Diwali

macam rugi je kan deepavali jatuh hari sabtu.
kalau hari ahad sah sah dapat cuti ganti hari isnin.
so hari deepavali tu korang buat apa lah?
saya kat rumah saja.
kebetulan jiran sebelah rumah jemput datang rumah ia sebab depa buat birthday party anak depa. ayin lah sapa laie.
budak kecik comel yang tak boleh tengok saya bukak pintu rumah, dengan selamba je masuk bertandang he he.
saya dah siap masak pukul 2 petang camtu tapi bila katanya makan makan start pukul 3 petang terus cakap dengan encik z simpan dulu je la lauk pauk ni.
jom ngapp kat rumah sebelah.
masa ni jugak lah saya migraine sakit kepala nyut nyut, tapi orang dah jemput kan, rasa tak best pulak kalau tak pegi.
dah la sebelah rumah je pun.
so tukar baju, gagahkan jugak keluar beramas mesra.
ada mee kari, mee sup, macaroni goreng, sosej, nuggets, jelly.
kenyang la ngap ngap.
sibuk je nak duduk kat luar kan, walhal rumah tepi tu je.
tapi macam biadab pulak nak ambik food pastu masuk dalam rumah he he.
image
birthday girl. kemain la seksi nya dengan dress rupa itu.
saya belikan ayin set mainan bowling.
sebab dia ni jenis ganas ganas sikit.
macam tak minat anak patung, bebear segala.
selalu pun saya tengok dok main sepak bola dengan ayah dia.
image
image
: : muka malas nak layan. sentap acik tau ayin ni : :
pastu masuk dalam rumah dia, adalah acara potong kek.
comel sungguh kek ni ha.
tapi yang best nya saya tengok mak ayah dia cam tak kisah tak amik pot pun ha anak dia potong kek.
semua pun mak sedara ayin yang handle.
mak sedara ayin lawa ooooo.. begini (Y)
image
image
: : happy birthday nur qaireen damia. acik doakan awak jadi anak yang solehah ya : :
oh sebut pasal deepavali ni kan.
saya baca kat blog ain.
ada dia sebut pasal deepavali perayaan agama.
saya rasa ramai yang macam tak perasan atau terlepas pandang.
sampai sekali sama merayakan deepavali.
yang macam saya rasa hmmmmm…
bukan tak boleh wish ke apa.
wish sekadar untuk jaga perhubungan sesama manusia.
tapi kalau boleh tak payah lah berlebihan celebrate ya.
🙂
happy deepavali vijay #tetiba

6 thoughts on “Diwali

  1. comel sungguh ayin tu..ni mesti tgh melasak dan kuat bercakap ni kan…ye la deepavali perayaan agama..sama gak mcm along up entry kolam tuh…tetiba ada yang komen beria sgt macam nak convert / berhijrah plak…padahal along just highlight seni perayaan tersebut..malas nak panjang2 cerita senyap jer la….

  2. ujung2 wish vijay yang tak tahan tu…. saya kecewa deepavali kali ni xde citer padayappa ataupun sivaji the boss.. cuma ada ethiran saja… 🙂

    • vijay tetap di hati.
      kami ada gak layan 2,3 filem tamil tapi taktau tajuk.
      takpe, janji filem tamil yang tema polis, samseng, action, semua pun kami zasss..

Comments are closed.