Rambo Paddiaaaa!

Encik Z, saya rasa saya nak buat birthday party yaya kat taiping la tahun ni.
hmmm ok.
saya nak buat tema rainbow.
hah? rambo?
rambo paddiaaaa? rainbow laa.. pelangiii..
ooo rainbow. ku fikirkan rambo.
pfffttt.
mana nak cari barang rainbow ni?
menarik soalan tu.
begitulah yer tuan tuan dan puan puan, conversation suami isteri dalam nak menjayakan majlis hari jadi anak mereka.
yang sebenar anak tu idok ler kisah nya pun kan.
omak nya ni ha yang terover excited.
anak sorang kata ko.
so pegilah ke GM plaza.
siap buatlah check list apa yang nak dibeli.
kat GM dapat la beli topi birthday, bag & doorgift.
doorgift adalah pen comel yang berharga RM1 dengan syarat kena beli 30 batang.
pastu beg kalerful yang comel berharga RM1.20 pun kena beli 30 jua.
tau lah kat GM ni kan more to pemborong, lagi banyak kau beli lagi murah kau dapat.
20131025-101340.jpg
20131025-101347.jpg
dari GM plaza singgah ke long wan pulak.
pun pusat pembelian murah murah semuanya.
beli bekas letak gula gula yang comel warna warni, bekas kaca nak letak gula gula, bekas warna warni etc etc etc.
kendian singgah NSK plak beli cawan pinggan plastik segala.
sebelah NSK ada fantasy jungle food lalu beli jajan kat situ.
situ pun harga pemborong, so memang murah ah.
20131014-120828.jpg
ada yang tak cukup lagi, so ke melawati pulak.
ke party heaven. kedai yang memacam ada untuk birthday party ni ha.
so beli lah lilin la, belon la, reben la etc etc etc.
sampailah cukup lengkap akhirnya semua.
gambar birthday semua saya dah upload kat facebook.
ada setengah dah share kat instagram.
kat blog ni biasalah, nak mengarang cerita apa lagi, haruslah lambat sikit.
sabau yer korang 😉

10 thoughts on “Rambo Paddiaaaa!

  1. agak2 la en. Z ni ada ka Rambo dia kata
    kedai jajan sebelah NSK tu memang murah2
    saya beli lollipop utk candy favour pun murah je
    mmg berbaloi

    • tu la tu.. mentara depa masih kecik ni tu yang excited.
      sok2 depa dh besar mesti takmo dah sgt kan party2 ceni 🙂

Comments are closed.