pun yang ditulis hiks.
Apa apa pun, saya bersyukur di atas segala-galanya yang Allah SWT berikan.
Kegembiraan, ujian, keluarga, sahabat, kesihatan dan kerjaya.
Eh pendek kata semua yang Allah bagi, baik buruk semua pun ada hikmahnya.
Selamat hari jadi yang ke 35 tahun Normaya!
Selamat ulangtahun yang ke 10 blog!
Love love love (L) (K)
P/S : Saya bersiaran dari Kuching Sarawak ^__^

24 thoughts on “Ulangtahun

  1. Selamat Hari Lahir Kak Maya!
    semoga panjang umur, murah rezki, sihat2 selalu & sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.. 🙂

  2. Assalamualaikum,
    Patut cam ada keserasian baca blog Maya! Rupanya kita berkongsi tarikh lahir.. Hai, salam perkenalan.. saya Shima kwn kak Tinponpon masa kat sekolah asma loqstaq.. Selamat Hari Lahir, moga dibawah lindungan dan rahmatNya selalu..

  3. Selamat Hari Lahir Kak (dah belated pon kan) semoga akak trus drahmati & dmurahkan rezeki serta dkurniakan kesihatan yg baik spjg tahun…so blh la baca entri akak slalu 🙂

Comments are closed.