Salam MaulidurRasul

14 januari maulidur rasul hari tu saya sudah join kontinjen kat office saya ni ha pegi ke putrajaya.
tapi yang perempuan tak involve berarak.
terus je ke masjid putra.
pukul 5.30 pagi kakwan pungut saya kat jalan genting klang.
park kereta kat office, pastu lompat naik bas.
sejam kemudian sampailah kat putrajaya.
yang lelain semua pi solat, saya cuti, so duduk pose pose maut je lah sambil jaga makanan.
IMG-20140114-WA0000
: : wajah suci di pagi hari. suci ke??? : :
IMG-20140114-WA0001
: : mya, kaktin, norin, izzah, umi, kakwan & lina antara yang join together gether : :
baju, tudung, brooch semua pun disponsor.
syukur alhamdulillah. tq office kuuu..
sementara tunggu kaum muslimin sampai, kitorang breakfast.
dan lepas tu bergambo berselfie je la memasing.
elok tengah bergambo bagai tetiba nampak non.
non ni junior saya masa kat poli PD dulu. saya part 2, dia part 1.
saya suka lepak bilik dia dulu main sep sep tepuk amai amai ehe.
lama kot tak jumpa. eh jumpa gak la, tapi dalam facebook je la pun.
mekasih la facebook. besau jasa kamu ni.
so marilah snap seround dua.
kaktin pun kenal non jugak.
non part 1, saya part 2, kaktin part 4.
begitulah kitaran salasilah kami di politeknik port dickson satu ketika dahulu.
IMG-20140114-WA0004
gambar ni kawan liza yang snap. pastu dia whatsapp kan kat liza.
liza whatsapp kan kat kakwan. kakwan whatsapp kan pada saya.
panjang sungguh perjalanan gambar itu.
IMG-20140115-WA0006
tetiba nampak ahmad fedthri. segan nak ajak bergambau.
tapi liza selamba je cam jommmm.
so semua pun membontoti ia dan dapat lah bergambau dengan ahmad fedthri yahya ini.
IMG-20140114-WA0005
IMG-20140115-WA0002
takΒ  lama lepas tu diumumkan ketibaan VVVIP semua.
agong, PM, TPM dan lain lain lah.
gigih depa depa ni berbaris sebab nak tengok VVVIP kita dedekat.
saya je yang kemalasan, pose pose je kat kerusi.
IMG_20140114_093259
lepas tu ada ucapan, tazkirah, ceramah, pengumuman tokoh maal hijrah.
dalam tempoh tu nampak artis lalu, liza gak la yang memberi semangat jommm jommm snap.
sebab yang lain memang penyegan.
IMG-20140114-WA0011 : : heliza yang cantik comel : :
IMG-20140114-WA0014
: : siti nurdiana bola bola api : :
IMG-20140114-WA0016 : : yatt hamzah & siti nurdiana : :
IMG-20140114-WA0019 : : atie AF : :
oh yer ustaz kazim pun ada bagi ceramah.
saya paling sedih bila beliau cerita pasal berjumpa/berjiran dengan Nabi Muhammad SAW di syurga.
macam mana kita nak jumpa dengan Rasulullah di syurga nanti.
pastu pasal orang yang tak redha kehilangan anak. anak meninggal dunia.
katanya ‘berapa ramai antara kita yang tak redha bila anak meninggal?’
semua pun jumpa ia nangis nangis mengadu.
ustaz kazim kata nak sedih kenapa, nak nangis kenapa.
anak kita dah tunggu kita kat syurga nun.
ni anak yang kecik belum akil baligh la yer.
pastu ada yang tanya kalau kami takde anak macam mana ustaz?
siapa nak tunggu kami di syurga?
tu ustaz kata Rasulullah tunggu kat pintu syurga.
waaaa… sedihhh tsktsktsksktsk..
dah watamat acara apa semua, kitorang pun berjalanlah nak balik ke bas.
sebelum tu nak pose dulu kat tulisan ni ha.
elok nak berpose tetiba nampak ustaz kazim lalu.
saya pun cuit la kakwan ‘kakwannn.. ustaz kazim tuuuu’
kakwan ni memang peminat tegar ustaz kazim.
terus menggelupur la member. tetiba dia panggil ‘ustazzzz..’
ustaz pun berpaling lalu tersenyum dan mengangguk ngangguk.
terus kakwan ‘ustaz, marilah bergambar’
haa ustaz pun terus cam ok ok, lalu datang menghampiri kitorang ni ha.
kakwan dia punya reflection, terus tolak kaktin yang tengah diri kat situ.
punya la kakwan nak diri sebelah ustaz kazim. adoii laa..
suka lahhh dapat bergambar dengan ustaz kazim #mohonjeles ihikss
IMG-20140114-WA0023
IMG-20140114-WA0025
: : tak cukup bergambar dengan ustaz kazim, dengan isterinya pun kakwan nak bergambar gak. ok zasss : :
elok kitorang nak jalan ke bas, nampak lagi ha ustaz kazim.
so ajak le reramai bergambar lagi. mekasih ustaz dan wife.
uolls memang sporting. matikla beruolls dengan ustaz :-p
saya ada dengar orang kata ustaz kazim ni ada 3 orang isteri.
tapi saya rasa cam tak je. sebab ia pun penah buat penafian kan?
biasa orang orang kuat agama ni jarang kot nak sembunyi atau menafi.
tapi idok ler saya tanya wife ia kat situ, mau kena penampau.
IMG-20140114-WA0029
oh sebelum balik saya beli buku ni.
ahmad ammar. satu kematian yang hidup.
penulis sendiri yang jual. harga RM15.
ada yang tanya saya mana nak beli, ku nggak tahu.
saya baca buku ni dalam flight dari kl ke kuching.
sedih bak hang. tersedu sedan nangis. encik z dah pepelik dah.
korang pun kena beli dan baca lah k. boleh memuhasabahkan diri.
image
Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
(Ahmad Ammar Ahmad Azam)

10 thoughts on “Salam MaulidurRasul

    • tu lah.. umur 20 tahun tapi berhati besar orangnya.
      kita ni dah tua kebana tapi hati tisu je manjang huhu..

      tingin gak nak tanya tapi pastu koser lah.
      sat g dia suruh kim salam ka hapa, celah mana plak nak sampaikan salam.
      sat g kena tuduh ‘menghimpit dan merindui’ lagi.
      letih.

  1. aku tersengih2 baca n3 ni heeee…
    teringat putaran kita dok snap sana sini.
    snap dgn artis nu artis ni.
    yg penting kita tggu hingga akhir acara yer.

    al-Fatihah buat adik Ahmad Ammar

    • memasing nak snap tapi malu. ntah hapa hapa.
      sib baik ada liza penyelamat keadaan.

      al-Fatihah jua

  2. seronoknya…macam2 program ada erk Mya…along dah baca kisah adik tu…memang sedih, sebak semua ada…salute dengan mak dan ayah dia..sgt2 tabah..along x pasti apakah along setabah mereka….

    • aha.. seronok sangat dapat join tahun ni πŸ™‚

      tu la. memang tabah sangat depa.
      yup betul. saya pun taktau boleh ke setabah depa kalau kehilangan πŸ™

  3. seronok dpt join majlis2 mcm ni…

    kisah Allahyarham Ahmad Ammar tu mmg sedih.. tgk youtube dia mmg tak boleh tahan air mata ni menitik. lagi lah klu baca kisah hidup Allahyarham. parents dia sgt tabah even kehilangan anak lelaki tunggal dlm keluarga.

Comments are closed.