Cicit Tok Gajah

assalammualaikum korang..
ramai cuti kan hari ni? untunglah.
saya kerja ni ha. sebab takde plan apa, so baiklah datang kerja je.
semalam saya layan bola piala malaysia tu dari awal sampai habis.
hebat sungguh. walhal saya ni bukannya minat bola pun.
tapi dah encik z dok ngadap, saya layankan jugak la.
kelantan vs pahang.
macam macam idea dorang ni buat eh nak bagi meriah.
siti nurhaliza vs neelofa. hikss.. comel je.
saya? saya sokong pahang la. abang ipau saya kan orang pahang.
saya pun rapat je dengan family abang ipau saya sana, so pahanglah pujaan hati 😀
20131104-001625.jpg
20131104-001632.jpg
20131104-001639.jpg
: : budu saya suka. patin pun saya suka!! : :
debau debau saya nonton game ni ha.
yang percubaan percubaan nak gol tapi tak gol tu. sian kelantan.
anyway tahniah pahang! kelantan pun tahniah jugak.
kalah menang kan adat bertanding. yang penting kita satu malaysia #tetiba
oh selain berita gembira pahang juara piala malaysia tahun ni, ada berita gembira lain yang lebih gembira untuk kami sekeluarga.
kaklong dah selamat melahirkan baby girl petang semalam.
yer, girl lagi. tapi girl ke boy ke, tu kan Allah punya kuasa.
yang penting sihat dan sempurna 🙂
ikutkan EDD memang hujung bulan ni, tapi tercepat.
saya saspek kaklong salah calculate ni, eh tapi tak kisah lah kan.
dah selamat pun semua.
kaklong bersalin nun kat taiping sana.
hujung bulan jugaklah kot baru saya dapat nengok baby.
20131104-001647.jpg
: : assalammualaikum sayang. nanti kita jumpa k : :
nama baby belum diberi lagi.
korang kalau ada cadangan marilah diutarakan.
nama depan nya NUR. nama belakang kalau boleh 2 suku kata.
dan nak ada huruf S.
contoh NUR SHAZLEEN. NUR BALQIS.
tahun ni saya dapat 3 orang anak saudara.
tahun depan kena tambah bajet duit raya la ni 🙂

26 thoughts on “Cicit Tok Gajah

  1. Assalamualaikum..Maya..Kak Eda satu kelas dulu dgn Kak Long..nanti kirim salam dgn dia yea…Congratulations on her new baby girl…

    • Waalaikumsalam kak. satu kelas kat mana kah?
      nanti saya sampaikan salam akak. kaklong saya tu bab ingat mengingat orang menggagal sikit he he..

      • Form 5 SMPW…akak selalu juga nampak Maya kat area rumah @ Setapak Jaya @ Sri Rampai…

        • oh ok… nanti saya bagitau kaklong yer.
          lah ye ke. kalau area situ betullah tu saya tu hehe..

  2. Ku x boleh tgk bola. Satgi adrenalin melampau. jadi lebih baik bg anak tgk katun. (alasan)

    Tahniah bertambah anak buah. Bestnya ada baby dlm rumahhhhhh….

    • ala kalau nak adrenalin bertambah, tengah masak pun boleh.
      sebab berdebau jadi ke idok masakan aku ni (tu kak la)
      hang dah terror dak la kot no?

      tu la pasal. bestnya babyyyyy

  3. Tahniah!!!! Comelnya nur.
    Chop 3 org anak saudara? Anak adil maamar, anak kaklong yg ni…
    Lagi sorg siapakah?

    Nur Zsara….haaa kelles tak auntietin kasi nama

    • anak biras ku eina tu. zhafrie mikhail.

      best gak eh nama nur zsara. boleh panggil zaza.
      taktau la dah bagi nama ke belum tu. aku pun tak call dah tanya kabo berita

    • ehe ada la tu along terlepas pandang entry saya.
      ada gak saya mention kaklong pregnant.
      aha apa pun alhamdulillah semua dah selamat.

Comments are closed.