Mai mai komen

touch & go datang buat promosi kat office saya ni ha.
boleh customize gambar kat kad touch n go tu.  RM20 sajork.
rasa sebelum ni cam depa dah penah mai tapi saya yang cam tak pedulik sangat.
ni bila datang lagi, tetiba rasa cam nak plak ada kad touch n go dengan gambau sendiri.
so pegi lah buat.
saya buat sekali untuk ain. nak bagi sebagai hadiah menang pengomen tegar bulan lepas.
biasanya saya cam tak up pun entry bagi hadiah kat pemenang.
tapi sat sat tadi tengok ain kemain dah up entry bila saya tag ia kat instagram, terus rasa cam ah boleh lah saya up entry jugak ehe.
20131211-161843.jpg
boleh pi baca entry ain kat SINI.
hah harap hang suka la no kad tu ain.
tapi tu la, duit dalam tu ada RM5 ja. pepandai la hang topap.
sok sok kalau kata kita berpatah arang berkerat rotan (mintak dijauhkan), jangan la ada pesta maki hamun carut bagai dalam blog pulak no.
namo ungkit mengungkit ungkit. *background lagu jangan ada benci
macam kak cakap, berundur perlahan lahan tanpa meninggalkan jejak luka.
begitulah. sob sob.
saya bagi hadiah pada pengomen tegar ni bukanlah apa, sekadar token of appreciation kecik ja.
tanda saya appreciate korang semua yang mengomen.
bukan ramai pun yang baca blog saya ni, so bila ada yang sudi komen tu haruslah saya rasa terharu gitu.
btw, tahun depan saya akan tukar sikit sistem komen ni.
sikit ja la pun. saya takkan letak senarai pengomen tegar yang terkini.
yang kat tepi nanti saya letak list pengomen bulan sebelumnya.
kira macam kalau korang tengok kat list tepi ni, bukan yang terkini lah.
sebab apa? sebab saya nak macam korang taktau siapa yang tengah mendahului.
so boleh bersaing secara sihat. tup tup tengok hujung bulan, haaa baru tau siapa yang menang.
gitulah.
token of appreciation saya pun mungkin akan bertukar dari hadiah kepada cash.
serendah RM10 ke setinggi RM50.
tengok cemana nuffnang dan pengiklanan kat blog saya.
rezeki dikongsi bersama kekdahnya.
tapi korang kena lah rajin komen 🙂
oh lagi satu, hujung bulan nanti saya nak kumpulkan pengomen tegar sepanjang tahun.
mungkin saya nak ajak korang lepak-lepak minum petang ka.
tengok cemana lah, kot kalau ramai yang available.
kalau tak, mungkin saya bagi hadiah ja ka.
apa lagi, mula lah mengomen! 😉

18 thoughts on “Mai mai komen

  1. Komen!
    Lol. Aci dak gini??

    Wey siyes i like. Ku dgn kak naja dah duk tertanya2kat mana nak buat kad tng gini?? Ooo rupanya di opis mu.

    Tak kisah la kak kalo takdak kredit dlm tu pun. Ada muka anak2 dgn kad free pun haku dah cukup bersyukur. Priceless wey. Teruja ni taktau nak habaq. Haha. Bkn senang nak ada benda2 awam tapi ada muka anak2 kita. Sementelah anak kita bukan artis hahahahaha

    • belasah ja.. tiada kekangan dalam meninggalkan komen di sini ehe.

      kak naja kalau mau print sempat lagi ni.
      orang touch n go tu ada kat office saya sampai hari jumaat.

      • Wahhh.. aku mau aku mau aku mau !! Tu dia hang tengok betapa bernapsunya aku kat benda tu.. kehkehkeh.

        Maya nanti esok knaja keloi hang kat gtalk ya.. nak buat 2 keping, satu tu boh gambaq anak2 utk simpanan sendiri. Satu lagi boh gambaq muka sendiri bagi kat laki untuk dia guna hari2.. sebab dia mmg dok lalu kat tol jadi hari2 buleh tgk muka aku bila sampai plaza tol. I folo u ke mana saja kaedahnyer. Mampuih lama2 muntah darah kahkahkah !

        • saya dah tak ingat dah password gtalk kak haha.
          takpayah nak gtalk lah. email saya gambaq yang nak diprint tu kat myasefia@yahoo.com
          email secepat mungkin.

          nanti saya boleh terus pi print esok.
          cepatannnnn…

  2. Kalo camtu setiap entry saya nak kene komen 5,6,7,8 kalilah..sbb nak join lepak minum..hehe..jgn lupa ajak saya tau..*ngeeee xmalu..haha..

  3. Along suka idea ni…tp kan ..along x buat lagi..ingat nak start January…tp tu la..ada sorang blogger ni..bila along umumkan nak buat next january..dia gigih komen kat blog along…but the way dia komen tuh kelakar..setakat tulis satu perkataan je…pas tu perkataan sama yg obvious sgt…semata2 nak rampas takhta pengomen tegar..macam2 hal…apapun along tgh fikirkan mcm mana nak hargai my readers…

Comments are closed.