Allah Selamatkan Kamu Puteriku…

hari ni 16hb oktober 2013 hari jadi anak saya yasmin @ yaya yang ke 9 tahun.
pejam celik pejam celik 9 tahun dah berlalu.
saya mengandungkan yaya masa umur saya 25 tahun.
lepas setahun 4 bulan nikah baru saya mengandung.
masa saya mengandungkan dia jugaklah saya start tulis blog.
sejak mula mengandung sampai kandungan 7 bulan saya tinggal dan kerja kat melaka.
dan 7 bulan sampai saya bersalin saya duduk kat taiping.
masa mengandungkan yaya sebenarnya banyak jugak kisah pilu yang jadi dalam hidup saya.
kadang kadang saya menangis, termenung, bila diingat memang rasa sayu sangat.
alhamdulillah Allah SWT Maha Kaya, yaya membesar dengan sihat dalam perut saya.
macam sama memahami dan berkongsi kesedihan dan kepiluan hati saya.
saya sakit bersalin pun tak lama.
masa tu bulan puasa. saya start sakit dalam pukul 6.30 petang.
pegi hospital, air ketuban pecah.
nurse cek masa tu bukaan dah 4cm.
terus tolak pegi labour room.
saya bersalinkan yaya kat Hospital Taiping.
hospital yang sama mama bersalinkan saya 🙂
pukul 8 malam doktor kata lambat lagi ni.
mau tengah malam.
tapi pukul 9.30 malam saya dah rasa sakit hebat.
saya memang dah rasa rasa sangat dah baby nak meluncur keluar tapi saya tahan.
jerit panggil nurse. nurse kata haah dah bukak habis.
doktor datang. teran dalam 3, 4 kali dan alhamdulillah pukul 10.21 malam, itu dia anak saya dah melihat dunia, dengan berat 3.05kg.
saya memang sakit tak lama dan proses bersalin sangat mudah.
Allah SWT tahu saya dah melalui tempoh kedukaan masa fasa mengandung, dan Dia permudahkan proses bersalin saya.
yayanewborn
yaya seorang yang sensitif.
mungkin persekitaran dan keadaan saya dan ex yang bercerai membuatkan dia banyak menyendiri dan pendam perasaan.
ni koleksi gambar gambar birthday party dia dari umur setahun sampai 8 tahun.
ada yang buat on time. ada yang terlebih time.
memang tiap tiap tahun saya akan belikan dia kek.
cuma masa umur dia 5 tahun je saya tak sempat nak arrange birthday party.
tapi still potong kek kat rumah arwah tok.
3 kali celebrate kat jasmine.
2 kali kat LEP.
sekali kat rumah sewa saya yang lama kat mawar apartment sentul.
sekali kat mcdonalds jalan pahang.
tahun ni insya Allah nak celebrate kat TLJ pulak.
20131010-100640.jpg
dulu yaya kecik kecik saya selalu tanya dia.
sayang mommy tak?
sayang!!
sayang sampai mana?
sampai akhirat!
selamat hari lahir yang ke 9 tahun yasmin.
mommy sayang awak.
sampai akhirat. sampai syurga.

28 thoughts on “Allah Selamatkan Kamu Puteriku…

  1. selamat hari lahir yaya
    siapa yg lahir bulan 10 ni mmg comel2 ye (gimme 5 skek yaya) hehehe
    semoga yaya berjaya di dunia & di akhirat. amin

  2. Patut la dari pagi terase mcm hari ni, hari yang istimewa sgt. 10 hari lepas tu aku pun lahirkan Farzana. Happy Birthday Yaya. Selamat panjang umur.

    • kroll!!! lamanya tak dengar khabar berita kau… apa khabar kau babe..
      kau masih kat fama? duduk selayang? rindunya.. nnti email la aku myasefia@yahoo.com
      bagi no hp, boleh kita whatsapp2..

      cemana rupa paras farzana sekarang yer..
      anak kau yang lelaki tu pun mesti dah besar, apa ke namanya..

  3. Bila ingat2 balik rasa macam cepatnya masa berlalu. Baru semalam lahir rasanya rupa-rupanya dah 9 tahun berlalu. Selamat Hari Jadi, moga panjang umur dan jadi anak yang berguna.

  4. Happy bufday sayang.. saya jg men-tua bersama cete yaya.. hehe..men-tua peginyaa..
    kak …. tahniah tuk 9 thn membesarkan yaya..dulik apa org kata…

    lot of love..

  5. Happy birthday Yaya! Moga jadi anak solehah. Nak sama ngan birthday Muqri; 15/10. Tahun jer lain

Comments are closed.