pun juga hasil dari pembacaan di blog biqque, saya terpanggil untuk ke port weld. korang tau kan port weld? apa? tak tau??? apa nak jadi korang ni. sejarah malaysia okkk.. malaysia..
nah saya baik hati nak share sikit ringkasan pasal port weld. port weld adalah nama asal kuala sepetang. yang korang dok baca mee udang mak jah, mee udang mak teh. ha tu la tempatnya, kuala sepetang.
Port Weld ni dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld . letaknya berdekatan dengan kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak, ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.
kat port weld ni lah terbinanya stesen keretapi port weld. stesen keretapi port weld ni menghubungkan antara port weld dan taiping. korang tau kan stesen keretapi pertama di malaysia adalah taiping. dibina tahun 1882. dan laluan pertama laluan keretapi adalah dari port weld ke taiping. ni kalau tak tau memang nak kena gunting gunting IC korang.
tujuan utama british buat landasan keretapi dari port weld ke taiping sebab nak angkut bijih timah yang banyak kat kawasan larut, taiping & matang. sebelum ada landasan keretapi ni, depa angkut bijih timah melalui sungai larut dan terus ke pulau pinang. pastu bijih timah ni semua dieksport ke britain.
fakta bukan auta. port weld pembinaan landasan pertama di malaysia. taiping stesen keretapi pertama di malaysia.
“Sekiranya dipelihara dengan baik, kombinasi sebuah pelabuhan bersejarah dan stesen kereta api lama mampu menyamai pelabuhan bersejarah seperti di Fremantle, Australia,” (Anuar Isa, pengkaji sejarah bandar Taiping : 2013)
sedihkan orang dulu dulu kurang kesedaran untuk menjaga dan membaikpulih tinggalan sejarah. kalau tak, memang boleh dijadikan kawasan tumpuan pelancong.
Info mengenai landasan keretapi Taiping – Port Weld
Landasan dibuka pada : 1 Jun 1885
Pembukaan rasmi : Sir Hugh Low, Residen British Perak
Pembiayaan : £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
Status : sudah dibongkah WW II
Panjang landasan : 13.1 Km (TAIPING 0.0 Km – SIMPANG 4.0 Km – MATANG ROAD 8.0 Km – PORT WELD 13.1 Km)
perkhidmatan kat landasan Port Weld yang beroperasi untuk berpuluh tahun lamanya terpaksa dihentikan atas sebab masalah ekonomi dan ketidakmampuan pelabuhan Port Weld menerima kapal-kapal besar untuk berlabuh. Gitulah berakhirnya sejarah di Port Weld.
nak cari kawasan port weld lama ni senang je, cuma mata tu kena tajam sikit bak helang. pepelan encik z drive pastu jumpa lah. oh yer, sini sekarang memang jadi kawasan dan penempatan cina sepenuhnya. kebanyakannya kerja sebagai nelayan.
: : dari kejauhan dah nampak signboard jalan kereta api godown : :
: : gamaknya motor ni pun dah lama kot ada kat sini : :
: : kot sapa nak hantar surat cinta ke poskad ke kat nelayan sini, boleh la guna alamat di atas yer : :
: : saya dan jalan keretapi godown : :
: : ada pasar pagi : :
: : kelihatan papantanda port weld di situ : :
: : sedikit informasi : :
: : tinggal kenangan : :
: : saya dan kenangan di ktm port weld : :
ok ni lagi satu info yang saya baru baca hasil pengooglean.
Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu. Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.
sayang kan? kalau betul betul buat pagar cantik memolek, mesti lagi terjaga. takut lelama runtuh cam tu je papan tanda port weld tu. sejarah oooo… landasan keretapi api pertama malaysia kot!
yer, walaupun saya tak penah lulus cemerlang sejarah malaysia ni, tapi bila dah tua kebana ni, saya memang minat nak tau sejarah lama tak kira malaysia atau luar malaysia. sebab bagi saya sejarah tu lah yang menentukan siapa kita hari ini. Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah, tetapi boleh memberi iktibar dan pengajaran untuk hari esok. kemain sesekali ostajah normaayah berfalsapah.
kami menapak sikit naik kat satu jambatan ni. rasanya jambatan ni menghubungkan tanah sebelah sini ke tanah seberang sana. sebab ada penempatan jugak kat seberang sana nun.
nampak budak kecik comel ni dengan mak dia kot. nampak depa berhenti, pastu mak dia macam tengah cakap cakap something dengan dia. saya ingatkan dia macam taknak pegi sekolah ke apa, then mak dia pujuk. rupanya tenga pose buat peace. mak dia snap guna handphone. omey much!
: : bot-bot nelayan : :
: : sungai : :
: : penempatan nelayan : :
: : aktiviti yang boleh dibuat kat sini. nanti 1 fine day nak ajak encik z lah : :
10 thoughts on “Port Weld Kuala Sepetang”
kakNaja pi tang orang dok bawak naik ikan, kerang apa segala.. best best best ! Kuala Sepetang memang best 🙂
wahhh bestnyaa..
kena cari timing bebetul la kan kalau nak tengok nelayan bawak naik hasil laut ek
Saya pergi akhir tahun lepas. Pusing-pusing cari papantanda “PORT WELD” ni, sampai kesudah tak jumpa 🙁
alahai ye ke. ruginya. kenapa tak tanya orang?
Oooo siyes tak tau
*gunting ic*
*kutip IC yang bertebaran lalu pos kan ke norway
pernah dgr port weld ni.. tapi tak pernah lah jejak pun..
*sadis*
takpe kot nanti bebila tersesat ke utara, boleh la visit 🙂
Port Weld tu taulah cikgu tapi details tak ambil tahu sangat 🙂 Dasar anak lahir lepas merdekakan… dulu masa belajar sejarah sibuk berborak sambil makan kuaci dengan kawan sebelah, itulah pasal tak ingat pape pun tang sejarah ni bila dah tua, walaupun dulu cemerlang juga peksanya!
Terimakasih sudi buat revision percuma kalau tidak, sampai sekarang pun tak pernah tengok gambar2 Port Weld masa kini.
sama sama..
mana yang boleh dishare kita share lah kan.. buat refresh minda gitu..
kakNaja pi tang orang dok bawak naik ikan, kerang apa segala.. best best best ! Kuala Sepetang memang best 🙂
wahhh bestnyaa..
kena cari timing bebetul la kan kalau nak tengok nelayan bawak naik hasil laut ek
Saya pergi akhir tahun lepas. Pusing-pusing cari papantanda “PORT WELD” ni, sampai kesudah tak jumpa 🙁
alahai ye ke. ruginya. kenapa tak tanya orang?
Oooo siyes tak tau
*gunting ic*
*kutip IC yang bertebaran lalu pos kan ke norway
pernah dgr port weld ni.. tapi tak pernah lah jejak pun..
*sadis*
takpe kot nanti bebila tersesat ke utara, boleh la visit 🙂
Port Weld tu taulah cikgu tapi details tak ambil tahu sangat 🙂 Dasar anak lahir lepas merdekakan… dulu masa belajar sejarah sibuk berborak sambil makan kuaci dengan kawan sebelah, itulah pasal tak ingat pape pun tang sejarah ni bila dah tua, walaupun dulu cemerlang juga peksanya!
Terimakasih sudi buat revision percuma kalau tidak, sampai sekarang pun tak pernah tengok gambar2 Port Weld masa kini.
sama sama..
mana yang boleh dishare kita share lah kan.. buat refresh minda gitu..