Blog Maya Dot Com

Muzium Matang – Dalam

pun masih berinspirasikan dari entry kat blog biqque, saya dengan encik z ke muzium matang plak.
dekat je pun dari port weld tu.
pukul 9.15 pagi dah terpacak depan muzium. sib baik bukak pukul 9 pagi.
mesti penjaga muzium tu cam pelik ntah sapa sapa je lah pepagi buta datang nak visit muzium ni.
dah la hari kerja plak tu. he he.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : apa apa bergambau dulu : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : inilah dia muzium matang : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : close up sikit : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : masuk percuma. waktu lawatan ada terpapar dan nombor untuk dihubungi ada kat situ : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : info mengenai muzium matang atau juga dikenali sebagai kota ngah ibrahim : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : ni rumah asal sebelum dibaikpulih : :
kedatangan saya dan encik z disambut oleh Larut, gajah Orang Kaya Ngah Ibrahim, owner rumah dan kota ngah ibrahim ini lah.
gajah ni binatang peliharaan ngah ibrahim.
ada cerita tau disebalik gajah ni. gini ceritanya…
waktu Larut pegi berkubang kubang, serpihan bijih timah udah terlekat kat kaki Larut.
bila dia balik, ngah ibrahim nampak la ada kotor kotor kat kaki Larut, cek punya cek rupanya bijih timah.
apa lagi melompat kegembiraan la ngah ibrahim sambil menyanyikan lagu ‘kalau aku kaya….. hari hari hari raya….’
*ok tu imaginasi normaya. sila jangan percaya.
bertambah tambah kaya la ngah ibrahim ini.
eh tak cerita lagi ek sapa ngah ibrahim? nah baca ni.
Che Ngah Ibrahim adalah anak kepada Che Long Jaafar yang memerintah daerah Larut.
Beliau mewarisi pusaka kekayaan bapanya di bumi Larut.Bagi melindunginya beliau mendirikan sebuah rumah besar yang dilengkapi kota dikenali sebagai Kota ngah Ibrahim.
Beliau membawa masuk buruh dari China untuk bekerja di lombong bijihnya sehingga wujudnya kumpulan kongsi gelap.Pergolakkan yang berlaku akhirnya mencetuskan Perang larut pertama (1861-1862) di anatara Ghee Hin dan Hai San.
    Perang Larut menyebabkan kerugian yang banyak.Oleh itu , Sultan Jaafar Muazzam Shah melalui Laksamana Muhammad Amin, mentua Che Ngah Ibrahim memerintahkan Ngah Ibrahim membayar ganti rugi peperangan sebanyak $17,447.04. Sebagai balasannya,Sultan Jaafar Muazzam Shah mengurniakan gelaran Orang Kaya Menteri kepada Che Ngah Ibrahim pada tahun 1864.Pada tahun 1865-1874, satu lagi pergaduhan berlaku di Matang.Bagi menyelesaikan pertelingkahan itu. Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan puak Ghee Hin meminta bantuan daripada Sir Henry Ord Di Singapura dan Lt Gabenor George W.R Cambell di Pulau Pinang.Pada 20 Januari 1874,Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu setelah termetrainya Perjanjian Pangkor.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : Larut, si gajah : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : nyah, cer kau tengok kat kaki Larut ni, ni apa nyah? : :
: : nyah, bijih timah nyah. ko kaya nyah : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : betul lah nyah, bijih timah nyah. yahooo : :
begitu sekali lagi ostajah normaayah berimaginasi.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : mampu korang pegi perang pakai baju besi ceni? : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : salasilah keturunan ngah ibrahim : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA : : lan tooooooodak. dulu kat sini penah jadi penjara gak lepas ngah ibrahim dah tak stay kat sini : :
jom kita naik atas pulak. yer muzium matang ni 2 tingkat.
ni pun saya bawak korang jalan jalan kat belah dalam dulu.
sat g ada entry gambar gambar kat belah luar pulak k.
cats1 : : dulu tempat ni penah dijadikan sekolah, pejabat dan mahkamah : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kacak jugak kan ngah ibrahim ni? kalau ada di zaman sekarang, pasti menjadi rebutan : :
cats : : pahlawan melayu perak kebanggaan rakyat jelata perak : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : ada segmen kekayaan ngah ibrahim kat satu sudut : :

    8 thoughts on “Muzium Matang – Dalam

    1. saya emak. bukan penari tiang

      Terkagum kagum plak aku baca sejarah ni. Baru teringat aku blajar sejarah sampai setakat form 3 ja.huhu i is not minat history.

      Asal dari bijih melarat sampai campurtangan penjajah. Gara2 kongsi gelap. Itulah bahayanya kuasa asing.

      Btw entry matang port weld ni best la.

      1. Mya Post author

        kak pun belajar sejarah sampai form 3 gak.
        masuk vokay takdok sejarah. tapi kak suka ja baca.
        tu sebab kalau pi mana2 tempat kalau boleh mesti nak pi muzium.

        mekasih di atas pujian itu.
        nampak sangat entry2 sebelum ni tak berinformasi tapi cuma syok sendiri.
        ehe.

        1. saya emak. bukan penari tiang

          Informasi jugak. Cumanya bila kat negara sendiri rasa patriotik dan dramatik tu lebih sikit.

          Tp betulla sayang kan sejarah Malaysia x dijaga elok2. Taiping mmg historical. Permulaan sejarah moden Malaysia. Sayangnya ada generasi baru tak sudi pun dikenali sbgai org taiping. ingat dak? Golek2 balik taiping sana. Huhu.

          1. Mya Post author

            tu la, sayang sangat. tapi gamak orang dulu2 kurang kesedaran kot pasal nak jaga sejarah bagai ni.
            huhu.

            oh, generasi baru tu kata kak tak layak disebut orang taiping.
            orang taiping sejati yang dilahirkan dan dibesarkan di taiping sajork.
            setakat lahir pastu tah ke mana pegi tak layak dipanggil orang taiping.

            k. whatever.

    2. mummydearie

      Dah lama tak buka buku sejarah, elok juga sesekali baca tentang sejarah ni. Kacak juga Ngah Ibrahim ni ya, kalau sekarang maybe ala-ala standard Aaron Aziz kot 🙂