Stesen Kerja

bebaru ni office saya ada buat minor renovation.
workstation saya pun terjebak sama.
so nak tanak kena la kemaskan workstation, campak semua dalam kotak.
ni ha tempat saya sebelum dikemas.
sungguh serabut. kekonon bz la.
tapi heyyy i memang bz ok.
jangan sesuka nak tuduh i pose-pose maut je kat tempat i ni.
so pls.
20131003-171408.jpg
setelah dikosongkan.
saujana mata memandang.
tapi kang meja kosong nampak nau cam takde kerja kann.
20131003-171349.jpg
sebelum ni saya dok susun perfume kat belah atas workstation saya.
konon nak bagi efek cantik dan wangi lah kan.
perfume banyak pun butterfly purple by mariah carey.
sebab ni antara perfume yang wangi dan murah yang saya suka.
memang dok repeat beli je.
tapi rasa nya dah lama gila kot saya tak beli perfume.
yer saya ni cam berkira sikit nak beli benda memahal.
perfume lak tu kan.
melainkan cam ada duit lebih dan teringinnnn sangat baru la beli.
ni pun sekarang saya dok pakai perfume enchanteur je.
murah. so sembur la bebanyak kali.
takde rasa sayang ke hapa.
tapi dah buat perjanjian dengan boss boss, tak boleh nak letak hiasan apa lagi dah kat workstation.
so pejam mata, saya campak la semua botol perfume ni dalam tong sampah.
nak plak sekarang saya dapat jiran baru.
kak wan dengan hakim dah tak jadi jiran saya dah.
depa dah pindah kepulauan lain.
sekarang jiran saya ialah syafiq & emli.
emli tu lagi la, apa saya letak semua nak dicampaknya.
dia kata ‘hello ini office ok. bukan rumah. nak letak pasu bunga apa semua pegi letak kat rumah’
ugh.
20131003-171432.jpg
ni workstation lepas dikemas.
sama macam sebelum je kan? he he he.
20131003-171303.jpg
ain kata saya ada OCD suka melabel benda.
OCD? apa tu?? oooo Obsessive-compulsive disorder.
kecelaruan obsesif kompulsif iaitu antara penyakit mental dan perlu rawatan segera.
heyyy takkan sampai camtu sekali kot???
Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang .
“Antara contoh yang biasa berlaku di sekeliling kita seperti menyimpan resit lama, rasa sayang mahu buang barang lama, malah paling teruk jika meninggalkan kediaman, ada yang mahu kembali semula dengan alasan tidak tutup suis lampu atau seterika”
eh rasa sayang nak buang barang lama tu saya tu.
eh nak balik rumah sebab takut tutup seterika pun saya jugak tu.
“OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah”
eh tu pun saya jugak.
kadang-kadang rasa tak khusyuk.
rasa cam eh laju sangat aku baca al-fatihah ni.
patu cam eh aku mengelamun ni sat tadi ni.
oh tidak!!! OCD kah saya???
:-O

24 thoughts on “Stesen Kerja

  1. dlu saya ada ocd nih. zaman muda belia. smua resit simpan. kad topup pun simpan. tag baju pun simpan. kulit coklat yg lawa2 pun simpan. botol perfume,botol yg cun2 lah smua simpan. kesimpulannya simpan sampah. ahahaha. dah meningkat usia, tak koser dah nak ada hobi pelik tu. rupanya bukan hobi tp penyakit. huiiiiiiiiiiishhh

    • gamak masa muda konon semua nak simpan jadi kenangan?
      ujung2 jadi sampah sarap.
      sib baik dah meningkat usia ada kesedaran eh.
      kalau tak cemana la roman semua benda nak nyimpan

    • kekadang bagus gak ada perasaan ceni kan, beringat2.
      takde la tercuai ke hapa.
      tapi tu la, itu OCD ke ek haha..

  2. OCD ni macam hoarder ka semua benda nak simpan ?

    Yang kalau asyik nak cek2 itu ini takut belum tutup padahal dah tutup contoh suis apa bala tu.. takpun pi ulang2 tekan kunci keta berkali2 takut keta tak berkunci.. kata pakar psikologi itu tanda kita mengalami stress berat !

  3. Saya mmg wajib seblom kuar umah, kena check dulu dah tutup suis ke blom..dah tutup paip ke blom..gas kat dapur pun dah tutup ke blom..huhu

    • ke memang kebanyakan perempuan memang ada peel ceni.
      sebab nak harapkan suami takut depa pun tak boleh harap.
      hmmm…

  4. I memang dah tau lama I ada OCD! Tapi bukan sewel ke giler ke kan.. so, buat dono jer ler! Pasal simpan benda2 lama tu, bukan la semua benda. Selected benda jer. Macam bil2 spent masa oversea, botol perfume (macam you la! hahaha)… I perasan, perasaan tu kritikal bila melibatkan keselamatan la, macam repeat tekan kunci kereta, dua tiga kali menonggeng check suis elektrik . Sedar tu tabiat OCD, jadi I cuba la control. Pernah ada someone ajar.. ambik contoh tekan kunci kereta. Lepas tekan tu, cakap kuat2 “Ok. Dah kunci!” Alhamdulillah, terkawal la tabiat tu! hehehe…

    • haah eh menarik gak idea tu eh.
      lepas kunci/tutup apa2 terus jerit kuat2 ‘dah kunci! dah tutup!’
      nak praktikkan lah! heee tq bagi idea!

    • gamak depends berapa lama kita simpan resit tu kot?
      kalau simpan cam sebulan 2 ok la untuk manage financial, tapi kalau dah setahun 2, tu memang OCD kot!

  5. Saya kena ulang ulang makan. Kdg lupa eh dah mkn ka kek ni tadi? So pi makan lg. Pastu lupa. Pastu pi mkn lg. Berulang2. Tau tau kek dah setel.

    Adakah itu OCD? Kahhhh!

  6. eh kak syg plak botol tu…cantik2 purple nye…

    sejak beli perfume, habis je botol2 sy simpan…syg nak buang…so dh habis guna masuk dlm kotak besar…murah ke mahal semua letak situ 🙂

    • itulah cantik kan.. warna purple, butterfly.
      tapi nak buat cemana, dah tak boleh nak simpan hukhuk..

  7. Confirmed. Saya mmg penghidap OCD. Kalau nak bagi contoh, lagi byk dari yg di atas tu saya boleh senaraikan. Serious ni ek? Camna nak ‘sembuh’ drp penyakit ni?

    • kena mengamalkan cara hidup yang sihat kot? #tetiba
      atau pun cam kena chill n relax2.. jangan fikir2 sgt..

    • Kalo dlm Islam org kata perasaan was-was. Kan tak bagus. Masa I muda remaja (sades sungguh tulis ayat ni… tua dah :/ ), ambik wuduk pun ulang banyak kali. Mula2 tak tau. Pastu tgk tv ada diorang bincangkan pasal topik ni. Kalo dah jadik cam yg I buat tu, duk ulang wuduk berkali-kali, istighfar la banyak2. Syaitan ada sama menghasut. Kena kuatkan hati. I pun banyak lagi tabiat lain sebelum ni. Skrg, Alhamdulillah. Kurang dah.

      • betul jugak eh kalau was was tak bagus, tambah kalau dalam beribadat.
        aha la kena istighfar banyak2 hapuskan rasa was was tu. chaiyok..

Comments are closed.