ok sambung lagi layan gambau yang bertebaran tak berkonsep ni. eh lupa plak nak bagitau yang ni kali ke 2 saya dengan yaya pegi petrosains. pertama kali pegi disember 2006. hah 8 tahun lepas. yaya masa tu pun baru umur 2 tahun.
apa yang buat saya ingat? sebab disember 2006 ni gak la bertitik tolaknya pergolakan rumahtangga saya dengan FM. matiklah mengimbau kenangan dengan duda. kohkohkoh dah dah dah. tinggalkan cerita duka. ayuh bergembira di petrosains bersama anak-anak.
masa ni kitorang masuk tempat gelap tapi bercahaya. ha cemana tu gelap tapi bercahaya. cam glow in the dark gitu lah. semua pun memasing tengok baju glow glow. caca satu hapa kat badan dia tak glow, terus dia sentap. tu pun nak sentap? tak paham lah mommy! grrrr..
: : main game motor. so kena pakai helmet : :
kat dalam petrosains ni cam ramai staff depa yang akan rajin melayan budak budak. bagi soalan kuiz la, buat silap mata la. bagus ni kalau nak dijadikan pasangan hidup.
: : petrojaya. konon ala ala putrajaya la tu? : :
pastu masuk dalam bilik contoh dalam kapal. kira orang orang yang kerja kelasi ka, engineer kapal ka, yang berkelana dok dalam kapal berbulan bulan, ginilah rupa paras biliknya. bertabah la sapa yang berboyfrenkan orang kapal ni no. tak dapat nak berdating selalu. tapi masyukkkk kot..
: : ingatkan ada jalan ke atas, rupanya takdok : :
: : main game kereta : :
: : boleh buat movie pendek di sini : :
budak budak boleh try main kaut pasir kat sini. sekali lagi bertemu dengan cina kiasu. benda alah ni cam main kaut pasir, letak pasir gitu je lah. anak cina tu dok la kaut ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan tak sudah sudah. sampai saya terpaksa sound la baru apaknya cam tersedar dari lamunan. sedeyyyy.
: : MYA. million years ago : :
ni pun aktiviti warna warna gak. eh ke sama dengan gambar kat entry part I tu? hantamm ja lah. saya dah malas nak edit edit gambau.
: : inilah hasilnya : :
ada show tentang sains. menunggu la kami sebab kata time nya kul 11 pagi kot tak silap. ada sekali tu keluar api pastu penutup tin terpelanting. terperanjat sampai termelatah ok.
: : feel feel main ski je la nak. mommy tak mampu nak bawak awak pi ski kat oversea : :
ok sambung lagi part III nanti yer. pastu baru the end.
4 thoughts on “Petrosains Part II”
Kenapa baju caca x glow?
rasa warna & material kot. memang tak glow langsung.
bengang je dia.
Kenapa baju caca x glow?
rasa warna & material kot. memang tak glow langsung.
bengang je dia.
seronoknya masing2…
(Y)