Separuh hari

khamis terakhir 2013 saya cuti half day petang.
yaya & caca ada kat rumah.
plannya nak bawak depa keluar jalan jalan nonton movie ka.
tup tup FM whatsapp kata nak bawak yaya keluar.
so oklah, wajib hangkut caca sekali kan.
so pukul 1 tengah hari saya dah cam ermm mana aku nak pegi ni.
takkan nak terus balik kot? bowrink pls.
nak menapak gi jalan tar memalas.
terus la memandu kereta tanpa arah tujuan yang pasti.
sampai lah ke wangsa walk.
terus cam haaa nak potong sim card phone lah.
walaupun kontrak blackberry belum watamat tapi saya sudah tidak tahan lagi dengan peel blackberry yang asyik asyik terpadam, walaupun bateri penuh terpadam jugak.
ko dah kenapa kan?
so pegi potong simcard dan masukkan dalam hp samsung.
yaaa lihatlah dunia, ku dah boleh berwhatsapp tanpa perlu berharap pada wifi lagi. *kembang kempis hidung
lepas potong sim card tu hmmm apa lagi nak buat ni?
haaa nak gunting rambut!
so pepelan menapak keluar dari wangsa walk cari saloon chinta yang fasha sandha punya tu.
tak agak agak kan gi saloon artis je. kelas kau maria.
takde orang pun.
so sekejapan dah boleh digunting rambutnya.
ada la bahagian muslimah tapi tak de la muslimah mana pun.
takat tutup dengan bidai je.
pastu kalau cuci rambut, still kena lalu kat tengah tengah untuk ke tempat cuci tu.
kurang praktikal pls.
sib baik masa tu memang saya seorang diri je, tapi lelepas ni cam tok sey kot.
saya nak cari ruangan muslimah yang cover dengan dinding.
siapa tau area wangsa maju sila sharing k.
image
image
: : nah senarai harga : :
saya gunting dan cuci kena RM40.
mahal ke murah? ok kot no?
habis sesi di saloon, keluar keluar nampak eh eh ariani ada buat sales.
bertahun tahun kot saya tak masuk ariani?
sebab lambakan tudung yang berleluasa cam koserr dah la haihh nak beli tudung memahal.
lagipun saya macam dah tak suka pakai tudung lycra ber awning.
tapi sebab dah membosan so cam ah masuk je lah usha apa yang patut.
orang boleh tahan meramai.
belek punya telek tetengok eh eh ariani ada jual tudung soft awning cotton la.
haa nampak nau dah bertahun tak masuk ariani, so memang taktau.
image
so telek belek lah tudung.
ada la saya tanya gitu gini tapi bapak hoiih menyombong staff depa.
2 orang kot saya tanya sebab nak confirmkan harga. tau la label semua cam dah tak tentu arah.
motip nak sombong?? serius adalah rengsa.
saya ambik 2 helai tanpa ada salesgirl yang follow.
ye la ariani ni kan selalu cam ada je orang ngekor ko sambil pujuk rayu ambik lah yang ni kak, ambiklah yang tu kak.
sebelum diskaun selai RM115. lepas diskaun 2 helai RM115. kira 50% diskaun lah.
memang mahal pun. tapi sebab saya berkenan sambar je la.
soft awning, cotton dan yang penting labuh.
nanti dah pakai saya ciwi k.
dalam masa separuh hari, saya dapat buat 3 perkara.
syabbas normaya. (apa yang nak disyabaskan ntah )

10 thoughts on “Separuh hari

    • yang terlebih ramah dok la ngekor sampai kita takde privacy.
      yang kekwat kemain kekwat pula.
      oh dunia.

  1. Ariani kat situ memang kureng adab sket. I jarang beli Ariani. Skrg lagi la dah surrender terus. Senang benor turun warna, tudung2 nya. Kalo murah tak pe la jugak. Yg jenis chiffon plak, cepat berlubang. Sentap giler ok!

    • ye ke? eiieiei beli memahal berlubang plak? kata kualiti terbaik.
      yg i beli ni pun kainnya pun cotton biasa je pun. takut nak masuk mesin kang kedut 1000 plak

  2. Yer, sy juga pernah terkena ngan SA Ariani situ. Ada pun sy buat entry tu ari. Mmg takkan la nak pergi situ lagi. Tapi, mmg da malas nak ber Ariani dah skg. Pakai shawl, atau apa2 yg lah selain Ariani. Hihi.
    By d way, tu ari kita ada gunting rambut kat saloon muslimah. Kat suripermai – platinumwalk danau kota. Oke jugak. Tp tak pasti la ada ke dak lagi kedai tu skrg – ce tgk web ni
    http://suripermai.com/spa/

    p/s : Nak try creambath la kat CHinta saloon nih 😀

    • haa tu la rasa macam penah baca psl ariani tu tapi tak ingat kat blog sapa.
      blog awak eh rupanya huhu..

      ok nanti saya check it out saloon muslimah tu.

      eh awak kalau nak pegi creambath to roger2 la..
      leh pegi together gether hehe..

Comments are closed.