tetiba kan, saya cam semangat membara plak update blog bertalu talu. mungkin salah satu azam baru yang tak disangka di dalam diri barangkali?
ok hujung bulan disember hari tu saya bercuti kan. pastu terus balik taiping. saya saja ambik cuti 2 januari tu sebab nak hantar yaya gi sekolah.
ni malam yang sama kitorang sampai tu. terus punggah buku buku yang dapat, balut apa semua. try baju kain tudung sekolah.
1 januari 2014 keluar pegi kedai gambar sebab nak ambik gambar pasport yaya. baru tengok ada buku kerja yang nak kena tampal gambar pasport. so lets lah pegi ambik.
: : kakak kakak sangat dah muka haihh : :
: : instant dapat 4 keping, pastu dapat cd RM17.00 : :
lepas tu singgah kedai buku, nak cari beli apa apa yang tak terbeli sebelum ni. biasalah kadang kadang benda besar besar kita ingat, benda kekecik tu selalu je lupa.
pastu lepak cashier makan laici kang telur. jee tanya kat instagram, ada telur ke dalam laici kang tu. yer jee, ada telur burung puyuh dalam laici kang tu. ada setengah orang cam tak lalu nak makan. tapi saya rasa sedapppp jeee heee.
tak cukup semangkuk, yaya up lagi semangkuk. saya plak up black mountain yang pun sedappppp.
: : budak excited nak ke sekolah : :
tahun ni yaya darjah 4. sekolah pagi. gigih la pepagi kejut ia. kesian jugak, tapi what to do, mommy dulu pun ceni jugak nak. so bertabah lah yer.
tujuan utama saya nak hanto sangat yaya ni sebab ia jadi pengawas. cemana gaya romannya anak saya yang kecik comey tu jadi pengawas.
: : subuh subuh gajah dah kena paksa bergambau. gitulah yasmin, dapat mommy seorang blogger : :
: : besau kan baju ia? itu saiz paling kecik katanya. tsk : :
sampai sekolah tengok kengkawan dia dah ramai. saya nak masuk dalam snap gambo pun tak dibenarkan, so snap dari kejauhan je la. dia bye salam kiss kiss, saya pun gerak lah.
pukul 1.30 tengah hari pi ambik dia kat sekolah, pastu gi makan kfc kat giant. sajalah sebab dari semalam katanya lapau kfc. dah bagitau mama awal awal takyah masak.
haa saya kan kata ada cerita pasal beg sekolah dia yang baru beli tu kan? dah katanya nak feel kakak kakak, beli beg kecik, tengok hari pertama tu nak bawak semua buku sekolah sebab timetable tak dapat lagi, wajib lah tak muat nak sumbat dalam beg baru yang kecik itu. sudahnya pakai beg lama jugak. yasmin yasmin…
pukul 2.45 petang dah siap siap nak gi sekolah agama plak. hmm nampak kemas sikit yaya pakai tudung gini kan?
: : lupa nak beli kasut sekolah putih untuk sekolah agama! danggg.. : :
: : omey omey dah nak pegi belajar agama : :
: : dengan ain : :
buat cekak rambut ni untuk yaya. kebetulan nama owner kedai tu ilia yasmin. so memang banyak la dia buat nama yasmin. tapi yang ni saya tempah baru punya. cute kan? dari jauh orang dah tau nama ia yasmin 😀
ok yasmin, selamat menjadi pengawas. belajar pandai pandai. mommy sayang awak banyak banyak!! (L)
10 thoughts on “Hai. Nama saya Yasmin. Saya Darjah 4. Dan Saya Pengawas”
so sweet la yaya mcm mommynye jugak
persoalannya kalau yaya pengawas, adakah mommy pengganas?
*larikpecut200meter*
pengganas pun pengganas la.. ada mommy kisah? #TDDMKALT
kocik comey jer ha dia.
boleh geng dgn tangteng…tangteng sok darjah satu gimanalah ghomannya.
teng….teng….
tu la tu.. gamak dlm masa setahun membesau tak badan depa..
Selamat maju jaya Yaya. Jadilah pengawas yang berkaliber.. hehehe
kelasss ucapan auntie naja he he he
Ni kecik ni bukan apa. Maknya malas lipas nk bancuh susu masa dalam pantang. hahaha.
so sweet la yaya mcm mommynye jugak
persoalannya kalau yaya pengawas, adakah mommy pengganas?
*larikpecut200meter*
pengganas pun pengganas la.. ada mommy kisah? #TDDMKALT
kocik comey jer ha dia.
boleh geng dgn tangteng…tangteng sok darjah satu gimanalah ghomannya.
teng….teng….
tu la tu.. gamak dlm masa setahun membesau tak badan depa..
Selamat maju jaya Yaya. Jadilah pengawas yang berkaliber.. hehehe
kelasss ucapan auntie naja he he he
Ni kecik ni bukan apa. Maknya malas lipas nk bancuh susu masa dalam pantang. hahaha.
Yasminnnnn….belajar rajin2 tau. Upsr nanti band6 tau!!! Amin.
erghhhh bancuh susu bancuh susu bancuh susu. tensi mak hencek okkk..
zaman sekolah skrg darjah 4 dah start jadi pengawas erk..
zaman kita dlu2.. rasanya darjah 5 ke 6 baru jdi pengawas..
itu lah tu. kecik benau darjah 4 jadi pengawas