good morning trap! jangan korang ingat trap tu perangkap pula. trap tu singkatan taman rekreasi air panas.
segar je udara pagi tu. dah nama pun tempat kelilingnya pokok pokok hijau kan. kejut yaya pastu terus pi breakfast. breakfast start pukul 8 pagi.
: : breakfast kat meranti coffee house : :
: : sana hijau sini hijau : :
: : suasana dalam coffee house : :
foodspread boleh tahan banyak jugak. tak lah mewah tapi kira mencapai tahap piawaian gak la. ada nasi lemak, mee/bihun/kueyteow sup, roti, buah buahan.
usai breakfast, naik bilik. sesiap nak terjun kolam lagi. semalamnya tu kan encik z tak pegi sebab sakit kepala. so hari ni wajib lah pegi sebelum balik.
: : mommy, tengok tu kolam bentuk love : :
tetiba teringat insiden kat kenduri kahwin. orang jantan bergambar buat sign love. ngeri plisss.
: : encik z menghayati air panas yang berasap asap : :
seperti semalam, terjun masuk kolam air panas dulu. pagi tak ramai sangat orang.
dalam 20 minit camtu je depa kat kolam air panas, pastu terus gerak ke kolam air sejuk ni ha. memula sampai tu memang takde orang. bermandi gembira lah anak dan ayah ni. tapi tak lama tu dah berduyunnnn ramai orang. cuaca pun dah start panas nyit nyit.
: : suka lah tengok depa dua dok ulang ulang main gelongsor ni : :
: : encik z sudah botak. apa mimpi ntah. tidakku tahu : :
: : saya macam biasa la. menunggu dan memerhati di tepian sajork : :
: : yaya dapat kawan baru kat sini : :
k dah jom balik. sebelum balik singgah satu tempat lagi. rebus tulurrrr…
8 thoughts on “Breakfast & Mandi Mandi”
tempat ni yang ada private bungalow skali tu eh kak?
alamak, tak sure.. tapi rasa mcm ada nampak banglo. maybe ada la kot
Kat cecelah gambar ada satu paragraph aku tersedak.
Jantan buat bentuk ? ahahahaha. Ponen mana tuuuuu???
aha dengan pakej kaki terlentik.
kesian. azwana alia sangat.
comel plak kolam betuk love…
alahaiii teringin nya nak pg.. mcm best jer.. mcm syok jer..
sila lah buat rombongan cik kiah ke sinun yer..
kalau bawak dania kat sini mesti dia suka ni….insyaallah suatu hari nanti sampai la hendaknya

insya Allah 🙂