Kisah tudung labuh

hari tu saya janji nak cerita pasal tudung yang saya pakai masa aidil adha hari tu kan, ok so letss.
saya ni benarnya cam dok riki riki martin gak la cari tudung labuh yang jual online.
tapi tidaklah tudung labuh yang bebetul labuh cam ustazah tu ke (insya Allah satu hari nanti, doa doakan saya yer), tapi tudung bawal yang labuh dan tak jarang.
dok jugak google sana sini tapi cam tak berapa menepati citarasa sampai lah saya terdampar kat blog tudungnur.com.
bila tengok cam uishh banyaknya pilihan tudung labuh.
nak yang bulat kat belakang ke, yang bersegi ke, nak yang loose, yang dah jahit semua ada.
selalu pun kalau tengok online mesti macam tak puas kan, tetengok ia ada kedai.
dekat gombak plak tu. dekat je lah dengan rumah saya.
so ajak la encik z ke sinun, hari ahad, 2 hari sebelum aidil adha tu.
20131014-101843.jpg
: : inilah kedainya : :
20131014-101851.jpg
: : kat shoplot hujung : :
nak kata senang sangat tu tak jugak lah, sebab kedai ni cam kat area perumahan, tapi kalau siapa yang biasa area gombak senang kot nak carik.
tak pun korang set je gps, encik z set gps la belok kiri kanan sampai je, tak sesat barat pun.
gambar kat dalam kedai saya tak snap lah pulok. segan.
tapi kan saya nak share experience saya, bila masuk kedai tudung labuh ni perasaan dia lain macam tau.
macam tak sama bila masuk ariani atau pun kedai tudung yang singkat warna warni.
semua pun yang masuk dalam kedai ni pakai stokin & handsocks.
ada yang berniqab juga.
baju diorang pun semua warna warna selamat, hitam, biru tua, coklat.
sungguh. perasaan lain sangat.
kalau ikutkan macam nak beli banyak jugak tapi keadaan kewangan tak berapa mengizinkan sekarang, tu saya beli dulu sehelai warna pink blush tu.
namanya tudung hanan empat segi RM35.00.
bidang 50. jenis kain wool peach.
masa nak bayar adik cashier tu tanya nak jadi ahli tak.
bayar RM5.00 je. boleh kumpul point.
saya cam ah ok lah. isi form apa semua dapatlah kad sahabat nur.
20131023-123348.jpg
oh saya ada beli handsocks jugak tapi besar lah pula.
saya ni badan je besau tapi tangan agak mengecik.
lalu saya lanting kat encik z je. ah kelas tak laki mak pakai handsocks?
katanya nak elak panas matahari.
tapi nak elak apa pun kan, hitam jugak kohkohkoh.
saya ada cerita pasal handsocks jugak ni, nanti saya share k.
hati gembira dapat beli tudung labuh, terus pi pekena bihun sup kat bukit wangsa.
nyam nyam.
20131014-101906.jpg
korang kalau kot ada yang nak berjinak jinak cuba pakai tudung labuh, boleh masuk website TUDUNGNUR k?
atau pegi je terus kat kedai depa. senang boleh telek belek sendiri.
No 1, Jalan Gombak Ria,
Taman Gombak Ria, 68100 Gombak, Selangor.
03 6189 1562
Saya share satu cerita tentang tudung labuh untuk renungan kita bersama 🙂
Saya mengenali seseorang yang bertudung labuh. Dia bukan lah seorang yang pernah bersekolah di sekolah agama. Malah dia juga bukanlah lahir dalam persekitaran yang mendorongnya untuk bertudung labuh. Dia juga pernah melalui zaman ‘free hair’ yakni tidak memakai tudung, kemudian dia berubah kepada memakai tudung biasa. Yang adakalanya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Pendek dan tidak menutup dada.
Kemudian dengan hidayah ALLAH, dia berubah kepada tudung labuh. Sedikit demi sedikit dia membeli tudung labuh, merubah cara dia bertudung. Semua dia lakukan sendiri. Walaupun ibunya sendiri adakalanya memperli, dia pekakkan telinga. Dia terus tabah dalam perubahannya. Alhamdulillah sehingga detik ini, sudah hampir 3 tahun dia bertudung labuh. Dan saya berkesempatan bertanya padanya beberapa soalan.
“Kenapa kau pakai tudung labuh eh?”
“Dulu masa aku kat intensif, ade roommate aku pakai tudung labuh.
Tengok dia pakai macam cantik dan sejuk mata aku tengok . Lagipun aku suka tengok orang yang bertudung labuh. Lebih-lebih lagi budak sekolah agama. Walaupun ada antaranya yang tidaklah cantik, tapi ada seri kat wajah diorang. Bersih dan diorang nampak terpelihara. Mungkin sinar iman kot.” Dia ketawa pada hujung jawapannya.
“Kalau orang yang tak pakai tudung tak cantik ke?” Saya bertanya lagi.
“Urm, ada juga yang cantik. Ramai kot. Tapi mereka sekadar cantik. Pada pandangan aku, walaupun memang diorang cantik, tapi tiada seri. And it same goes to yang bertudung tapi jarang, singkat atau kedua-duanya sekali.” Jujur dia menjawab.
“Apa pandangan kau pada pemakaian tudung labuh?”
“Susah soalan kau ni. Aku jawab mengikut baai aku eh.”
“Boleh-boleh. Tak jadi masalah. Teruskan.” Saya memberi kebenaran.
“Pada aku, dengan bertudung labuh ni. Menunjukkan kesungguhan kita dalam menutup aurat. Berusaha semampunya mematuhi firman ALLAH untuk melabuhkan tudung menutupi dada. Dan kebanyakan tudung labuh ini adalah tidak jarang. Jadi, insyaALLAH masalah jarang takkan timbul. Kecuali tudung puth, jadi bila nak beli tudung putih kena lebih berhati-hati.
Dari segi emosi pulak, dengan bertudung labuh ni aku rasa lebih dilindungi. Wanita telah diciptakan ALLAH sebagai tarikan untuk lelaki. Bila aku tengok ada yang bertudung, tapi tidak menutupi dada sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi, aku jadi sedih. Kasihan memikirkan suami dia nanti, apa yang istimewanya kalau sekarang semua orang boleh nampak apa yang patutnya dilindungi. Dan dia juga membuka satu jalan buat syaitan sebab lelaki sangat mudah terangsang walaupun dengan perkara-perkara yang remeh.” Terluah apa yang mahu dia sampaikan
“Jadi yang berselendang dan bertudung biasa ni tak bersungguh-sungguh ke dalam menutup aurat?” Saya cuba membuat provokasi.
“Bukan hak aku untuk menilai. Cuma kalau sudah berselendang pendek, yang jarang dan nampak tengkuk malahan telinga, di mana kesungguhannya? Padahal semua ni perlu ditutupi. Mungkin dalam fikiran mereka tertimbul satu pendirian, xpela asalkan aku bertudung. Di situlah aku nampak kurangnya kesungguhan mereka. Tapi aku taklah generalize semua yang berselendang dan bertudung biasa ni tiada kesungguhan. Mungkin ada yang baru mahu memulakan pemakaian tudung. Semoga mereka bertemu dengan cara yang betul dan ikhlas dalam bertudung. Tidak tersasar dari tujuan yang satu, iaitu menutup aurat.”
“Habis tu semua orang kena pakai tudung labuh la eh?” Saya meminta kepastian.
“Di situlah silapnya. Semua orang fikir perlu bertudung labuh. Dan bila sebut tudung labuh, timbullah segala gambaran stereotype tentang tudung labuh. Padahal bukan memakai tudung labuh yang menjadi tuntutan.” Dia cuba berkias.
“Habis tu apa?” Saya jadi kurang mengerti.
“Melabuhkan tudung itu yang penting. Bila sebut melabuhkan, pastinya tujuan adalah untuk menutupi. Jadi kain yang digunakan mestilah tidak jarang. Tak kisahlah bagi yang berselendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang panjang dan tak jarang. Lilitlah dengan penuh kreatif agar ia labuh dan menutupi dada.
Bagi yang bertudung biasa, carilah yang sesuai dengan saiz anda, janganla si tubuh besar memakai saiz yang terlalu kecil. Dan janganlah silangkan tudung tu sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi. Itu yang penting. Melabuhkan tudung tak kira jenis tudung apa yang dipakai. Dan di sinilah kelebihan tudung labuh. Sebab antara semua, tudung labuh adalah pilihan paling bernas dan efektif.” Dia berhenti di situ dan mengakhiri mesejnya dengan senyuman.
Efektif. Hurm satu perkataan menarik yang membuat saya berfikir. Banyak maksud yang tersirat dalam perkataan ‘efektif’ ni…
Sehelai hijab

8 thoughts on “Kisah tudung labuh

  1. Bagus la Mya.. saya ada tempah satu.. ala2 tudung cam Dr Muhaya tu.. tapi…dkt nak setahun..taktau la..takde keberanian nak pakai ke cemana yer.. entah la..tp jauh di sudut hati, saya mmg nak join usrah, nak menutup aurat sebetul betulnya… moga ada kekuatan satu hari nati..

    *tetiba JPA dah kuar pekeliling pemakaian 3 piece suits pants ke office.. lagi la rasa mencabar nak berubah keseluruhan nih. Sbb nak pakai seluar ke ofis mostly jenis yg mengikut bentuk badan kan… tp pokok pangkalnya diri sendiri. boleh je terus pakai pakaian yg longgar.. adehhh…

    • saya pun sebenarnya cam berbelah bagi keberanian tu.
      ntah la kan, macam tak yakin.. ke macam tak bersedia?
      bercampur baur perasaan kan?
      takpelah pepelan kita cuba, doa byk2 supaya Allah SWT tetapkan hati kita kita semua 🙂

  2. alhamdulillah, kita pun dalam proses nak istiqamah. bukan mudah tapi tak mustahil kan kak?rasa sejuk je hati tgk wanita bertudung labuh. hati kita tersentuh. semoga kita sama2 diberi kekuatan ye kak. insyaallah

Comments are closed.