Picknik dengan Girlfriends ku

minggu lepas keluar dengan girlfriends.
tapi tak cukup korum, remember takde.
dia ada la kat office tapi dia cirit birit, tak boleh nak makan sebarangan, makanya terpaksalah kami proceed tanpa ia.
dari semalamnya dah decide nak pegi makan kat Picknik, kat Publika sana.
so pegi lah.
20131014-101510.jpg
: : simple gila buku menu dia : :
macam kertas cover buku latihan sekolah tu.
selak la selai demi selai.
tetengok eh lunch time ada lunch set menu dari pukul 12 pm – 3pm.
so ambik lunch set sudah lah.
ada 2 pilihan makanan.
saya & hasinah ambik western set.
ada tomato cream soup, sliced roast lamb with rosemary sauce & iced tea. RM17.00.
20131014-101522.jpg
20131014-101541.jpg
: : orange juice RM10.00 & iced tea : :
20131014-101559.jpg
: : tomato soup yang sedap!! : :
20131014-101609.jpg
: : sliced roast lamb with rosemary sauce : :
nampak portion macam sikit kan? tapi cukup je untuk perut saya ni ha.
kira memang sedang molek lah kenyang nya.
tak lebih tak kurang.
dan sedappp. daging sungguh juicy.
melainkan kau jenis makan banyak, barangkali tak cukup laaa..
20131014-101621.jpg
: : naza makan fish & chips RM30.00 : :
20131014-101634.jpg
: : kitorang share soft shell crab dengan sos mayonis wasabi. RM22. pun sedap. lembut je ketamnya. aterrr dah nama pun soft shell crab. kalau keras apa ke hey nya kann : :
20131014-101645.jpg
: : merah hijau biru lambang kemegahan #tetiba : :
nasib kitorang baik sebab Nik ada kat kedai.
so haruslah ajak bergambar walaupun awalnya hasin kata saya malu malu kucing dan blushing.
motip sangat la kan nak malu malu kucing. nik je kot? lain la kalau vijay #eh??
korang kenal kan Nik?
peserta masterchef malaysia. pastu masuk fear factor selebriti pair dengan ezlynn tu.
tak kenal? tak kenal pun takpelah. *malas nak layan
20131014-101710.jpg
20131014-101726.jpg
: : kali ni naza drive. naik kereta baru naza bertajuk mazda 3. #untunglaaaa kereta baru : :
korang kalau nak pegi Picknik, nah ambik address ni.
Blok A4, UG1-05, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1.
Buat reservation dulu tau 03-6411 6499

12 thoughts on “Picknik dengan Girlfriends ku

  1. Dah banyak kali baca review pasal Piknik ni. Nampak macam best aje tapi kena buat reservation dulu ke? Kalau main datang tak jemput boleh tak? Ke sentiasa penuh tempat ni…

    • masa saya pegi hari tu tak ramai sangat orang.
      boleh kot try je la terjah, ada rezeki dapat lah tempat 🙂

Comments are closed.