7 Strategi Saya bebas dari Hutang

tajuk tu macam kengkonon strategi saya la tu walhallllll he he.
tu tajuk dari entry kat SINI.
saya la terjumpa pastu rasa macam best lalu rasa nak share dengan korang.
di zaman sekarang ni ada ke orang yang tak berhutang?
u tell me?
mungkin ada.
tapi tu la kalau rumah tu cemana romannya kalau tak berhutang kan?
menyewa?
korang kalau nak baca dengan lebih lanjut boleh pegi ke website mohdzulkifli k.
tapi ni saya nak letak yang basic basic so kita boleh diskusi bersama-sama.
________________________________________________________________________
Mohdzulkifli share kan 4 prinsip asas kewangan peribadi yang boleh kita jadikan panduan.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

haaa cemana.. ada tak terkena tempias kat korang entry kat atas ni?
saya sentap kotttt he he he.
jom kita cuba sama sama untuk settlekan hutang dan hidup tanpa berhutang.
chaiyokkk.. 😉

18 thoughts on “7 Strategi Saya bebas dari Hutang

  1. sentap banyak kak oiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. hahaha
    mari kita buat slow2. skang ni hutang kad kredit la yg paling menyampah. insaf seketika sbb nak bayar hutang dulu. pfffff… pasni kita buang je kad kredit. hihi..
    jom menabung!

    • yerrr sama lah.. akak ni pun hutang kad kredit ni haa..
      sakit jiwa nak membayau tapi kalau tak bayau2 dah cemana plak romannya.
      ingat duit bonus thn ni nak try settle. doakan akak kuat iman di dada hukss

  2. sentapnya baca.
    tapi bagus jugak panduan ni at least kita beringat.
    CC ni ntah bila nak habis. harap2 dpt bonus boleh settle.
    kereta da watamat.. selesai satu hutang.. Amin

  3. Saya berhutang solat dan puasa. Naik juling duk kira dari aku start baligh sampai hari ni. Mampukahhhhh???

    Eh zaman la ni invest duit pun kena tuduh berhutang. Hutang waklu.

    • kak pun sama.. masih berhutang solat dan puasa.. kita pepelan kayuh naa..

      kak pun penah kena ungkit sebab pinjam 1k.
      sedih 🙁

    • samalah. akak ni tak boleh la ada duit sikit dalam tangan, nak berjalan je kerjanyaaaa cemanaaa

  4. kad kredit ni.. cemana lah entah nak settle. smpai pencen gamaknya tak setel. dah nak setel.. balik dia ada lagi bertambah..haih..
    kereta plak.. da abis.. tetiba cam kena tambah balik. haih..
    kehendak vs keperluan (T___T)

    • tu ler pasal nya. gamak selagi ada kat tangan selagi tu laaa nak swipe.
      yer kereta pun sama, elok dah habis bayau teringin plak nk tukau kereta lain.
      tsk.

  5. sentap la plak along ha..x berhutang mana mungkin dapat pakai kan..x berhutang mana mungkin dapat beli rumah or duk umah sewa kan…apapun..pada along x salah berhutang asalkan bayar ikut jadual…

    • itu lah tu. kalau tak berhutang tak merasa.
      tapi utk benda2 yg besar ok kot mcm rumah, kereta.

      aha. dan tak membebankan nak bayar bulan2 tu.
      tepuk dada tanyalah selera 🙂

  6. prinsip #3 tu..dulu abah pernah cakap. and alhamdulillah jadi ikutan. bermula dgn amount yg kecik pastu top up la bila rasa gaji dah naik sikit. kalau nak harap tunggu hujung bulan baru nk ketepikan duit utk bank in sendiri (secara berkala setiap bulan), disiplin kah kita? kalau yang boleh, bolehlah. tapi personally, saya sendiri tak percaya kat diri (bab disiplin nak bank in duit bulan2 ni la yerr). alhamdulillah..takde la banyak saving nya pun..tapi ada la tiap2 bulan kalau terdesakkkk..situlah dituju dulu..hahaha.

    thanks kak..good share!

Comments are closed.