Fake It Till You Make It

Assalammualaikum korang.. Salam Jumaat..
Hari ni saya cuti. nak balik taiping. esok nak buat birthday party yaya.
tapi takpelah, saya up kan jugak entry ni buat bacaan dan tatapan korang.
saya tau korang pepagi pukul 9 mesti refresh blog saya kan. jangan bohong. dosa 😉
ok kita sembang sembang je lah di hari jumaat penghulu segala hari ni.
hari ni 18 oktober 2013 genap 3 tahun saya kat department sekarang.
siapa pembaca setia blog saya dari dulu mesti tau kot saya dulu kat JSP, pastu kat MyClear. dan sekarang kat RSA.
pejam celik dah 3 tahun saya kat sini.
walaupun saya dapat boss yang baik, tapi tak bermakna saya terlepas dari mengadap kerenah dan peel staff staff lain.
saya pernah je kena marah pastu menangis ngongoi ngongoi dalam bilik fail.
nak tenangkan hati saya turun tangga dari tingkat 8 ke bawah, pastu panjat tangga balik pegi tingkat 14 jumpa encik z mengadu nasib. untunglah kan suami sepejabat 🙂
kira kalau saya banyak duit masa tu gamak dah lama saya campak surat resign kot.
tapi sebab tak banyak duit, so pose pose lagi lah kat sini hehe.
dulu saya pernah ada isu dengan boss boss kat sini gak.
ada la a few incident yang memang kalau bila dikenang, harus dendam bermaharajalela di dalam hati.
tapi lama lama saya fikir, sampai bila.
pastu apa pun yang saya dapat. masam muka, sakit hati.
masa tu lah saya ambil pendekatan fake it till you make it.
walaupun pada awalnya saya rasa susah, tapi Allah kan ada.
kita berniat baik, insya Allah aura positif tu akan sampai pada mereka.
kita kena lah betulkan diri kita sendiri dulu sebelum cuba nak betulkan orang lain.
walaupun hakikatnya kita tak kan boleh betulkan orang lain, kan?
lagi satu, siapa saya untuk tak suka orang tu, tak suka orang ni.
asyik fikir tak suka kan orang, orang tak suka kan saya, ada pernah saya fikir?
berbaik je lah dengan semua orang terutama yang bekerja sepejabat ni.
tapi sebagai manusia biasa, bukan manusia luar biasa, haruslah ada masa masa saya rasa annoy jugak.
tapi most of the time pun saya cuma dengar, diam dan senyum je.
itu yang sebaik baiknya dari berbalas balas cakap.
3 tahun saya kat RSA, nak masuk 9 tahun saya kat B**.
alhamdulillah, saya semakin selesa. dan bahagia.
terima kasih Allah….