Saya dan Angkor Wat – Part I

masa korang tengah baca entry ni saya sama ada sedang berada kat kl sentral, lcct atau mungkin dah sampai singapore.
flight saya 12.40 tengah hari.
doakan perjalanan saya dan keluarga eh.. 🙂
ok mungkin ada antara korang yang ingat lagi januari 2012 saya pegi bercuti ke cambodia.
berjanggut janggut saya nak habiskan entry nya.
ni dah nak dekat 2 tahun pun tak habis lagi.
mengarut betul kan.
tapi cerita kat phnom penh & siem reap saya dah habis update.
tinggal lagi cerita dan gambar kat angkor wat je.
so mandangkan saya bercuti 5 hari minggu ni, saya sajikan korang satu hari satu entry, kenangan saya kat angkor wat.
so korang bukaklah blog saya ni tiap hari pukul 9 pagi ada entry macam biasa k?
dan awasss… total kisah di angkor wat ni total 5 part kesemuanya.
cukup untuk minggu ni. hebat bukan saya? tapi tapi tapi tak termasuk entry khas kat ‘pokok angelina jolie’. heeee…
kalau korang nak baca kronologi, korang klik la kat belah kanan tu, start dengan cerita kat phnom penh then baru siem reap.
kot la nak dapat feel ke apa he he.
tapi pada readers baru janganlah pelik sangat dengan fesyen pakaian saya tu.
masa tu bebaru bertudung, so pakaian pun agak merepek, tu yang tetiba pakai tshirt dengan stongan tu. dan tudung singkat tak tutup dada. huhu..
sesungguhnya saya insan yang penuh dengan kelemahan 🙁
korang tau ke idok angkor wat ni tempat apa beno nya?
kalau tau bagus. kalau tak tau, nah baca ni, saya tulis secara ringkas.
angkor wat ni sebenarnya tempat yang mengandungi berpuluh temple.
kira temple semua disatukan di satu kawasan dan diberi nama angkor wat.
angkor wat ni salah satu temple gak, kira yang paling famous lah. yang paling depan korang akan jumpa bila masuk dalam angkor wat ni.
selain dari temple angkor wat, yang famous dan wajib pegi ialah Bayon (temple with faces) dan Ta Phrom, ‘pokok angelina jolie’ tu.
setiap temple adalah berbeza dan unik. ada kisah tersendiri tau, so jangan la plak korang cam hek eleh sama je semua temple.
kalau kau rasa nak cakap camtu baiklah kau takyah pegi angkor wat ni. baik korang duduk je kat malaysia ha.
tahukah anda bahawa angkor wat ni merupakan tapak warisan dunia UNESCO?
tahukah anda? apa? tak tahu? *baling buku sejarah kat korang
yang benarnya saya teringin sangat nak pegi angkor wat ni sebab nonton filem tomb raider lara croft tu lah.
ada scene kat pokok besar yang dia cari budak kecik tu.
haaa situ lah namanya ta prohm.
terkagum saya tengok cemana pokok besar boleh melingkari temple kat situ.
lalu menguatkan semangat one fine day aku kan ke sana! begitulah azam ku.
tiket masuk angkor wat ni harganya USD20.
lepas convert dalam RM60++ gak la.
ini untuk masuk sehari. kira kau boleh duduk dalam angkor wat tu sehari suntuk la.
memang agak pricey tapi hello.. kau memang datang jauh jauh nak masuk dalam ni kan? kalau USD100 pun rasanya saya sanggup bayar kot.
kalau korang nak masuk untuk 3 hari berturut-turut harganya USD40.
apa? 3 hari tak cukup? haaa sila ambik untuk 7 hari berturut-turut, USD60.
kau belek lah segala ceruk angkor wat tu.
kalau korang tanya saya cukup ke sehari nak cover angkor wat, bagi saya cukup je.
melainkan korang ni jurugambar yang memang suka ambik gambar setiap sudut dan nak study sejarah angkor wat secara mendalam, haa ambik la 3 hari tu.
ni lah tiket masuk angkor wat.
haaa special tak specialnya tiket ni sebab gambar muka kita terpampang kat tiket.
so cam takboleh nak propa kata eh i dah pegi angkor wat ok.
mana tiket? kalau takde muka kau kat tiket jangan nak propa sangat k?
gitu.
muka terpisat di pagi hari begitulah.
dengan keadaan pi pi yang kembang semangkuk plastik, terimalah keadaan diri seadanya.
lagi pula motiplah sangat nak bermekap mekap di pagi hari, masuk angkor wat pulak itu.
IMG_4179
: : senyommmm : :
seawal pagi kitorang dah ada kat sini.
dah kata nak tengok sunset kan. haruslah seawal minit pertama dah kena siap siaga.
masa kat sini camera kompak saya dah kojol.
so berharap pada dslr yang pun lens separa kojol.
tawakal je la supaya dapat snap gambar cantik cantik huhu.
_MG_3967
: : seawal pagi di angkor wat : :
_MG_3977
: : kengkawan travel : :
orang meramai sesungguh kot.
saya port kat satu tempat pastu layan je sunrise.
best sangat kot feel feel layan perasaan sendiri.
dan rasa cam akhirnya sampai jugak aku ke tempat ini.
selalu pun baca dan tengok dalam internet je kan.
kali ni dah sampai sendiri. syukur.
terima kasih Allah kerana mempermudahkan untuk saya dan kawan kawan.
_MG_3984
_MG_3989
_MG_3999
_MG_4002
_MG_4003
_MG_4004
bergambar je la sampai lebam.
kitorang diperuntukkan lebih kurang sejam setengah untuk kat angkor wat ni saja.
_MG_4008
: : tengok orang meramai kat belakang tasik tu kan. masa ni dah cerah dah : :
masa saya pegi tu ada a few part of angkor wat tengah dalam renovation.
so kena berhati hati lah dalam melangkah.
kot tersalah susun langkah mau jatuh dalam runtuhan batu bata.
tak pasal kau pun jadi sejarah kat angkor wat he he.
_MG_4011
ok next entry saya jaja gambar gambar dalam angkor wat.
tunggu……

5 thoughts on “Saya dan Angkor Wat – Part I

  1. bestnya..cuti2..tahun ni x banyak tempat along pi…ekonomi x mengizinkan…Angkor Wat ni ada dalam wishlisht…masih x lepas2 lagi…sabo jer la..

Comments are closed.