Like Auntie, Like Nephew

saya ni melepaskan rindu dendam kat Maamar dengan tengok fb yana je lah.
sib baik dia pun jenis rajin gak snap gambar Maamar & post kat fb.
kalau tak, memang takde la saya dapat tengok perkembangan Maamar.
ni gambar yang paling saya menggeram tengok nya.
pipi tu dah macam kuih pau tanjung malim dah kenapa kan.
pastu tengok la jari jari ia, kemain tembam hah.
20131014-120724.jpg
ni gambar masa depa 3 beranak nak balik taiping dari melaka.
yana plak tulis caption ‘bila nak sampai ni babah?’
gamak Maamar tengah memboring la kot napa tak sampai sampai nya kan.
ye la melaka – taiping mau mau 5 jam kot.
bertabahlah Maamar, mommy dulu pun 2 tahun gak berulang melaka – taiping.
saya letak gambar Maamar tu kat instagram.
si ain komen kata macam muka saya.
hah ye ke. lalu saya pun try lah pose mulut muncung pipi kembung.
walaupun cam ke hapa je pun jadinya.
sama lah sikit. nama pun anak sedara khennnn..
20131014-120736.jpg
kalau takde aral bulan 12 nanti la baru boleh jumpa ia.
sebab adil plan nak buat aqiqah Maamar kat taiping. 😀

6 thoughts on “Like Auntie, Like Nephew

Comments are closed.