Celuparnya Mulut Kau

korang nonton tak AF tahun ni?
kalau nonton jom la gossip sesama. matikla ajak orang gossip.

ala gossip lite lite je pun.
kenapa AF ni makin lama makin hilang sengatnya eh?
mampu kau guna perkataan sengat.
tajuk akhbar harian metro sangat.
dari AF yang hazama menang tu lagi saya dah rasa cam apa ke tak best nya.
tapi tahun ni double trip lagi tak best.
yang saya rasa ok boleh nyanyi sedap iman & nona.
tapi dah dua ketul ni tersingkir pulak dahhh.
paling saya tak faham darren tu.
apa yang sedap suara dia? nasib baik minggu ke 2 dah tersingkir.
saya rasa muka dia macam muka pembunuh yang saiko.
matiklaaaaa.
pastu suhada. kau nyanyi ke hembus nafas eh?
hampa hatiku hampa hatiku hampa hatiku. wakluuu.
pastu bila bercakap boleh tak tak payah nak ‘suhada rasa… suhada perlu… suhada itu suhada ini’
kau sebut je saya boleh tak?
rengsa ok, normaya rasa rengsa terhadap suhada.
amira pun sama. tu suara dari perut ke suara dari kerongkong?
eh of coz la suara keluar dari kerongkong kan?
kau kenapa normaya.
ah pendek kata suara dia pelik. cam besar garau tapi tak sedap.
yang paling saya kesian nabila lah.
dah suara dia memang camtu.
takyah la nak kata suara dia chipmunks bagai.
semalam orang interview mak dia kan.
relax je mak dia jawab.
yer lah, yang pilih nabila masuk AF tu orang-orang profesional dalam bidang muzik.
tup tup pengkritik nak kondem dia gegila.
kalau saya jadi nabila pun, nak je jerit weyy dah suara aku ceni. korang gak yang pilih aku.
so sekarang korang nak aku buat apa?
aku nyanyi je la selagi tak tersingkir.
roslan aziz tu pun.
siap kata rakyat malaysia bangun, jangan tidur.
kalau dia nak cakap pada peserta yang suara sedap tapi rating ke bawah, ok la.
ni dia cakap pada nabila yang rating tinggi, tapi bagi dia suara nabila tak sedap.
kenot lah like that bro.
tu dah menghina orang tu.
menghina rakyat malaysia pun yer.
saya rasa ok je suara nabila tu.
ala-ala suara yuna kan. walaupun saya tak minat yuna.
nak kata sedap tu tidaklah, tapi ok je la di halwa telinga.
ah lebih kurang je dengan suara aisyah tu, tapi takde plak orang kondem aisyah eh?
pastu sesikit nak sebut shiela majid shiela majid.
sedap nau ke pun suara shiela majid tu setakat shinaran.. mentttari menyinarri.. menusyuk ke jiwwaku..
tolonglah..
azhael? ini je la potensi yang tinggal nak jadi juara.
untunglaaa muka jambuuuuu.
tapi azhar, takkan level amira je taste kau?
kemon bro, u can do better than that.
amira pun, takyah nak perasan sangat la.
memang azhar jenis yang kuat mengusik kot.
takat kenyit mata, kakak ostajah ni pun selalu je kena. *motip nak bandingkan?
hari tu saya tengok diary, si aliff aziz datang serang suhada.
korang rasa betul ke propa?
saya rasa propa kot.
kalau bebetul la, memang terhapa la aliff aziz tu.
nak sound sound orang, macam ke adik kau tu lawa nau *lawa la jugak
yang suhada ponnnnn…
girlfriend kau bagi jam, kau pi bagi kat aisyah dah kenapa?
kalau aku jadi girlfriend kau pun aku amukan ablasa.
‘suhada tak kisah kalau kawan-kawan nak pakai barang suhada. murah ka, mahal ka, suhada tak kisah’
fuuuuuuuuuu…
bikin panas betul la AF ni.

26 thoughts on “Celuparnya Mulut Kau

  1. Hehe..entry ni kelakar 😉
    Saya tak tgk AF tahun ni..sora diorg tak sedap (N)
    Kalo The Voice, saya layan..best! (Y)

      • Ha ah aku tgk the voice. Af pegi jauh2 sana. Muka roslan aziz tu pun dah membuatkan haku hilang selera mkn.

        Tp part normaya rengsa dengan suhada tu mmg aku tersedak. Kojaq betoi tulis camtu. Kahhhh

        ps aliff aziz hensem. I like.

        • roslan aziz tu mcm gud gud walhal takde la gud mana pun. heh.

          eh betul hapa. normaya rengsa dengan suhada.

          aah memang hensem. i like jua 😀

  2. Mya, aku baru nak try tengok AF.. tup2 dah baca komen ni terus mati napsu. Hahaha.

    Haaa.. vote untuk TV5

  3. Kah3… Betul la kak. Musim ni konon nak buat kelainan dari sebelum ni. Cait… Lagi teruk jadinya.. Tah2 apa2 la suaranya.. Yang laki Sarawak nyanyi lagi najwa latip tu ke mana tu lagi tah hapa2. Haha.. Hadoi la. Dulu saya follow jugak AF ni. Tapi dah cenggini baik tak payah follow.

    • haa lagi satu akak tak paham kenapa nak buat music arrangement tu melampau sangat?
      sampai dah tak nampak rupa lagu asal. lagu ratuku tu dah jadi lagu patriotik paddiaaa…

      dulu2 punya AF best. blh tgk karakter memasing..

  4. eh u jgn kata sheila majid tau
    dia ada kelasnya tersendiri ok

    batch AF yang last2 ni mmg dah x best
    x macam dolu2 punya

    p/s : pssst bukan akak layan saluran oasis ke?

    • aah kelas la sangat #TDDMKA

      oasis layan. maya hd pun layan.
      kena balance dunia dan akhirat

  5. AF? tak layan… xbestttt.. ada la sekali kut tertengok, tu pun ulangan je. dah takda menda nak nengok, layan gak la sambil lipat kain. terus terganggu kosentrasi nak lipat kain. haram tak best! hahahah.. komen2 akak tu takda la celupar sgt sbb saya pun ngomen gitu jugak.

  6. pesanan untuk suhada, dari ko minum air asam jawa, suara ko gitu la jugak mambang dik, better ko buat pi basuh rambut, moga moga lurus terurai, k bai

    • Oi Payiet ko belikan dia alat rebonding rambut pun ok.
      Btw, satu-satunya AF yang kita layan ialah musim AF2. Layan sampai diary semua sanggup tunggu.
      Pastu dah tak penah layan dah AF.. adoi kuburkan je lah. Astro nak buat duit cara camni. Tak baik.

  7. baru sekali je tengok AF.. itu pun tak ingat dah bila.. mmg hambar nak mamp!! baru tengok sekali terus tak ada napsu nak tengok lagi.. phuiii
    Dalam sekali tu pun ada perasan suara si Nabila je.. ya ampunnn suara memang tak bleh bla langsung.. tp bg mya suara dia ok kan?? lain org lain pendapat.. heee chill yow 😛

    • hehe.. mmg tak sedap sangat suara nabila tu tapi bila roslan aziz cam kutuk lebih2 tu yang jadi geram :-p

    • sila lah tengok sekali. ajak housemate tengok sama.
      pastu boleh la sesama berdebat bagi pendapat hehe

Comments are closed.