Ku Pinang Kau Dengan Bismillah….

seminggu lepas saya attend wedding 2 hari berturut turut weekend tu.
dedua pun kawan seoffice yang kawin.
dedua pun saya beli hadiah yang sama.
20130929-203135.jpg
: : hadiah untuk si pengantin baru : :
hari sabtu wedding amir & adibah nun kat bandar nusa rhu shah alam sana.
sap sap soii je sampai takde sesat barat ke hapa.
sebab ni area rumah nida ni. haruslah dah tau kannn.
molek sampai, pengantin tengah bersanding.
haa pegi la saya mengintai.
pastu pengacara majlis kata siapa yang nak salam bergambar ke hapa. terus lah saya q.
20130929-203153.jpg
20130929-203207.jpg
20130929-203224.jpg
20130929-203236.jpg
: : amir dan adibah. sama cantik sama padan. sama omey : :
sesuai dengan kad jemputan kahwin depa ni haa..
style buku latihan sekolah. omey angat angat.
cer kalau saya dulu kawin buat kad jemputan ceni, haruslah berangan sangat.
dah la umur dah 30an, kawin kali ke 2 plak tu.
berangan la nak kad jemputan omey omey.
dah tua buat la cara dah tua eh. sedar diri. tak payah nak feel feel remaja sangat normaya.

20131003-092115.jpg

20130929-203532.jpg
: : jubah saya dari butiknormaya. tudung dari asteriskboutique : :
lapau kedaung so terus terjah makan.
lauk kenduri kawin ni memang sedap dia lain macam kan.
20130929-203250.jpg
keesokan harinya. ke wedding osman pula.
dekat je. kat bandar baru sentul sana.
sampai sampai salam pengantin, bergambar, pastu baru makan.
20130929-203316.jpg
sebelum tu saya ada tengok status osman kat facebook seperti di bawah.
harus saya tak tau hujung pangkal, tu yang macam ok takpe pegi dulu, kalau sempat kepohchi, saya kepohchi.
lalu osman pun bercerita.
wedding planner beliau lelaki seperti gambar di bawah telah menghilangkan diri.
image
menghilangkan diri i’m not saying dia kebas duit osman ke apa yer.
just nak mintak tolong korang kot kot kenal mamat dalam gambar kat atas, sebab osman memang tengah cari dia.
osman dah bayar 10K untuk katering, PA system, deko dewan, PA system dan lain lain.
tapi di hari kejadian mamat ni tak muncul.
kesian osman & sharina.
tapi respek lah depa bertabah jugak senyum dan greet semua guests.
kalau saya haihhh taktau la kan.
kalau betul niat mamat ni nak kebas duit osman, harap dapatlah balasan setimpal.
kalau dia tak sengaja atau ada masalah masalah yang tak dapat dielakkan, harap dia dapatlah tampil bersihkan nama.
amir & adiba, osman & sharina…
selamat pengantin baru adik-adikku.
semoga kekal hingga ke syurga insya Allah.
selamat menjalani hidup berumahtangga (L)

14 thoughts on “Ku Pinang Kau Dengan Bismillah….

  1. Ni macam betul-betul nak rembat duit je wedding planner nya. Dah dapat duit, terus tak nampak batang hidung.

    Kalau dia dapat pulangkan balik RM10,000 tu, Alhamdulillah la. Kalau tak pulang, naya je. RM10,000 untuk pengantin baru tu besar nilainya. Boleh dibeli set perabut rumah dari Courts Mamud secara tunai.

    • betul.
      kalau dapat pulangkan balik 10K tu pun dah besar rahmat dah.

      amboi tak agak2 contoh haha..

    • tu lah.. memang kesian sangat.
      nasib baik ada saudara mara yang baik hati turun padang tolong masakkan.
      ada kawan yang boleh bagi PA system, jadi pengacara majlis.

      iktibar la utk sesapa yang nak kawin.
      memang kena cari wedding planner yang bebetul blh dipercayai..

  2. Ya Allah kesiannya…bukan sikit2 duit tu..10k tau! Wlu apa pon niat org tu,dia tetap da susahkan kwn akak tu..x baik la buat pkara2 mcm nie,da la dia nk mnjamu org lain mkn…lately byk btul kes wedding planner larikan duit org…apalah,cari la punca rezeki halal ;(

    • itulah tu.. berapa lama dia blh bertahan hidup 10k tu?
      dengan doa orang, kemarahan orang. haihh..

      gamak pasni nikah je la, takyah kenduri2. alasan terbaik tu, jimat duit hehe..

  3. Owh wedding planner aka penggubah bunga..mmg suke wat hal!!
    Ushaatasbawahatasbawah *eh tu cite lain..ekekeke.. 😀

Comments are closed.