Tertinggal Sorang

ni gambar dan cerita lama ni.
masa jamuan raya hari tu.
sebab gambar ni semua dalam kamera lina, tunggu dia nak bagi punya la berjanggut.
so terperam lah cerita ini.
jamuan raya geng mengaji saya.
hari kejadian dah berjanji janjian semua nak pakai baju warna hijau.
sib baik saya ada haa.
makanan semua pun potluck.
sapa yang tak boleh bawak tu, tong tong duit lah order je sudah.
makan dengan banyak dan mengenyang secara hebat.
pastu bergambau.
IMG_3081
: : pose ikut ketinggian katanya : :
IMG_3083
: : kak wan tu dah kenapa pose macam hulk hogan??? : :
IMG_3086
: : awok plak dah kenapa normaya tudung kembang serupa mushroom? : :
IMG_3077
: : inilah geng mengaji saya 🙂 : :
IMG_3078
: : rasanya macam tak cukup sorang ni. hmm.. haa wan noorium takdok : :
haa ni pulak kejadian last week.
kitorang buat majlis sikit.
sempena hari terakhir ustazah faridah mengajar kami semua mengaji.
sob sob sob.
kenapa hari terakhir?
ia kata anak-anak suruh rehat.
ustazah pun tak berapa sihat sebenarnya.
umur dah 61 tahun.
tapi tak nampak macam 61 kan? nampak muda je lagi.
20130927-162355.jpg
20130927-162413.jpg
: : cenggini lah kami setiap hari khamis lunch time : :
20130927-162422.jpg
: : kebetulan plak saya, kak wan & lina pakai pink di hari kejadian : :
saya salam ustazah.
pastu mintak maaf kat ia sebab tak sempat nak habiskan iqraq. baru sampai buku 6.
kekira dalam group ngaji ni saya la sensorang yang tertinggal tak naik al-quran.
saya start mengaji ni dari oktober 2011.
sadis, 2 tahun dok tang tu ja.
tapi kawan-kawan bagi semangat.
heeee. terus rasa macam ok chaiyoookk.
terima kasih ustazah faridah di atas ilmu yang dicurahkan.
Allah SWT saja yang boleh balas jasa baik ustazah 🙂
nervous nak jumpa ustazah baru hari khamis ni.
harap-harap beliau tak garang lah. amin….

10 thoughts on “Tertinggal Sorang

  1. Kat masjid kat rumahku pun ada gak kelas ngaji kak. Tapi aku anak2 kecik bercerigau susah nak kosentret.

    Selalu doa anak2 cepatla besaq. Senang aku nk tinggal sat.selalu jeles dgn org yg anak2 dah besaq.

    Huhu.

    • nanti anak2 hang dah besaq hang rindu plak depa kekecik.
      takpa, nikmati sepenuhnya.
      panjang umur insya Allah nanti boleh beribadat secara jitu..

Comments are closed.