HB Masy!

sabtu lepas saya dating dengan masy.
rasanya dah 2 tahun berturut turut kot kitorang buat aktiviti ni.
bulan 1. movie. makan. klcc. atau wangsa walk hehe.
4 januari birthday masy yang ke 34 tahun.
yer masy muda setahun je dari saya. saya pun bulan januari.
so kekira setahun je lah beza kitorang.
saya kenal masy melalui blog.
antara kawan lama yang bertahan berkawan sampai sekarang.
rasa rasa hmm.. 7 tahun kot kita kenal masy?
dia jenis tak banyak cekadak. nak kata pendiam tu takde la pendiam sangat.
tapi selalu pun bercakap bila perlu. selebihnya banyak terkekeh kekeh je.
janji jumpa kat klcc pukul 10.45 pagi.
yer memang hobi kitorang dating pepagi alam ni.
tapi sebab saya dok leka melayan blog, pukul 11 pagi baru sampai klcc.
terus pi beli tiket wayang.
pastu jeling menjeling tengok eh eh chillis dah bukak.
ayoh la kita brunch di chillis saja.
IMG_20140104_111320 : : muka pasrah kena paksa dengan kakak ostajah bergambau kat chillis gergasi : :
IMG_20140104_111411 : : tropical punch RM14.95 & orange juice RM8.95 : :
IMG_20140104_112858 : : triple dipper RM29.95 : :
IMG_20140104_112905 : : trio fajitas RM44.95 : :
lepas makan terus masuk wayang.
show pukul 12.05 tengah hari, tapi pukul 12.25 baru start. sabau je lah.
oh kitorang nonton police story 2014.
of coz ada jackie chan.
tapi cerita kali ni cam lain sikit la dari police story yang dulu dulu.
takde adegan polis kejar penjahat naik kereta dan kereta meletup ke hapa.
semua pun kat satu tempat je. kisah penculikan.
memula tu cam memboring gak. dah nguap nguap saya dah.
tapi towards the end tu baru cam oooo gitu rupanya. awat tak habaq mai awai awai.
ada adegan sedih gak la. pasal kebapaan.
saya dengan masy anak yatim. takde ayah.
tu yang cam tersrot sret nangis. hukss..
moral kisah police story ni ialah jangan asyik nak dok cari salah orang ja sana sini.
dok la nak hukum orang tu salah, orang ni salah.
berdendam sampai nak bunuh membunuh bagai.
tup tup tengok, bila kebenaran terhurai satu persatu, rupanya salah sendiri.
malu plissss.
muhasabah diri tu. ambik cermin, diri depan cermin.
korang gi lah nonton ek..
lepas zohor jenjalan jap dalam klcc sementara tunggu encik z datang jemput.
masuk sephora.
first time kot saya masuk sephora ni.
selalu pun tengok kat blog orang je.
tetengok ooo takde la mahal nau harga mekap sephora ni.
ku fikirkan sebijik lipstik sampai seratus lebih ke hapa.
sian kau normaya.
saya ni memang dah berzaman kot tak bermekap dan ada barang mekap.
pegi office pun selalu lepas cuci muka, pakai toner, pelembab pastu pakai bedak talkum je.
lipstik apa semua tak pakai.
sebab saya pemalas piang.
tapi kalau tetiba korang tengok muka saya macam bermekap tu, maknanya saya tengah datang bulan la tu.
yer saya pemalas nak buang mekap, berwuduk, pakai mekap balik.
memang respek pada korang yang rajin.
IMG_20140104_144825
ada saya try satu produk ni. nak kata lipstik macam bukan, tapi macam yer.
soft matte lip cream kot namanya tak silap.
macam best je. macam smooth je sapu kat bibir.
tapi tu la kalau beli, pakai ke saya ni pon? so tak beli hehe.
IMG_20140104_145016
happy birthday masy!
kak ostajah doakan awak panjang umur, dimurahkan rezeki, sukses, happy selalu.
doa akak supaya awak bertemu pasangan hidup yang baik. sabar dan jangan putus asa mohon padaNya k?
(L)

17 thoughts on “HB Masy!

  1. ha’ah eh.. dah 7 tahun kot? tak kire la plak. tp betul la tu agaknye hehehe (Y)

    ai suke gambau kat sephora tu! huehehehhe. btw mende liptik yg kite try tu brand NYX. ya auloh bestnye.. jaga-jaga lepas ni nak beli gak!

    mekasih kakak ostajah! malu aiiiii… hehehheehe nanti bday kakak kite nk gi mana la plak. ecewah. tp kene tunggu gajilah 😉

    moga Allah luaskan lagi rejeki kakak ostajahku insyaallah (L)

    • tu la sebab akak kenal dgn awak masa akak memula masuk bnm ni dulu.
      so kekira kurang lebih gitu lah.

      oo nyx ke namanya. tak pasan, ingat semua brand sephora je hehe.
      tp tu la macam nak beli tapi nanti tak pakai. tapi nak beli. tapi tapi tapiiii..

      sesama. mekasih mekasih. semoga rejeki awak juga akan diluaskan. amin.

  2. Saya pon lbh kurang akak gak..pemalas lipas x pkai makeup sbb nk cuci nk tepek blk lps amik wuduk..huhuhu..da berhabuk stock yg ade..pastu komplen asal muka x bseri mcm org lain..hahaha

    Selamat Hari Lahir yg diraikan 🙂 semoga pjg umur & dmurahkn rezeki

  3. Hepi bday kak mas. Kakaka. Sentap mas ku panggil dia hakak.

    Ku pun xdak mekap. Malas la nak mekap sesangat. Nanti kawen tak berseri. Kesian plak kalau kekawan blog yg dijemput terpaksa berbohong diblog depa kata aku berseri plak. YA la berani kau nak petik aku tak berseri dihari perkahwinanku? Mau kena hamun. Hahaha

Comments are closed.