Dari KL ke Kuantan

8 november. lepas habis office saya dengan encik z terus berdesup ke kuantan.
kenapa ke kuantan? stay tune yer. nanti saya bagitau lah kenapa.
eh tapi korang yang kat instagram/twitter/facebook tau dah la kot.
takpe kat blog kita slow and steady cerita (walhal pemalas lipas nak update)
yaya ada performance sekolahnya.
takpe tu next entry k.
perjalanan dari kl ke kuantan smooth je.
sampai kat kuantan pukul 9.45 malam camtu.
tapi tapi tapi.
pusing cari hotel dekat sejam ok!
sampai bergaduh amukan lah saya dengan encik z.
walhal encik z tak salah pun.
tapi nak jugak saya amukan sebab dah ngantuk + lapar.
cari hotel tak jumpa jumpa.
hotel nya seasons boutique hotel.
hotel tu memang kat town je tapi taktau la kenapa nya memang kitorang tak nampak langsung.
tapi sebab tulisan hotel tu, tenggelam sekali dengan warna cat dalam kegelapan.
hotel ni belakang shell je.
kitorang dah siap stop kat shell tu tanya orang.
orang pun semua nya rancak taktau taktau taktau.
stress sesungguh i tell u.
dah la sekarang kuantan macam melaka, banyak jalan sehala.
pastu alamat hotel tu jalan beserah off jalan gambut.
dekat pulak jalan tun ali ke apa.
tu yang kekejap kitorang ke kiri kekejap ke kanan.
dah sejam tu i kenot tahan lalu call orang hotel.
pun macam tak membantu.
call pulak cikgu sekolah yaya, haaa dia bagi landmark gitu gini, barulah jumpa.
Allah. memang kitorang dok pusing depan hotel tu lebih 4 kali kot!!
dah jumpa tu istighfar lah kejap.
ada la tu silap di mana mana tu sampai mata kami ‘ditutup’.
dah lepas uruskan yaya kat hotel tu, saya dengan encik z pi lah hotel lain yang kitorang book.
yer kitorang tak stay situ.
saya cari hotel paling murah. tetengah bulan ni, sesak derr.
cari kat booking.com.
UB Inn Hotel. 2 star. RM70 satu malam.
cari hotel ni seminit je dah jumpa, terus parking.
check in, mandi dan zzzzz.
dah tak de selera nak makan.
dedua pun dah takde mood. so tidur je lah.
biliknya biasa biasa aje la.
2 single bed tapi dirapatkan. jadi cam satu katil gak la.
tv kemain flat screen.
toilet dia jenis tinggi, pintu lipat.
bunyi punya lah nyaring pintu tu. rengsa dibuatnya.
almari takde.
cuma boleh gantung baju kat belakang pintu.
20131112-184224.jpg
kadang kadang hotel 2 star ada je pun sediakan sabun dengan shampoo kan.
walaupun cam kecik atau takde jenama.
tapi hotel ni takde sediakan sabun atau shampoo yer.
ada pun yang macam kat bawah ni. gamak korang nak guna?
saya tak gamak. tsk.
20131112-183801.jpg
: : apakah? T__T : :
lagi satu yang tak pahamnya sebab takde cermin dalam bilik ni.
kot takde dalam bilik, letak la satu cermin kecik dalam toilet ke kan.
takdok.
nasib baik bilik saya paling hujung, ada satu cermin besar depa letak kat dinding.
tapi cemana gayanya nak pakai tudung segala kena keluar bilik pulak ye dok?
so Hotel UB Inn, tolonglahhh letak cermin satu dalam bilik. RM5 je kot paling murah?
20131112-183816.jpg
: : bersiap guna camera depan ipad. sadis : :
ni jalan masuk ke bilik.
tetiba nampak ada 2 sangkar kucing.
barangkali owner hotel ni pencinta kucing.
saya cuma lalu dan senyum je kat kucing ni.
jangan mintak belai bermanja ke hapa yer.
saya takut dan geli.
20131112-183837.jpg
20131112-183853.jpg
: : pemandangan dari dalam bilik : :
inilah cermin kat luar bilik tu.
saya baca banyak review kat booking.com komplen pasal takde cermin ni.
dan pasal toilet kecik jugak. tsk.
20131112-183929.jpg
elok nak jalan ke kaunter nak check out, tetengok sangkar ni kosong.
haaa mana pegi pulak kucing kucing ni semua, jangan tetiba main cak cak sebalik pintu dah la.
mau saya bukak silat gayung kat situ kang.
20131112-183909.jpg
20131112-184235.jpg
: : sib baik kena ikat : :
20131112-184004.jpg
: : inilah pandangan luar hotel nya. kena menapak naik tangga sebab kat tingkat atas : :
overall, saya tak rekemen hotel ni kalau korang pegi kuantan.
cari lah hotel lain yer. ada banyak lagi yang hotel bajet, kena pepandai google.
program yaya tu start pukul 9 pagi.
masa ni baru pukul 8.15 pagi, so ajak encik z breakfast dulu.
yaya ada disediakan breakfast kat sana.
nampak restoran ni terus stop je. kafe rasa desa.
dekat je dengan hotel. tapi kena naik kereta jugak la.
20131112-184021.jpg
20131112-184038.jpg
: : makan nasi lemak. ada sambal dengan ayam. sedap! : :
usai makan bergeraklah ke tempat kejadian.
tbc…

14 thoughts on “Dari KL ke Kuantan

  1. biasa dgn areaq ni..ada satu kedai tuk sarapan pagi terbik di tengah2 bandar kuantan..nama kedia tu KAMI kalau tak silap la..dekat area jalan ni la..sederet dgn kedai 1Malaysia

    • huhu ye ke.. saya tak biasa kuantan ni, so berenti je mana kedai yang nampak dulu.
      janji makanan ok, harga ok, belasah jeee hehe

  2. Kat sangkar kucing tu takda cermin ke? Pemilik hotel suka sangat kucing dah tentu disediakan cermin untuk kucingnya berguling-guling. Adui, takdalah nak bermanja-manja ngan kucing ni. Mahu semput kucing tu dengar saya menjerit geli nanti!

Comments are closed.