LOL!

saya MC hari ni. sakit perut. cirit birit.
bukan MC beli yer. so pls.
lepas makan ubat lelepak bukak la blog korang.
masuk blog kaktin tengok ada entry baru.
terus cam terkesima. perut yang sakit dan dan sihat.
ambik handphone terus whatsapp tanya kaktin whats the story mory.
kaktin suruh pegi bukak muka buku bab 12 bahagian 5 mukasurat 8.
lalu sepantas kilat saya bukak.
dan rupanya ‘ohhhhhh’
nak kata tanjat sangat tu tidaklah kot.
sebab dah banyak benda yang si polan ni mengata orang dah patah balik kat dia, so kejadian yang berlaku ni cam salah satu je la kot.
sebenarnya ada kronologi dari tweet tweet yang kaktin print screen tu, tapi saya malaslah nak cerita dari awal. bukan dapat apa pun.
kot kalau lepas cerita tu dapat duit ke, dapat handphone sebijik ke, berbaloi jugak.
cuma satu je la yang saya tak berapa paham perangai orang yang suka stalk tweet/status fb orang.
sendiri stalk pastu sendiri sentap, pastu angkat telefon sound-sound, pastu datang serang ajak jumpa kat bus stop bagai.
pastu bila kita kata tweet tu takde kena mengena dengan depa pun, terus keluar ayat ‘sudahlahh weyy.. tak payah laa nak berlakon weyyy..’
dah pulak?
ah satu saya nak bagitau ni, suara tu bukan aurat yer kawan-kawan berlian ku.
kalau suara itu aurat, memang kita kaum wanita ni tak boleh bercakap langsung dengan orang lelaki yang bukan muhrim.
saya ni  ramai je kawan-kawan yang suka menyanyi ni.
tapi tidaklah saya menghalang mahupun menggalakkan.
kalau depa tanya pendapat saya, saya akan kata kalau boleh elakkanlah.
kalau depa nak jugak nyanyi, takkan la saya nak putus sahabat pulak dengan depa.
siapa saya nak atur kawal dan persoal hidup orang?
saya tetap doa yang terbaik untuk depa. itulah gunanya sahabat.
bukan cuma ada waktu gembira. tapi perlu jugak bersama waktu berduka.
nah baca ni sebagai panduan.
Suara wanita hukum asalnya bukan aurat. Tapi suara wanita yg dilembutkan atau dilenggok-lenggokkan menjadi alunan atau nyanyian yg merdu atau lunak, itulah aurat.
Dalilnya:
“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)”
(Surah Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini
(Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137)
Imam As-Suddi berkata: larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.
Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat
(Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’ selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
download
kita semua masing masing dah dewasa.
dan boleh fikir baik buruknya.
cuma cuma cuma. janganlah cakap tak serupa bikin.
hipokrit namanya itu.
dan dan dan dan janganlah sewenangnya memTOLOLkan orang.
berat tu nanti nak mintak maaf! LOL!

22 thoughts on “LOL!

  1. what u give..u will get back konsepnya..
    adeh..adehh..
    oleh itu marilah kita elakkan dr mengata/menggelakkan org kan..sudahnya nnt terkena blk kt kita..sepelepap kena..Allah nk tnjuk..sat je..hmmm

    *pss..bg aku sng je..sbnrnya mungkin hamba allah tu mahu jadi mcm ko kot sblm ni..tp tak kesempatan / xdpt pelepasan brgkali..*

  2. betul tu..jgn menongkat langit..biarpun dlm hati rasa nk tepuk tangan kuat2..aku bkn ckp psl dorg ye..tp in general la..dulu masa ko kena..now dorg kena..tak mustahil 1 hari nanti kita nyer turn dtg blk..mcm main boomerang lak rasanya..huhu

Comments are closed.