Blog Maya Dot Com

Hijrah

20131110-234109.jpg
: : percubaan memakai tudung secara messy messy gitu tapi adooo : :
sehari sebelum cuti maal hijrah tu, petang lepas office ajak encik z pegi wangsa walk.
hari tu kan tak dapat nak makan green curry beef sebab dapur rosak katanya kan.
so lets pegi.
nasib baik kali ni tercapai hajat nak makan.
kalau dapur rosak lagi harus saya awaskan.
20131110-234136.jpg
pagi maal hijrah tu lepas subuh baring baring je atas katil.
scroll facebook tengok kat page ceeramoon, ceera annouce pemenang contest genie bra.
terbuntang mata tengok url blog sendiri.
alhamdulillah, saya menang! yihaaa..
tq ceera & kak ira sebab pilih saya sebagai pemenang 🙂 tak sabar tunggu genie bra ni sampai ehe.
20131110-234152
lepas mandi duduk depan tv sambil lipat kain.
pastu terlayan telemovie bertajuk ampun untukmu.
boleh tahan sedih jugak la.
expecially scene ruminah sidek & maimon taib tu.
ada ruminah sidek nasihatkan maimon tu.
terus tersrot sret srot sret saya nangis.
nah saya share kan dialog depa untuk korang baca sebab best sangat ayat ni.
engkau kenapa? tak sihat ke penat ke apa?
entahlah kak. rasa macam  hati ni kosong aje. penat dah.
saya dah mengaji. dah solat hajat. dah berdoa. tapi saya tak boleh lupakan semuanya.
macam amal ibadat saya ni tak diterima Allah kak.
astaghfirullahalazim… kau cakap apa ni? ya Allah…
macam mana kau boleh fikir cakap sampai ke situ. ya Allah..
ini bulan Ramadhan, bulan pilihan untuk hambaNya beribadat.
engkau dah laksanakan semua tu, itu memang baik.
tapi, bila ada sesuatu yang kau rasa prasangka dengan Allah, bererti hati engkau sakit, dik.
bila hati kita sakit, hati kita akan mati.
kita tidak mampu untuk berfikir yang baik-baik.
sebenarnya itu yang berlaku pada engkau sekarang ni.
saya tak paham kak.
memang. tapi kakak cuba nak bagi kau paham.
sebenarnya ada 3 perkara kenapa hati kita sakit.
pertama. kerana kita mencintai dunia.
kita suka sangat dengan dunia ni. dunia yang sementara ni.
kecintaan kita melebihi daripada kecintaan kita dengan Allah.
kita rasa malu aib dengan apa yang berlaku kat dunia ni.
tapi bukan aib dengan Allah.
itu yang pertama.
yang kedua. kita rasa bangga dengan diri kita.
kau  bangga dengan diri engkau.
oh, aku seorang ibu. aku dah buat baik ni.
kenapa orang begini, kenapa orang begitu.
kita masuklah dalam takabbur yang kecil. tapi tetap salah.
tetap sakit jugak hati kita.
dan yang ketiga. engkau terlalu sedih sangat dengan takdir yang Allah berikan kepada engkau.
apa je yang berlaku dugaan dalam hidup kita di dunia ini semuanya dari Allah.
kenapa engkau sedih sangat? Allah kan ada memimpin kita.
janji kita serahkan diri kita dengan Dia.
kita hamba. kita tak mampu.
sedih lah.
sedih dan insaf ;-(
20131110-234205.jpg
salam maal hijrah untuk semua sahabat sahabat saya.
Semoga kita menjadi insan yang istiqomah dan berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
Pintu hari semalam telah tertutup
Kita tidak boleh  mengubah apa yang telah terjadi
Kita tidak boleh menarik balik segala perkataan yang telah terucap
Kita tidak boleh menghapuskan kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang telah dialami
Pintu hari esok  belum tiba,
sehingga matahari esok terbit, kita tidak tahu apa yang akan terjadi
Kita mungkin bersedih atau bahagia pada hari esok
sehingga esok tiba biarkan saja
Yang harus diberi tumpuan adalah HARI INI
Semoga kita dapat melakukan  banyak kebaikan pada hari ini
Jadilah manusia yang penyayang
Pamerkan rasa hormat kepada orang lain walau siapa pun mereka
Hargailah orang-orang yang kita sayang
Semua ini bukan sebab siapa mereka tetapi siapakah diri kita….
Sabda Rasullullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    4 thoughts on “Hijrah

    1. pa'e faizah

      tengok jugak drama tu.
      dialog tu memang betul-betul sampai.
      nak2 plak Mak Mah yg menyampaikannya.

    2. purpledi

      selalu tgk hijabista buat stail tudung messy nmpk cun je
      cuba sendiri mmg x jadik
      balik ke stail biasa gak hehe
      xpelah as long masih menutup aurat & tidak berlebihan

      1. Mya Post author

        itu la, akak ni nak try2 jugak la konon.
        tapi pastu rasa cam ahh lantak sana.
        pakai macam biasa je la. simple2 sudahhh, bukan artis pon..