Akhirnya… akhirnya korang…

korang..
saya nak menciwi ni.. *kembang kempis hidung
saya dah berjaya membeli 3 benda yang dah lama saya pendamkan di dalam kalbu.
usaha menabung berdikit dikit, akhirnya berjaya jua.
nak tau ke idok saya beli apa tu?
bukanlah rumah banglo 8 bilik mahupun jet pejuang apa lagi kereta sukan berkuasa kuda.
kereta sukan? sport car? hek.
ok yang pertama adalah magic pan!
ergh poyo nya beli magic pan pun nak ciwi.
pedulikkkkkk… nak ciwi jugakkk.
niat di hati tu memang lama nak beli tapi cam ok nantilah nanti nanti nanti.
sampailah hari tu ada officemate saya, kak sham nak pegi langkawi.
saya saja la cuba cuba nasib nak mengirim.
walhal kalau ikutkan saya ni bukanlah jenis yang suka kirim mengirim.
sebab saya tak berapa suka orang kirim mengirim kat saya, jadi seboleh boleh saya cuba ngelak dari kirim mengirim kat orang lain.
tapi kak sham cam dengan senang hatinya kata ok, boleh je.
lalu dia pun membeli lah magic pan ini.
RM69 je harganya. murah. i like.
20131022-142510.jpg
lalu balik rumah terus dengan semangatnya nak cuba.
saya pun letak la seekor ikan cencaru di dalam.
tapi kan…. kenapa aaaa jadi cenggini?
cam ia melekat pastu hitam hitam si tampuk manggis jadinya cencaru saya.
saya salah letak ke cemana?
ada yang kata kena letak minyak sikit eh? olive oil?
sila beri tunjuk ajarku sifu kawan kawan.
20131022-142521.jpg
barang yang kedua.
samsung note 2! akhirnyaa.. akhirnyaa dunia.. lihatlahh..
setelah selama ini dihina dikeji sebab guna blackberry, akhirnya dapat juga saya berdiri setanding dengan korang.
*motip sangat kan nak setanding bertanding bagai
tapi tu lah, saya pi celcom hari tu nak tukar data plan tapi tak boleh katanya sebab saya beli blackberry hari tu terikat dengan kontrak.
bulan 3 tahun depan baru watamat kontraknya.
saya tanya kot kena bayar penalti ka still katanya no no no no no.
kenot kenot kenot kenot. tak boleh tak boleh tak boleh.
ugh. iya iya laaaa.
so saya guna note 2 bila ada wifi ja la.
korang kalau whatsapp saya tapi saya lambat reply hah sebab takdak wifi la tu. jangan la sentap kecik hati ka hapa ka.
tampa kang.
tapi kalau saya kat office & kat rumah insya Allah on ja la.
20131022-142556.jpg
dan benda yang ketiga adalah.
bekas beras jenama tupperware. ngehngeh.
sebelum ni saya simpan beras dalam tong kayu beli kat jusco.
lama gila kot.
tapi asyik la kutu beras menyelinap masuk. pfftt..
tu yang cam menggelitis nak jugak bekas ni.
encik z dah janji kata nak beli tapi tunggu la hujung tahun, dapat bonus katanya.
tapi saya dah tak menyabau. lalu…
20131022-142612.jpg
membeli secara hutang. mihahahahaha.
bayau RM20 tetiap bulan. selama 10 bulan ++.
sian kan, nak beli bekas beras tupperware pun bayau bulan bulan.
nampak nau dah mokcik mokcik.
mokcik tak mokcik, janji dah ada bekas beras, note 2 dan magic pan. yeyyyy…

24 thoughts on “Akhirnya… akhirnya korang…

  1. untung laaa! saye mcm teringin nk beli hempon baru tp masih tatau nak hempon ape. dah kenalpasti sok, kene la plak menabung #kisahbenarmiskinbandar heheheh

    • akak ni pun sebab sudah tak berdaya menerima hinaan orang.
      ceyyy walaupun sebenarnya diri sendiri yg gedik nak beli, org takde la hina mana pun hikhik

  2. saya nak ciwi gak dan nak gitau yg seme menda atas tu sama ngan saya. yey.. tp kan.. lain2 edition. yg HIG tu saya kaler itam. yg note – saya note 1 (note je la kiranya. kihkihkih). yg bekas beras – saya kaler merah. Yeyyy jugak..

    p/s : buh minyak sket.. tp sketttt je.. olive oil kalau nak sihat.. nak buh minyak biasa pun boleh.. smlm sy pun buat itu gak.. if balut ngan aluminium foil pun boleh.. nak balut ngan daun kunyit pun boleh.. buat siakap stim la Mya.. bes.. tak smpai 10minit siap.. 🙂

    • heee boleh buat kelab ciwi2 kita ni hikss..

      ooo baiklah next time saya akan ikut tips awak itu.
      siakap stim? uiii setapnyaaa…

  3. Tahniah Maya.. impian memiliki barang2 bermula dari keinginan memiliki barang kecil2an.. nanti lama2 dapat la banglo 8 bilik dan jet pejuang tuh.. jet pejuang tu cat kaler pink ya. Hahaha

  4. erm… saya pun beli magic pan dari langkawi jugak. lupa pulak jenama apa. HIG jugak kot. harga pun sama jer. kuikuikui…
    saya nak jugak barang yg no. 3 tu. nak pulak ia dah ada kaler ijo. pergh..mmg canteklah…

    • haa yg warna hijo ni sebab edisi hari raya katanya.
      sebelum ni saya penah tgk kaler merah. gamak CNY la kot.

  5. beli 3 benda ni pun ada entry khas
    apatah lagi kalo beli jet pejuang, mau nya smpi 18 entry kottttt
    wakaka
    eh bukan ritu dah bg tips magic pan ke?
    api kena kecik pastu leser je sedikit minyak
    mcm2 leh masak dlm tu
    lempeng pisang pun xdehal

    • tengah semangat update blog sebab BE tengah cantikkkkkk ni itu yang update je la apa2 hahaha.
      dah bg tips ke? ada ke? maaflah lupa, maklumlah faktor usia.
      tapi akak memang guna minyak tecit. eh kecil. lol

  6. Kak kita ada sama tp lain cerita

    pan ajaib aku are IKAN nam dia mak aku bg hadiah

    note 1 ahmad bg hadiah

    bekas beras redeem bonuslink

    jd haku punya semua free kahhhhhhh

  7. nak beli jugak bekas tupperware beras tu. tapi ku tak dapekkk la 10 kali bayauuu tuh. akak ofis ni bagi 2 kali je rasanya. tapi tak order2 pun lg. baru dok bernyanyi2 nak beli..hahaha. tapi memang kena beli jugak seketul..

Comments are closed.