Bosan secara hebat

sebelum start update story mory kat singapore, moh saya habiskan dulu semua gambar dan entry yang terdampar dalam draft.
bebaru ni saya attend course. tajuknya beyond excellence as a secretary. tajuk takmo kalah.
kejadian berlaku di hotel melia sana.
saya pegi naik monorel je.
encik z drop kat monorel titiwangsa, pastu saya lompat naik sampai la kat stesen imbi.
bertahun jugak rasa tak naik monorel ni.
sampai kat melia sebelum pukul 8.30 pagi.
register apa semua pastu lepak mengopi.
20131126-211027.jpg
peserta ada 10 orang je. first time kot saya attend course yang peserta menciput.
satu table duduk 5 orang. table saya semua pun dari company lelain.
lalu course pun dimulakan. perempuan cina convert islam. umur 61 tahun.
ya ampun. bapak bosan bakhang.
dia dok bercakap baca dari buku je.
kalau baca dari buku je baiklah kita baca sendiri kot kan.
aktiviti simple ada la dalam 2 aktiviti kot.
aktiviti berkumpulan ke, presentation ke memang takdok.
saya dok tahan mengantuk, pastu pandang dia besau kecik besau kecik.
sambil urut dada sendiri, sabau normaya sabau.
jaga imej sebagai ostajah. hokhokhok.
pastu asyik cerita pasal family dia. my hubby, my son, my daughter.
my gitu my gini. hal rumahtangga takyah laaa nak cerita sangat kot.
bukan semua orang kisah nak dengar.
pastu dia cam buat buat lawak, sib baik la 9 orang peserta lain tu macam jenis senang ketawa.
dia buat lawak hambar pun depa gelak.
kalau semua macam saya, muka ketat haruslah dia sentap di situ.
yer saya ni kalau tak gemar sesuatu jelas terpancau di wajah.
susah nak berlakon buat buat. tapi kalau bebetul saya gelak, haaa makna betullah tu saya rasa lawak.
20131126-211104.jpg
: : waktu break baru muka ada sinyum. tanpa rasa bersalah letak nama company. heh : :
lagi satu dah la waktu break pun asyik la terlajak.
patut break 10.30 pagi, kul 10.50 baru keluau.
time management out.
isi kandungan course pun takde la sebut nau pun pasal secretary.
lebih pada admin je. bukan takleh nak citer pasal admin, tapi tajuk course tu kasik jelas lah.
takyah sebut perkataan secretary tu. buat orang keriru tau nggak?
20131126-211113.jpg
: : nasib baik makan sedap kat sini. ada beef dan lamb yang 2 kali saya repeat makan 2 hari ni : :
tapi tapi tapi.
hotel melia, password wifi kena beli? kesian.
20131126-211124.jpg
: : bergambau depan cermin : :
kawan kawan setable saya semua bebaik. ramah mesra je semua.
saya macam biasa selalu pun kalau baru kenal saya banyak mendengar senyum dan angguk angguk geleng geleng je.
saya kan pemalu kalau baru baru kenal ni. cer dah lama kenal. cer cer cer.
dulu kan, saya pernah keje kat hotel melia ni. believe it or not.
rasanya masa tu dalam umur 21 tahun kot? susah nau nak cari kerja hoi.
nampak ada iklan dalam paper, so saya pun walk in je.
business centre junior secretary nama post nya.
gaji RM1300.
kerja saya ialah pose pose maut dalam bilik business centre.
nanti kalau orang datang nak guna internet ke, fax ke, printer ke, haaa saya assistlah depa.
dengan bayaran sekian sekian.
tapi tak lama pun saya keje. 2 bulan je kot? wahahaha. sebab?
hari sabtu keje sampai pukul 5 petang. paddiaa.. hikss.
kena pakai uniform hotel. kemeja dengan skirt pendek.
kenal dengan ramai jugak kengkawan yang baik.
tapi memang takde dah la contact dengan depa.
dulu mana ada social network segala ni kan.
so simpan kenangan dalam kepala otak je lah.
pukul 5 petang berakhirlah segala penyeksaan.
terus naik monorel balik ke pangkal jalan.
dalam monorel macam nampak seseorang yang ku kenal.
baju biru tu macam si nikol je.
tapi tu la sebab dari belakang, cam tak berapa pasti.
nikol, adakah itu awak? sila lapor diri di kotak komen entry ini.
mekasih.
20131126-211141.jpg
P/S : monorel dah sampai kl sentral tau korang.in case ada yang belum tau lagi la. sebab saya pun baru tau he he.

10 thoughts on “Bosan secara hebat

    • tu la saya ni tetiba je diarahkan pi course, sentap sebab course yang saya mintak tak dapat.
      tapi diberi course yang tah hapa2 huhuks

    • ikut hati memang nak buat dah.
      tapi orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa, lalu ku pendam sebuah duka tsktsk..

Comments are closed.