Kolam Air Sejuk & Taman Terapi

seterusnya, ke kolam air sejuk ehe.
ok kalau nak diikutkan hotsprings ni terbahagi kepada 4 bahagian.
kolam air panas, kolam air sejuk, taman terapi dan tempat merebus telur.
tapi kawasan ni itself memang besar sangat.
pokok pokok, ada jambatan kecik, kira memang menghijau la nak lepak lepak.
tempat makan pun banyak. toilet, tempat salin baju, locker, semua pun ada.
kudos lah pada management.
kawasan sekitar pun bersih je takde sampah sarap merata ke hapa.
PC300230 : : kolam air sejuk view dari kanan : :
PC300232 : : kolam air sejuk view dari kiri : :
PC300233 : : yang seberang tali sana tu kawasan dalam untuk orang dewasa : :
PC300234 : : nampak ke idok anak saya dok happy main gelongsor tu? : :
PC300236 : : hah tu pun dia main gelongsor gak : :
nampak tak belah kanan tu grup pompuan pompuan india pose pose?
tak paham lah saya kenapa nak kena pose pose depan gelongsor tu?
kan orang dok turun dari situ, kot terlanggar terhantuk ke cemana.
sebesau seluas kolam ni, situ gak hangpa nak pose ek?
dalam sejam bagi peluang yaya mandi mandi, pastu ajak dia gerak.
yang benaunya punggung saya dah kematu duduk atas batu.
dia pun ok je sebab lapau katanya. marilah nak.
singgah kat taman terapi.
taman terapi ni ada batu batu kekecik yang bila kita jalan atas ia akan rasa sakit tu.
apa ke panggilnya? lupa plak.
tapi bergantung korang sakit apa la.
kalau korang sihat walafiat, kurang ler sakitnya.
macam yaya, bebudak kan. laju je la jalan sebab budak apa sangatlah sakitnya.
saya ni ha dok beraduhh duhh duhhh duhhh.
sakit kot.
yang specialnya sebab atas batu ni mengalir air panas.
so kira 2 in 1 lah. air panas dan batu bergabung meletup.
tapi yang bestnya lepas lalu atas batu ni mesti ko akan rasa cergas je lepas tu.
macam ala ala urut kaki kan.
makanya kalau korang datang kat hotsprings ni, sila lah jangan melepaskan peluang untuk jalan atas batu ni k?
PC300238
PC300246
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : pepelan jalan sambil berterapi minda : :
PC300240 : : yaya berendam jap dalam kolam air panas mini ni : :
PC300241 : : ada sesetengah batu yang tajam betul. tapi jangan risau, takkan luka berdarah punya lah : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : air yang mengalir sebelah tu air yang panas gila. ada amaran jangan sentuh di situ : :
PC300243 : : sebabnya, punca air panas bermula di sini : :
bagi korang yang berduit dan mahukan privacy, boleh try private jacuzzi ni.
takdelah nak kena share berendam dengan ntah sapa sapa.
boleh berendam bersama keluarga di samping bersembang ria.
PC300244
PC300245 : : ada 2 jenis private jacuzzi. yang biasa RM75 sejam untuk 8 orang. yang eksklusif RM120 sejam untuk 8 orang. berendam lah sampai lebam : :
jangan korang berendam boyfriend girlfriend plak.
dosa tu. takmo takmo..

4 thoughts on “Kolam Air Sejuk & Taman Terapi

Comments are closed.