Blog Maya Dot Com

Rezeki

hari ahad lepas saya pegi melawat shida dan baby boy nya kat ukay perdana sana.
lama dah tak berborak dengan shida ni ha.
kekangan masa dan situasi.
tapi insya Allah doa saya untuk dia dan keluarga tak pernah putus.
calling calling setting time semua so pegilah saya ke sinun.
sebelum tu pi lunch dulu kat nasi ayam taman melawati.
asalnya nak lunch nasi campur kat titiwangsa tu tapi tutup lah pulak.
tu yang pegi nasi ayam je lah.
orang meramai. elok duduk hujan pun turun dengan melebatnya.
20131027-224301.jpg
: : nasi ayam femes di melawati, tapi rasa ia biasa biasa aje : :
20131027-224339.jpg
: : abc di kala hujan. heh : :
20131027-224355.jpg
: : umat manusia meramai : :
pastu pusing jap kat situ cari kedai baby.
takkan nak pegi tangan kosong kan. beli lah sikit ole ole untuk baby.
20131027-224411.jpg
: : memperkenalkan Muhammad Fayyadh Afsar bin Noor Ali : :
tetiba confuse saya ke shida yang tengah pantang ni.
punyalah slim ha shida. dia dah sipi sipi 44 hari ni pun rasanya.
macam sekelip mata je ha terus kurus balik.
percaya atau tak, shida ni dah ada anak 4 orang.
anak dia yang sulung nabila tu dah form 4.
saya cakap dengan shida 2, 3 tahun lagi dapat menantu la ni.
jangan orang confuse mana mak mana anaknya dah he he.
20131027-224419.jpg
20131027-224424.jpg
: : dhia & ara : :
hah menggeram je saya tengok dedua budak kenit ni.
dah anak dara sunti dah ni.
comel sesangat haa. suara serak serah basah si ara tu.
saya siap bagi nasihat suruh cari boyfriend kaya. haha.
tak patut betul acik maya ni kan ara?
ara kekecik lagi dah suruh cari boyfriend. hikss..
oh, saya letak gambar saya dengan shida ni kat facebook.
pastu ada seorang sahabat komen berbentuk soalan ‘maya bila lagi?’
ermmm.. dah 2013. masih ada eh orang yang tanya soalan-soalan ceni?
bila nak kawin. bila nak beranak. bila nak tambah anak.
hmmm.. how to say eh?
saya jawab ‘tu kena tanya pada Allah. Dia je yang ada jawapannya’
rasanya ni jawapan terbaru yang saya kot.
sesebelum ni saya jawab dengan senyuman, belum ada rezeki.
no. saya bukan marah. don’t get me wrong yer.
saya tak marah. atau pun sakit hati. atau kecil hati.
saya cuma tak faham.
kenapa nak tanya soalan yang di luar bidang kuasa manusia untuk menjawab.
rasanya kebanyakan orang yang kahwin mesti nak anak, so dengan tanya soalan ceni, nak expect jawapan yang macam mana eh?
saya cemburukan shida?
of coz saya cemburukan dia.
wanita yang takde sifat kewanitaan je yang tak kan jeles.
cantik, baik, suami yang baik, anak-anak yang cantik.
lengkap semua.
tentulah saya cemburu!
cemburu secara sihat. bukan cemburu iri hati ya.
tapi, itukan di permukaan saja.
saya tak tau jerih perih yang shida kena lalui.
penderitaan yang mungkin dia cuma simpan sendiri.
saya? tak de rezeki nak mengandung lagi, tapi di permukaannya shida kata seronoknya kau dapat jalan sana sini.
nah, itu semua kan rezeki.
rezeki manusia tak sama.
Allah dah bahagikan sebaik baiknya.
kita kenalah terima.
saya tumpang gembira tengok kawan-kawan yang mengandung, dapat anak sepasang, selang bunga, plan setiap 3 tahun nak mengandung, semua pun berjalan lancar ikut perancangan mereka.
bersyukurlah korang.
bukan semua bernasib baik macam korang tau.
Tazkirah oleh :
Ustaz Don Daniyal
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
jangan berbicara tentang anak di hadapan orang yang tidak punya anak.
usahlah bercerita tentang rumah dan kereta di hadapan orang yang tidak memilikinya.
elaklah dari berkata tentang hebatnya kerjaya anda di hadapan seorang surirumahtangga.
hidup di dunia bukan sekadar hubungan Allah dan manusia perlu di jaga, tetapi juga hubungan kita sesama manusia.
semoga dipermudahkan untuk kita semua, insya Allah….  (L)

    25 thoughts on “Rezeki

    1. cemylya

      Insya-Allah..rezeki ada di mana-mana
      Tp kan awak..saya melior tgk Nasi Ayam Tmn Melawati tu..huhu
      Kalo saya balik sana g jenguk aunty saya, itu la 1st yg saya carik..:-)

        1. cemylya

          Mmg nak trn KL..tp keadaan diri blm mengizinkan utk travel..nanti saya buzz awak ekk kalau g sana 🙂

    2. aziah

      sokong entry akak. tapi itulah kita takleh sekat mulut org kan? moga2 ada rezki akak utk pregnant nnt. keep trying.
      kak, mohon copy petikan ustaz don tu yeh…

    3. atty

      Salam mya..
      betui tu , kita manusia biasa ada kemahuan..
      lagi bab jodoh ,dan anak ..
      inshallah kty doakan mya ada rezki nanti .
      kita usaha dan tak putus asa berdoa.
      adik kty dah 7 thn kawin baru dpt 1st baby .. sbtu lepas alhamdulillah selamat lagi melahirkan 2nd baby lak..walupun 2-2 gegirl itu semua rezki..syukur..
      inshallah satu hari nanti ada rezki mya..amin .

    4. Lyn Yusoff

      Topik yg kita pernah bincang kan masa raya tuh..
      rezeki tu semua kurniaan Allah, semuanya akan dpt dgn cara berbeza.
      Allah ada dan Dia adalah perencana utama untuk hamba2 Nya
      berdoa sajalah kan.
      I mmg sensitif org tanya i bab jodoh & anak (utk adik i)
      klu kita baca artikel ini, kita tahu jawapannya. Cuma kadang2 org lain tak sensitif langsung dgn soalan2 ni pd kita. dlm ceramah2 yg i dgr, benda yg lambat selalu nya ygterbaik untuk hambaNya. Amin

      1. Mya Post author

        walaupun orang kata sekadar nak berbasa basi, tapi rasanya tak sesuai kot.
        banyak lagi topik untuk dibasa basi kan huhu..

    5. Rina

      Faham perasaan akak..been there too..n still do..mudah2an allah memberi rezeki yang terbaik buat wanita yang senasib dengan kita..mohon share ye kak..

    6. sawanila

      sangat sedih bila orang tanya…bila nak tambah anak walhal baru je keguguran dan kefobiaan masih berligar ligat dalam kepala saya.

      Insya’ Allah ada rezeki Mya nanti. Allah nak uji kita dulu and setiap yang berlaku ada hikmah dia.

    7. Ibu

      Mulut org bukan boleh tutup! Tahan jer ler.. Cuma I kadang2 memang tak tahan!
      Cam I dah ada 2 boys, CEO suruh tutup kilang. Dah berkali explain kat org kampung, kat kawan2, pun tetap la ditanya bila nak menambah! Tanya kat I pulak tu. Padahal kenkadang tu husband ada je kat sebelah. Dan dia as usual, nak bukak mulut, macam ada emas… Bila mood tak baik datang, I akan kata… “Dah husband tak nak. Kot nak jugak, kena carik husband lain la nampak gayanya!” HAH! Hamek ko! Terkedu dengar?! huhuhu

      1. Mya Post author

        jawapan terbaik la intan!!! he he..
        dah explain pun orang dok tanya2 lagi??? aduihaii..
        satu kepelikan ke pun kalau dah ada anak 2 orang tapi taknak tambah dah?
        haihh..

        1. Ibu

          Biasa la Maya… Nak buek cano! Ada anak lelaki, orang tanya tak nak anak perempuan ke? I kalo boleh memang tak nak anak perempuan! Fobia sejak kes arwah Nurin. Siyes! Tak tipu. Tapi camanapun memang ler teringin nak menambah. Seronok main ngan baby & b/feed dia. Tapi, dah CEO nya kata gitu, kita pasrah ajer le. Bila difikir2kan, best jugak. Dah tak der bangun malam. Now dah boleh tgk midnite satu family. Gi travel pun senang. Cuma org luar je yg tak faham situasi kita. Bahagia kita bukan bahagia mereka…

          1. Mya Post author

            ye la benarnya tak kisah pun anak lelaki ke perempuan ke, yang penting sihat sejahtera.. jadi anak yang soleh solehah.
            aha dah CEO cakap camtu, mana daya nak melawan. nanti durhaka.

            kita bahagia dengan cara kita.
            tak semestinya anak ramai tu bahagia.
            tak semestinya takde anak derita.
            bersyukur seadanya 🙂