Sembang Sembang Singapura

memandangkan gambar-gambar kat singapore nun belum habis didownload lagi, so lets lah kita borak borak ringan dulu pasal trip saya ke singapore ni.
plan nak ke singapore ni sebenarnya memang saya plan untuk yaya lah.
tapi awalnya macam confuse nak pegi makassar atau singapore.
memula tu memang dah nak pegi makassar dah, tapi tup tup tetiba lak harga flight ticket naik mendadak.
terus cam ah gi singapore je lah.
dan barulah kenal erti penyesalan di situ.
korang tau je la singapore kan. serba serbi mahal.
tapi bila dah beli flight ticket tu nak buat cemana, proceed gak ah.
ni saya share perbelanjaan untuk rujukan korang yang nak pegi k.
tau patutnya entry ni up last sekali, tapi suka hati saya ah he he.
kot kalau ada apa tak paham nak tanya silakan yer.
flight ticket air asia saya beli RM459 untuk 3 orang.
campur RM88 untuk luggage return.
sekarang luggage no more 15kg. tapi dah jadi 20kg.
memang molek benar lah tu, luggage kitorang 3 beranak dalam 18kg camtu.
lepas beli flight ticket, misi mencari hotel.
naik juling bijik mata ko nak cari hotel yang murah dan dekat dengan MRT.
google punya google sana sini, dapat la satu hotel yang diberi nama Hotel Beach Garden letaknya di Beach Road.
dekat dengan MRT Bugis.
hotelnya 2 star je, tapi harga nangissss ko.
tapi dah fedap menggoogle, so cam ah book je lah.
tengok dalam website pun macam ok ok gak hotelnya.
tapi tapi tapi, bila tengok sendiri, double nangis.
kecik besau kotak je biliknya.
tunggu saya update full version nanti k.
oh harga hotel ni untuk standard room saya bayar SGD315.00 untuk 3 malam.
lepas convert dalam RM810.00 gak arrr.. tsktsktsk.
lepas selesai flight ticket & hotel, haruslah misi mencari tiket universal studio pula.
pun nak terkeluar bijik mata google sana sini cari yang paling murah.
dan akhirnya terdampar kat satu blog yang promote kan facebook yang jual tiket uss dengan harga berpatutan.
lalu saya pun inbox message dan pong pang pong pang bincang.
beliau bagi RM415 untuk 2 dewasa, 1 kanak-kanak.
pecahan harga dewasa RM150 dan kanak-kanak RM115.
pegi singapore takkan semata nak pegi uss kan, lalu saya pun buat la plan tambahan nak sightseeing singapore secara lite lite.
bincang dengan encik z, kitorang decide nak naik singapore flyer, duck tour dan naik HOHO bus.
singapore flyer dengan duck tour saya ambik pakej kat asiatravel.
pakej diberi nama combo tour. 1 way transfer. makna depa pick up kat hotel bawak pi singapore flyer tu.
2 dewasa 1 kanak-kanak saya bayar SGD146.00. lepas convert dalam RM384.00.
bayar guna kad kredit.
untuk HOHO bus plak saya ambik dari citysightseeing.
naik funvee bus cover semua route.
harga SGD49.80 bersamaan dengan RM133.00 untuk 2 orang dewasa 1 kanak-kanak.
yang ni saya bayar guna paypal.
Jumlah Perbelanjaan Kasar = RM2289.00
Flight Ticket (www.airasia.com) : RM547.00
Hotel (http://www.85bghotel.com): RM810.00
Universal Studio (www.rwsentosa.com) (search Rosmanizah Abdul Rahman @ Facebook) : RM415.00
Singapore Flyer + Duck Tour (http://www.asiatravel.com) : RM384.00
Hop On Hop Off – Funvee (http://www.city-sightseeing.com) : RM133.00
ok harap entry ni dapat membantu serba sikit korang yang tengah plan nak pi bercuti ke singapura.
teringat jumpa sorang kakak dalam lif hari tu.
pergi cuti ke mana mya? singapore kak. singapore je?
yer kak. singapore je.
singapore. k. bai.

18 thoughts on “Sembang Sembang Singapura

  1. perkataan ‘je’ tu x menahan
    lenkali kalu dia tanya lagi, akak ckp nak gi Paris je..
    ‘je’ tu kasi penekanan sikit ngehngeh

  2. Utk 2 star hotel kira mahal tu! Dlm Agoda pun tak de ke masa tu? Kesian awak…
    Pasal kes ‘Singapore je’ tu, terasa I, you! Sebab pernah gak cakap camtu. Tapi bukan la niat nak downgrade dia ke apa.. cuma pada I, kalo org JB, kecoh nak pie seberang tambak, memang mendapat ler. Lain la kalo kita yg memang sah2 jauh ni… hahahaha… jahat I!

    • dah habis google dah tu u. apa nak buat, dah nasib. benda pun dah jadi kan huhu.

      orang JB nak pegi singapore memang boleh la cakap ‘je’.
      kita dari KL jauh ooo he he..

    • tu la benda pun dah lepas, usah dikenang lagi.
      marilah merancang percutian seterusnya pula he he

Comments are closed.