Stokin dan Stongan

korang yang pakai stokin penah tak experience kejadian macam gambar bawah ni?
saya stress betul bila jadi ceni.
ni selalu jadi kat stokin yang dah lama.
macam masa memula saya berstokin dulu memang saya beli jenama soxworld je sebab last year macam tak meluas lagi kot penjualan stokin muslimah ni kan.
ni kira dah arwah la ni stokin ni.
memang patut dicampak buang dah la sebab getah dah memeri habis.
socks
sekarang saya tak beli dah stokin soxworld sebab dah banyak nau lambakan stokin muslimah dijual kat facebook/blog/instagram.
20131029-102638.jpg
: : yang ni saya beli kat pekanbaru hari tu. yang lepas convert RM1.70 je. ingat dok? : :
sekarang kat instagram tengah famous stokin ibu jari jenama sooka.
memang banyak yang jual kena pandai pandai lah nak cari mana yang offer harga murah.
yang ni saya beli kat instagram @staymodesty.
satu RM8. tak termasuk postage.
tapi bebaru ni saya jumpa satu lagi instagram yang jual dengan lebih murah.
@SATUMAKNA4U. diorang jual ikut set, 4 pasang. berlainan warna.
RM30 termasuk postage. korang pegi lah check it out.
20131031-091020.jpg
ok next pasal stongan pulak.
stokin tangan.
ada orang panggil handsocks.
ni saya beli semua kat @staymodesty.
yang best sebab ada yang dwicolour.
kira kita boleh pakai 2 belah.
boleh la berjimat. satu handsocks ada 2 warna.
harga RM7.
20131029-102714.jpg
saya baru baru je berjinak pakai handsocks ni.
tu pun kadang pakai, kadang tak. tengah pujuk diri beristiqomah jugak.
saya ada terbaca satu blog ni dulu dia mention pasal orang yang pakai tshirt pendek, lepas tu pakai handsocks skin colour.
ada lah dia tegur sesikit.
saya tersentak kejap sebab masa tu saya memang baru lepas up entry bergambar kat blog, pakai sebijik macam dia sebut tu.
terus saya terpikir, haah memang betul apa dia tulis tu.
lalu lelepas tu saya tak pakai dah handsocks dengan tshirt.
tapi saya pakai inner penuh.
tapi still lah kan. inner biasa memang ketat melekap ke badan.
so saya cari alternatif lain. pakai tshirt lengan panjang yang longgar kalau nak pakai tshirt lengan pendek di luar.
terima kasih la pada blogger tu.
walaupun mungkin cara dia tegur tu ada sedikit kasar, tapi buat apa nak kisah cara tegur tu.
ambik je intipati teguran tu.
saya berdoa dia pun masih istiqomah dalam menutup aurat sebab dia dah tutup blog dia 🙁
saya nak share beberapa cerita tentang stokin untuk panduan kita bersama.
lets baca.
~KISAH STOKIN~
KISAH 1
Menyusuri ‘alkisah stokin’ ni sendiri ada sejarahnya dalam hidup saya. Owh, bukan kisah tentang stokin yang tidak dibasuh selama seminggu. Bukan juga kisah baru beli stokin di Soxworld. Kaki adalah aurat wanita. Tapi sering diremehkan. Dari jauh dah nampak menutup aurat, tudung berlitup, pakaian pun okay longgar. But, something wrong down there. Owh, tak pakai stokin. Aurat yang diremehkan oleh ramai muslimah. Mungkin tidak tahu, atau tahu tapi tak ingat, atau dah arif lalu buat-buat lupa.
Ustaz-ustaz saya dulu pakat dok pesan, pakai stokin. Bahaya kalau lelaki nampak. Apa yang bahayanya? Saya tak tahu, owh mungkin tahu serba sedikit tapi kurang jelas. Saya juga bukanlah berasal dari golongan yang serba tahu dan serba lengkap dan serba sempurna. Masa dulu-dulu, kalau keluar jalan-jalan, agak jarang lah pakai stokin ni. Mungkin masa tu belum habis berfikir tentang aurat yang satu ni. Tahu, bila perasaan seorang budak sekolah yang tak pernah biasa dengan tudung labuh, arm sock (we call it stongan –stokin lengan), and the stokin. Rimas itu tetap ada, bila keluar berjalan-jalan rasa macam ada satu kebebasan bergaya seolah-olah sekolah adalah tempat mengongkong heh. Biasalah budak bawah umur, belum mahir berfikir secara total.
Sejak beberapa tahun ni, saya mula tarbiyah dan didik diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Bila tak pakai masa keluar jenjalan, rasa bersalah. Bersalah dengan Allah sebab tak jaga aurat baik-baik. Yang lain dah tutup sempurna tapi kaki tak tutup pulak. Untuk melakukan proses perubahan, perlulah konsisten. Perlu ada istiqamah. Amal yang sedikit apabila kita berterusan melakukannya, insyaAllah akan menjadi saham pahala di akhirat kelak.
Bila buat sesuatu perlu dengan niat yang bersungguh-sungguh. Berubah bukan sebab boypreng suruh tutup aurat atau trend fashion semata-mata. Tapi hanya kerana Allah Taala. Allah dah suruh. Kalau Allah dah suruh tu, pasti ada hikmah di sebaliknya even kita rasa macam tak suka je. Belajar untuk mentaati dengan seikhlas hati, cuba untuk buat yang TERBAIK dalam menjalani perintah Allah dan bukan kerana sesiapa. Sebab bila kita changes bukan kerana Allah, confirm ianya tidak berkekalan. Niat tidak pada yang Satu tapi beribu-ribu.
Satu cara saya memupuk minat pakai stokin ni adalah saya beli stokin yang comel-comel. (ni cerita zaman sekolah dulu zaman 2004-2008) Dulu suka pergi soxworld. Dekat sini stokin dia comel-comel (abaikan price dia), bila ada stokin yang comel-comel, sangat bersemangat nak pakai stokin bila ke kelas tambahan, hang out. Kelas biasa hari sekolah macam biasa tetap lah pakai stokin hitam.
So, my socks collection adalah sangat banyak. Hasil daripada usaha mengumpul sejak zaman sekolah. Cuma, sekarang dah masuk umur 20-an, dah jarang memakai stokin yang berwarna-warni, dah matured barangkali.
To start something new, i know agak sukar. Tak pe, memang susah pada awalnya. Tapi kalau kita berusaha untuk menjaga aurat kita, percayalah, satu hari nanti, kita akan rasa kemanisannya. Mempertahankan sesuatu yang sukar pada zaman moden macam sekarang ni. Dicabar pula dengan arus fashion yang menggugat iman. Sangat sukar untuk mempertahankan syariat Allah. Tapi, saya percaya, jika ada kesungguhan dalam diri muslimat, jika ada kesedaran yang mula terbit dalam hati muslimat, insyaAllah, niat itu akan diredhai Allah.
And of course, kita bukan hanya mahu jadi MUSLIMAT (hanya Islam -percaya) tapi ingin menjadi MUKMINAT (orang-orang yang mukmin –percaya dan lakukan). Menjadi orang Islam yang percaya pada hukum Allah, dan berusaha untuk melaksanakannya memang sesuatu yang mencabar pada zaman ini. Berdoalah selalu kepada Allah sebab Allah sentiasa mendengar. berdoa agar ditetapkan hati mengharungi zaman yang mencabar ini.
Starting from this new year, jom sama-sama kita selitkan sikit dalam resolution kita untuk menjadi lebih baik then the previous year. Kita cuba, pakai stokin pulak. Owh, should I make a campaign here hehe mari pakai stokin untuk tutup aurat kaki kita dan untuk menutup aurat dengan leeebih sempurna and untuk menjadi lebih gorgeous di hadapan Allah 😉 kalau nak ambik lah. Boleh lah jadi peringatan setiap masa.
KISAH 2
Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.
Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika menemani anak-anak bermain air di taman tema air. Taman tema air seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.
~TAMAT~
saya pernah jugak ditegur oleh reader saya, dalam berdakwah kita kena tegur orang yang terdekat dulu sebelum nak tegur orang lain.
saya faham apa maksud dia.
kaklong saya masih belum menutup aurat.
saya terima komen dia. dengan hati terbuka.
dalam satu ceramah yang saya pergi baru-baru ni kebetulan ada seorang makcik bertanya soalan macam mana nak tegur anak-anak dia yang masih belum menutup aurat.
ustazah kata pertamanya kita harus menegur secara direct.
tambah pulak teguran seorang ibu kepada anak, memang takde halangannya.
tapi kalau anak masih tak mahu menutup aurat, kaedah kedua ialah berdoa.
sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin.
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.
(HR Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :
“ Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan.
Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah.
Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya):
“Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.”
(HR. Muslim)
lepas tegur dan berdoa, kaedah yang ketiga ialah tunjukkan contoh yang baik.
kita dah tegur, dah lepas tanggungjawab kita.
kemudian kita berdoa dengan meminta pertolongan Allah.
dan akhirnya kita lah kena tunjukkan contoh yang baik.
tak mahulah jadi cakap tak serupa bikin pulak kan?
ya… dan itu yang saya buat sekarang.
bukan untuk kaklong je, saya doakan untuk semua sahabat-sahabat dan pembaca blog yang saya kasihi.
semoga kita bukan saja bersaudara di dunia, tapi juga dapat berjiran di syurga nanti 🙂
paling paling penting jangan paksa orang berubah ikut cara kita.
sebab kita pun tak suka orang paksa kita betul tak?
saya mintak maaf kalau akhir akhir ni ada entry saya tentang aurat ada menyinggung hati saya.
niat saya cuma nak menegur. kalau ada yang terasa hati saya mohon ampun maaf dari hujung kaki ke hujung rambut.
saya sendiri banyak cacat celanya.
saya cuma nak berkongsi ibrah dan kemanisan dalam menutup aurat dengan sempurna.
semoga kita semua sama-sama mendapat manfaatnya.
sebarkanlah ilmu
Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.
Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

12 thoughts on “Stokin dan Stongan

  1. Amin

    ku ada satu pepatah la nk menerangkan kestrugglelan ku dlm menutup aurat ini.

    To make the decision is not hard. But to execute the decision is.

    Maknanya nk ambik keputusan menutup aurat tu senang. Tapi nak melaksanakan tu yang susah.

    Beristiqomah tu jlnnya sggh payah. Aku tak nafikanlah kak aku kadang2 merungut jugak panas dlm hati. Kdg mcm nk cepat2 blk rumah nk tanggal tudung. Dan aku belum tahap berstokin dan berstongan. Tapi aku pujuk hati perlahanlahanlah Rai. Dari bersinglet pelan2 berblouse. Dari blouse pelan2 bertudung. Inshaallah lepas ni berstongan berstokin. Entry2 serupa ni bagus. Ingat mengingati.

    Tetiba aku terteringat seseorang bila sebut bab istiqomah ni. Hmmmmm…..

    • betul cakap hang tu.
      bak kata orang putih, talk is cheap. taktau ada kena mengena ke tak ehehe.

      tapi ya lah, niat tu memang ada, nak tutup aurat.
      tapi bila sampai bab nak laksanakan tu mesti ada jugak cacat cela here and there.
      tu kak kata, takpa pepelan.

      takmo drastik. sebab takut drastik tak kekal lama.
      pakai tudung on off.
      elok dah tudung tutup dada tetiba dah tersingkat atas dada.
      cantik dah berstokin tapi bila nak bergaya rasa tak kena, lucut stokin tu.
      itu yang kita takmau.
      so pepelan bila bebetul dah bersedia.

      dalam masa yang sama doa banyak2 pada Allah semoga umur kita panjang supaya sempat perbetulkan mana yang salah.

      akak tulis entry ni bukan bererti kak lebih baik dari sesiapa.
      jauhhhhhh sekali.
      entry ni mengingatkan kak jugak semestinya.

      hidayah itu milik Allah.
      istiqomah itu kita yang kena usahakannya 🙂

  2. Akupun sedang berjuang dalam bab menutup aurat ni. Allahuakbar.. masih jauh perjalanan untuk menuju kesempurnaan ! Thanks Maya untuk entry meresap ke jiwa.

    • kita semua pejuang kak. semua sedang struggle untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
      saya doakan untuk semua kawan-kawan saya. doakan untuk saya juga ya 🙂

  3. Assalamualaikum maya..
    Sy dah lama jd silent readers. Dr cerita begitu sampai ke begini. Dan di saat sy pun dlm fasa perjuangkan istiqomah maya juga sy lihat sama. Moga kita dpt kongsi perkara2 yg baik.

Comments are closed.