Kedai Kopi Kari Sembilang

lepas hantar yaya sekolah saya dengan encik z tak balik rumah terus.
sebelum ni saya ada baca kat blog biqque yang ia pegi makan kat satu kedai makan kat matang.
lalu saya ajak lah encik z ke sana untuk berbreakfast.
dari taiping ke matang dalam 20 minit camtulah.
set waze (cewahhh kelass ada waze ko sekarang kan normaya), sap sap soi je dah sampai kat pekan kecil matang.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : kedai makan bertajuk seperti tajuk di atas : :
kat kedai ni memang jual nasi putih dan ikan je tau.
jangan mengada nak mintak benda lain pulak.
masa saya sampai tu katanya ikan sembilang je yang baru naik. fresh dari laut!
ikan lain tak naik lagi.
so ambiklah kami sorang sekor ikan sembilang.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : nasi putih dan kari ikan sembilang : :
baca kat blog biqque, ada sambal belacan.
saya mintak gak sambal belacan tapi katanya belum siap lagi. uwaaa sedih.
takpe, kita letak kicap.
nasi putih panas panas + kari ikan sembilang panas panas + kopi o panas.
uihhhh setapppp…
biqque kata kedai makan ni biasa pun dipenuhi dengan nelayan nelayan yang baru balik dari laut.
semalaman kat laut, balik harus lapau kan. tu yang gamak depa makan nasi terus.
saya usha usha gak kot ada nelayan muda hensem hensem.
memang ada ko.. sorang. tapi saya tak tau la dia nelayan ke hapa.
tapi gaya tu memang pakai tshirt buruk, seluar buruk la.
lepak minum kopi hisap rokok. machooo awummm..
atau mungkin dia kerja kat bandaraya kot, balik kampung ikut apaknya ke laut.
matiklaaa sibuk speku jantan lain walhal suami kat sebelah ni. ampon bang..
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : encik z ambik nescafe tarik. saya ambik kopi o. macam orang tua kan minum kopi o hikss : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : hantu dalam botol kicap : :
dah lepas kenyang makan senang hati, saya jalan jalan kat pasar depan kedai makan tu.
pasar matang nama diberi.
kecik je pun pasar ni, tapi meriah macam macam ada.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : suasana kat pasar matang : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : suasana dalam pasar : :
saya dok tengok sorang akak tengah belek udang ni.
saya cam eh tak penah nampak pun udang ceni kak. udang apa ni namanya kak?
rajin akak tu melayan saya.
udang rotan namanya. ooooo kata saya.
saya beli 1/2 kilo RM10.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : macam ikan jaws. sapa tau ikan apa ni? : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : ni pun macam ikan jaws : :
yang ni plak ikan belanak.
selalu pun saya makan bila ia dah jadi ikan masin.
haaa ni first time tengok dan beli dan makan yang belum jadi ikan masin.
saya beli 1/2 kilo RM3.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
masa saya snap snap gambar ni adalah sorang kakak ni tanya, bukan orang sini ke?
saya kata bukan. tapi mak saya duduk kat taiping sana.
dia macam senyum senyum la tengok saya dok jakun snap gambau sana sini.
ai is blogger kak. ginilah hidup seorang blogger ehehehe..
OLYMPUS DIGITAL CAMERA         : : sebelum balik belikan mama nasi lemak udang ni. sedap. RM1 je : :
malam tu mama masakkan sambal udang, udang goreng kunyit dengan ikan goreng belanak.
makan dengan nasi putih panas panas. sedappp.
licin udang tu kitorang ratah 3 beranak. mama tak berapa sangat makan udang ni.
nanti next time balik taiping nak pegi lagi la pasar matang ni, nak beli udang ni 1 kilo.
sedap kot!!
P1020476

20 thoughts on “Kedai Kopi Kari Sembilang

    • eieieieii rimas la iolls sesikit nak saman sesikit nak saman.
      pfftttt…

      yer 1/2 kilo RM10 saja.
      haa cari husband nelayan ain.
      hehari boleh makan udang rotan foc.

            • hahahahahhahah adoi laaa… bengong punya ain.
              kalau berani ciri2 kan la orang tu face to face.
              takat ciri kan kat media sosial, cirit ah luuu

  1. Murahnya udang RM10 aje. Kalau macam tu kat KL memang hari-hari pun nak makan udang masak pelbagai menu sampai la muak 🙂 Best pulak tengok orang jalan-jalan bercuti cam ni.

    • heee ramai yang kata gitu.
      udang kat kl memang mahal ek..
      ni RM10 dapat 1/2 kilo. memang puas ler makannya

Comments are closed.