Tiada masa untuk Tuhan?

Ada beberapa rakan artis,model dan mereka yang berkerja dalam dunia penyiaran/hiburan/peragaan yang bertanya,maka ini jawapanku dalam bentuk cerita.  Ianya hanya rekaan semata-mata.Untuk memahami,cuba cari ‘kunci’nya.

 

_________________________________________________________________________________

 

Dia seorang pelakon dan juga pengacara terkenal Malaysia.Sebut saja namanya,semua orang tahu dan pasti akan terbayang lagak lincah & petah bicaranya.Hari itu sebelum ke udara dan jadi paparan di kaca TV Negara,dia disolek seperti biasa.Bersungguh-sungguh jurusolek itu mengenakan alat solekan berjenama antarabangsa itu mengikut raut wajahnya supaya nampak lebih ‘hidup’ seperti yang diminta.

 

Azan berkumandang di corong radio bilik solekan.

 

Selalunya,azan itu tidak diendahkan jika waktu untuk ke udara sudah hampir tiba,ditambah pula bila muka sudah disolek sempurna.”Leceh.Karang nak kena make-up balik.Nantilah solat lepas habis semua.”Itulah alasan basi yang sudah lali didengari.Menjadi kebiasaan untuk dia  mengQada’kan solat selepas rancangannya tamat,itupun kalau larat dan kalau ingat.

 

Entah kenapa hari itu,saat azan berkumandang,hatinya jadi sayu.Hiba tak menentu.

 

Terngiang-ngiang kata Arwah Ibunya sebelum dia terkenal dulu ; 

 

“Dunia boleh tunggu,nak.Malaikat maut,kalau Allah dah perintah,takkan tunggu kamu.Campak ke tepi hal dunia kalau dah masuk waktu solat.Solat dulu baru sambung kerja kamu.”

 

“Ayu,eh kenapa menangis ni?” sapaan jurusolek itu menyentaknyan dari lamunan.

 

Dia membisu dan terus mencari tisu.Diambilnya terus sekotak dan berlari menuju ke tandas berdekatan.Dibasuh wajahnya hingga hilang semua solekan.Dia mengambil wudhu’ dalam tangisan,sedu sedan.

 

 

“Ayu!Ayu!Dah nak start ni!Cepat!Make up pun tak siap lagi ni macamane?!”

 

Dia tak endahkan.”Ah,dunia boleh tunggu!” bentak hatinya.

 

Dia solat maghrib dengan menggunakan kain telekung ibunya yang sering dibawa merata-rata,hampir setiap masa keluar dari rumahnya,cuma kebelakangan ini sejak kesibukkannya menggila,dia jarang guna.Ya,jarang guna kerana sudah jarang sujud pada Pencipta.

 

Usai memberikan salam kedua di penghujung solatnya,dia rebah tak sedarkan diri.Nadi & degup jantungnya berhenti.Nafasnya berhenti.Nyawanya dicabut saat salam kedua diberi.

 

SubhanAllah..

 

Itu cerita dia.Itu cerita yang sempat ‘kembali’ pada masanya.Kita?Cuba bayangkan nyawa ditarik saat solat ditangguhkan,muka dalam tebal solekan & aurat dipertontonkan.Kamu rasa ke mana hala tuju pengakhiran?

 

“Read between the lines” #RBTL

 

_________________________________________________________________________________

 

Rakan-rakan artis,model,pengacara dan yang sewaktu dengannya,janganlah dek kerana kesibukan dan perkara-perkara dunia buat kalian lupa dan mengenepikan Agama.Jangan beralasan dengan Tuhan dan Agama.Dunia ini hanya mainan belaka.Dunia ini sarkis buat badut-badut yang leka.Aku sayang kalian,maka aku kongsikan cerita ini kerana aku tahu dan sudah melihat dengan mata kepala sendiri.Jaga Tuhan,Tuhan akan jaga kita.

 

Hamba,

 

Dr.Anwar Fazal Abu Bakar
KREDIT

2 thoughts on “Tiada masa untuk Tuhan?

Comments are closed.