Dayang Senandung

saya ni bukanlah boleh dikategorikan sebagai pekerja yang cemerlang.
saya sedar kat mana kedudukan saya. tapi insya Allah saya ok je.
9 tahun kerja, masih dengan jawatan yang sama.
tengok kawan-kawan lain yang sebatch dengan saya semua pun dah jadi pegawai, sambung belajar, naik pangkat.
saya happy untuk depa.  insya Allah takde dengki khianat bagai.
penah la dapat anugerah kat department masa dengan myclear dulu.
kat department sekarang tak penah ada.
sekali lagi saya rasa ok je kot. takde la rasa down ke apa.
rezeki masing masing kan.
hujung tahun lepas ada buat department recognition.
sebelum tu ada meeting dengan makan makan lu.
IMG_0010
: : saya, umi dan kak wan. kamilah geng pasar tani : :
IMG_0017
: : saya dengan kakwan nak travel sesama next month. yey : :
so nama sorang demi sorang pun diumumkan untuk terima penghargaan.
tup tup last sekali tetiba nama saya pun dipanggil. haruslah cam tanjat kot.
macam saya tulis kat atas tu, siapalah saya ini? saya sedar diri.
nama award tu ialah dayang senandung?
terus saya cam hoh dayang senandung? mohon pencerahan.
IMG_0050
: : kak as, boss paling sporting abad ini : :
korang ingat tak filem dulu dulu tajuk dayang senandung? tahun 1965.
ahmad mahmud yang hensem yang saya penah berangan nak kawin dengan dia haha.
dan sarimah yang cantik melayu asli.
sarimah la jadi dayang senandung tu. kena sumpahan. so kulit semua jadi hitam legam bontot kuali.
mengaji suara merdu, sampai raja tertawan lalu berkahwin.
mak mertua tak suka, suh orang bunuh di hutan sana.
masa tu ia tengah pregnant.
tapi orang tu baik hati tak bunuh ia.
ambik hati kera sebagai ganti nak tunjuk kat mertua.
lalu hiduplah dayang senandung di dalam hutan rimba.
lepas beranak terus sumpahan berakhir.
terus putih putih melati dan bertukar jelita.
suami ia mencari di hutan dan berjumpa dan mereka pun hidup bahagia aman sentosa.
apa tah jadi kat mak mertua dia? lupa lak.
gitulah kekiranya.
so konsep award dayang senandung ni ialah most improved person.
dari hitam bertukar putih.
adakah saya yang dulu terlalu hitam??? sehingga drastiknya bertukar putih???
cuma ahli jawatankuasa je yang boleh bagi jawapan.
tapi menurut kata kak noni, saya ni improved a lot.
tahun 2012 dulu saya banyak diam, menyendiri, tak campur orang, takde effort dalam kerja.
tahun 2013 saya berubah banyak la katanya.
dah banyak senyum, bertegur sapa orang, volunteer buat kerja. gitulah.
saya mengamalkan motto ‘fake it until you make it’
walaupun kadang kadang dalam hati tak boleh nak accept 100% tapi saya cuba.
kata kuncinya. sabar dan redha.
walaupun kadang tu terlajak gak mencarut.
sapa lagi jadi bahan tadah telinga, encik z, kaktin & payiet lah! haha.
image
tapi kan, apa lah sangat penghargaan manusia ni.
kalau pukul 8.30 pagi masih feel feel breakfast, walhal masuk kerja pukul 8 pagi.
bukan sekali sekala, tapi hari hari!
pastu pukul canang kat facebook bangga dapat anugerah gitu gini dari department.
siap susun sijil dari masuk kerja. camlek orang yang tak dapat.
tak malu ke eh? berkat ke eh? #mohonterasa
kalau saya, better la tak dapat penghargaan dari manusia kalau dapat hanya akan lebih melalaikan.
jadi orang yang sombong dan bongkak.
orang lain bawah tapak kaki kau je. kau lah paling terhebat, paling best.
bahagia eh hidup gitu?
jangan tanya aku. berdiri depan cermin tanya diri sendiri.  <<–familiar tak ayat ni?
to be continue…

12 thoughts on “Dayang Senandung

  1. dramatic sgt nama awardnya dayang senandung
    anyway congratulations!
    semoga terus sukses kak maya!

  2. Tahniah beb….
    Aku setuju….’penghargaan manusia ni melalaikan kita’
    Hurmmmm…. sila berdiri depan cermn tanya diri sendiri ok……

    • jangan asyik nak suruh orang cermin. kena cakap kat diri sendiri gak.
      penghargaan Allah SWT lagi penting dari penghargaan manusia.

Comments are closed.