Kagum

masa taip entry pi makan fillet o fish kat mcd tu terasa rasa pulak kat tembolok saya ni ha.
so balik kerja tanya encik z boleh ke nak makan fillet o fish tu?
dia kata ok lets. so singgah lah kat mcd jalan pahang tu, otw balik rumah.
20131030-122021.jpg
: : assalammualaikum fillet o fish! bersua lagi kita ya : :
masa tu dalam pukul 6.30 petang kot, hujan.
jalan boleh tahan sesak.
sesambil makan berborak suami isteri.
saya bagitau encik z yang saya kagum dengan kawan-kawan yang duduk jauh dari KL, meredah sesak nak balik rumah.
dengan anak 4,5 orang.
ambik anak kat sekolah, kat taska.
tambah dengan hujan ceni.
lepas tu sampai rumah nak masak lagi.
pastu nak iron baju anak.
saya tabik spring sangat.
saya kata saya kagum dengan kaktin.
tapi hari hari datang kerja still ceria dan bertenaga je.
encik z pulak kata kalau perempuan tu ok lagi lah.
fitrah Allah jadikan kaum hawa terutama sang ibu ni memang yang cekal dan tabah.
encik z kata dia kagum dengan abang long.
sebab kaklong kan kerja tak tentu masa.
abang long jaga caca & cici sensorang je.
pagi pagi siapkan depa, hantar kat nursery.
pastu patah balik tukar motor pegi keje.
berulang KL – serdang. pastu balik ambik anak.
buat susu, tukar pampers segala.
aah kan. memang patut lah kagum.
encik z kata kalau dia sendiri ntah mampu ntah tidak.
lepas tu encik z kata mungkin kita belum dikurniakan anak sebab Allah tahu kita belum mampu, atau tak kan mampu uruskan anak-anak?
jadi Dia bagi kita masa untuk bersama berdua.
sembahyang berjemaah (yang mungkin sukar nak buat kalau ada anak kecil, tapi itu bukan alasan sebenarnya), dapat duduk mengaji dan membaca tafsir al-quran bersama.
dapat pergi masjid menghadiri majlis ilmu.
dan Allah SWT tahu yang isteri saya ni suka travel sana sini, Dia memudahkan urusan kita.
kalau ada anak mungkin kita kena tinggal anak tu.
dan mungkin akan mengekang kegemaran awak yang satu ini.
ada logiknya kan?
ada lah lagi benda benda lain encik z cakap tapi dah tak masuk dalam kepala saya sebab rasa sebak pula ;-(
20131030-122032.jpg
mengapa ditangisi kegelapan sedangkan satu sinar itu sebenarnya sudah cukup menerangi. bagaimana? biasannya! 🙂

16 thoughts on “Kagum

  1. alhamdulillah.
    kudrat Allah swt bagi demi anak-anak.

    insyaAllah, bila masanya sampai semua pon akan terjadi dengan sendirinya.
    as at now enjoy life to the max, plis! 😉

    • Betul.

      Nasib org x sama. Kurang sana lebih sini. Asal jgn mengeluh. Enjoy saja.

      Honestly aku cemburukan life kau kak. Oh cemburu in a good way la. Boleh jln sana sini, makan luar sedap2, ada husband yg baik, anak dah besar.

      Saya belum ada yang tu. 🙂 belum lagi. Inshaallah 3 4 thn lg.

      • kak jeles kat hang, dapat duduk rumah jaga anak sendiri.
        sekecik2 perlakuan anak hingga ke sebesar2 boleh monitor.
        ya kak jeles itu…..

        • (sebak jugak)

          masing2 pun jealous life masing2 (in a good way la bak kata rye). kita kurang, dia lebih. dia kurang, kita lebih. ada kes.. orang kaya pun masih jealous dgn org kebanyakan mcm kita2 ni. that’s life..

          tapi saya percaya, kita masing2 pun bersyukur kan. alhamdulillah…sama2 kita enjoy dgn life kita k

  2. Oh satu lg nak komen. Yg statement enz tu kan. Mmg fitrah dah org pompuan ni semua benda dia buleh pikul. Tapi sebenarnya org laki pun boleh kalau keadaan memaksa.

    Contohla kan masa adam bok lari anak2 dari aku dulu, boleh pulak eh urus makan minum berak kencing anak bagai. Baru dia rasa kut selama ni aku macam janda berlaki usung anak sana sini tapi semua kerja setel. Padahal.masa tu kau tengookkkk ja tak dapat nak bantu lgsg. Kalau bantu pun kemain kekok.

    ada sekali baru2 ni aku tanya dia. –

    org jantan ni mmg x reti buat kerja rumah betul2 ka atau cuma ambik kesempatan??? –

    dia gelak dia jawab –

    kalau i jawab yang betoi lepas ni tak buleh dah la nak mengelat – sambey gelak jahat.

    So kesimpulannya aku paham la. Depa buleh buat tapi saja x mau!

  3. McD yg selalu singgah satu ketika dahulu..
    dah 6 bln tak ke McD mahupun KFC.
    Huhu.

    Yer..sy juga kagum.. sy yg takde anak ni pun tak betah nak carik rumah jejauh. jadi, redha saja rumah yg tak bertanah tu. asalkan g ofis dkt 🙂

    • itu lah kan.. biar la tak bertanah asalkan senang ulang alik ke office.
      esok lusa ada rezeki baru lah pikir lain nak beli rumah bertanah ke, berpasir ke huhu..

  4. Agaknya sebab tu jodoh along belum sampai kot..allah masih nak bagi along peluang untuk perbaiki diri sebab mungkin pada dia along masih belum mampu untuk mendirikan masjid yang ke 2?

Comments are closed.