Keluarga, Saya & Yaya

hari jumaat 18 oktober saya cuti.
balik taiping sebab nak buat birthday party yaya tu lah on 19 oktober.
dari jasmine ke LEP dulu ambik si caca.
nak balik dengan mommy katanya, hah moh lah nak.
walaupun malam tu gak kaklong & abang long nak balik TLJ.
haa sebab katanya nak ikut ambik kakak yaya balik sekolah.
stop makan kat mcd equine dulu.
brunch la kekiranya. saya makan fillet o fish.
oh rindu nya fillet o fish.
dulu masa zaman form 4, form 5 fillet o fish ni la favorite saya kat mcd taiping jaya nun ha.
20131028-135202.jpg
pastu teruskan perjalanan.
sampai tapah tetiba lak encik z mengantuk, nak stop kejap.
ah malaslah pulak nak stop stop kan, so saya ambik alih drive.
lama jugak rasanya saya tak drive jejauh ni.
dulu zaman single mom relax je kan drive sensorang.
ni bila dah berlaki, manja sangat nih.
tak boleh jadi, lepas lepas ni kena biasakan diri gak drive jejauh.
kenot berharap pada suami sesaja.
selamat sampai taiping dalam pukul 3 petang camtu.
saya drive tanpa henti.
caca plak tak tidur dalam kereta, terus bagi saya semangat.
tq caca!
lepak lepak sampai kul 6 petang keluar pi ambik yaya kat sekolah.
pastu terus gi giant beli barang barang makan nak masak untuk esok.
entry birthday party yaya tu nanti yer.
saya habiskan dulu entry yang lelain eh.
hari ahad sehari lepas birthday party tu kitorang keluar makan kat luar reramai.
ada satu tempat makan baru bukak kat taman tasik taiping.
taktau apa nama tempat ni tapi ianya adalah berbentuk gerabak keretapi.
20131025-102641.jpg
modus operandi makan kat sini ialah ala ala food court kat AEON.
order, pastu pi bayau dulu.
kendian baru makanan sampai. begitulah.
harga makanan semua saya taktau sebab abang long belanja.
tq abang long!
20131025-102652.jpg
: : saya makan mee udang. udang besau besau. tapi rasanya biasa biasa aje : :
20131025-102702.jpg
: : sapa ke makan chicken chop. sedap : :
20131025-102712.jpg
: : encik z order nasi goreng. lembik. tak sedap sungguh : :
yaya makan nasi goreng kampung kot.
ok la sedap jugak. tapi pastu tukar dengan mama, makan western.
kira kalau nak rekemen kan, western sedap kot kat sini.
yang lain lain cam tak berapa.
20131025-102720.jpg
: : abc mama order. tapi motiplah sangat letak aiskrim perisa keladi? potong ok : :
tpg
20131025-102740.jpg
: : pak njang sekeluarga pun ada jua : :
20131025-102733.jpg010
usai makan pi the store. kaklong nak cari barang barang baby nya.
rombongan cik kiah la beramai ramai ke the store.
lepak kat KFC ingat nak guna kan wifi nak download game kat handphone yaya, sadis wifi KFC tak function. ugh.
20131025-102810.jpg
20131025-102821.jpg
: : kelas anak dara i dah pandai pakai wedges : :
pukul 6 petang camtu dah siap siap nak gerak balik KL.
nampak tak mata saya dengan yaya cam merah bengkak?
masa ni dedua baru lepas nangis.
adalah saya tazkirah kan dia.
sian saya tengok dia diam pastu pepelan air mata mengalir.
bukan saya marah ke hapa tau.
saya nasihat dia sikit gitu gini je.
ujung ujung saya pun nangis sama.
masa tu dalam bilik. macam biasa si caca pun sama sibuk pose pose dalam bilik tu.
lepas habis tazkirah saya peluk yaya, tetiba eh eh si caca pun sama sibuk peluk saya dengan yaya.
encik z dah macam ishhh penyibuk betul la budak caca ni.
he he tapi comel lah.
20131025-102828.jpg
malam tu yaya sms saya.
tu lah saya kata, anak saya sorang ni sensitif, hati tisu.
so pendekatan saya pada dia memang kena lembut jugak.
beza dengan emak dia ni yang hati kering.
kering tak kering, tapi sebenarnya ada masa menangis jugak.
selalu pun simpan sendiri sendiri je 🙂
Screen_20131028_175757
Screen_20131028_175844
~0322193
Screen_20131028_175935
saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
insya Allah kesabaran dan ketabahan ini ada ganjarannya.
bila? Dia saja yang tahu.
saya sebagai hambaNya kena redha.
dengan redha barulah hidup akan tenang 🙂

10 thoughts on “Keluarga, Saya & Yaya

  1. sedih la mya.. sobss.. tp nampaknya Yaya cepat matang..dan pasti dia jadi anak yg baik..jgn risau 🙂

    Ha. sy nak komen pasal drive tu. Betullah..sy skrg pun dah gigil nak drive. Esp area KL.. kalo dulu masa bujang, cakap je berdesup masuk sana sini..tapi tu lah..kena gak drive skali skala, rugi bakat yg ada. Haha. Bakat halanyaaa…..

    • mungkin cepat matang sebab dia stay dengan opahnya dan bergaul dengan org2 dewasa kot kan?
      tu la kita ni takleh manja sangat ni. kena selalu2 drive ni hehe..

Comments are closed.