dari masjid agung an-nur, tahan cab menuju ke pasar bawah.  RP25,000.
oh yer kebanyakan cab kat sini memang guna meter.
tapi depa tak sebut meter. depa sebut argo.
argo tu maksudnya meter la yer.
tapi better korang tanya dulu lah sebelum naik, kot ada yang tak guna meter ke kan.
dan dekat ke jauh ke, permulaan tambang cab ni RP20,000.
macam kita kat KL la, naik je teksi, dah sesiap tekan RM3.00.
haa walaupun sebenarnya perjalanan kau sekentut je, bernilai RM2.00, tapi tetap kena bayar RM3.00. begitulah.
selamat datang ke Pasar Bawah, Pekanbaru, Indonesia!
tak silap saya ada 3 tingkat kot.
termasuk kat bawah jugak. tapi bawah tu more to barang barang basah, buah, jeruk segala.
_MG_5807
_MG_5811
: : ginilah rupa paras di dalam pasar bawah : :
_MG_5812
: : berani beli pasu besar ni? : :
_MG_5813
: : eh dah terima kasih dah? : :
actually hasil dari pembacaan saya kat blog orang yang dah pernah ke pekanbaru, katanya harga barang kat pasar bawah ni mahal.
so jangan beli kat sini, beli kat tempat lain.
tu yang saya tak beli tu. tapi……
ada sambungan kisah pasar bawah ni, kena stay tune membaca lah sampai habis cerita pekanbaru ni k?
tempat lain yang dimaksudkan ialah Plaza Sukaramai atau pun jua dikenali sebagai Plaza Ramayana.
dari Pasar Bawah ambik cab RP25,000.
sebenarnya boleh je jalan kaki, tapi boleh tahan menjauh.
tapi hari terakhir kami laki bini jalan kaki.
haaa tu pun kena tunggu next next entry k.
_MG_5816
: : Plaza Ramayana : :
saya shopping telekung kat sini. tapi bukan untuk saya pun.
kak wan kirim.
2 pasang katen jepang atau japanese cotton RP480,000.
beli tshirt untuk maamar, 2 helai RP10,000.
dan sehelai tshirt encik z, RP40,000.
_MG_5822
oh Plaza Sukaramai ni kalau dari yang belah depan masuk tu memang air cond lah.
selesa dan besar.
tapi yang bebetul nak feel feel keIndonesiaannya kena ke bahagian belakang, pastu turun tangga masuk bawah.
tak de air cond. sila lah bersedia untuk berpeluh dengan banyaknya.
eh kat Pasar Bawah pun takde aircond tau.
maka silalah berpakaian dengan selesa.
(ada ke orang pakai pakaian tak selesa? heh)
_MG_5824
: : ni kedai kat tepi tepi plaza sukaramai ni : :
memang macam macam lah jual kat sini.
kecuali. fridge magnet. yer memang kat pekanbaru takde jual fridge magnet.
ke saya yang tak jumpa? ntah.
tapi saya ada baca kat blog, memang depa pun tak jumpa fridge magnet kat sini.
kat sini saya beli kain sepasang. kakwan kirim jugak. RP60,000.
dengan stokin kaki jari yang comel!
korang tau berapa harganya? RP6000 saja ok.
bersamaan? RM1.70. gila murah tak murah.
kat malaysia stokin jari kaki ceni RM10 kot sepasang!
saya cakap la dengan budak penjual tu.
tanjat dia. RM10 sama dengan RP35,240.00!
borong banyak la kakak. murah kok gini.
memang la murah dik. tapi kakak tak beli luggage, kang terlebih luggage cemana?
korang kalau pegi plaza sukaramai ni sila lah borong stokin jari kaki banyak banyak.
boleh bisnes ok.
sudahnya saya beli 4 pasang je.
2 skin colour, 2 warna hitam. selesa. suka angat!
_MG_5826
nak lunch macam kenyang lagi sebab pagi tadi makan nasi kan.
so ajak encik z pusing sekitar mall mall kat sini.
pekanbaru ni banyak mall benarnya, tapi dah nama pun mall, malas lah saya nak pegi semua.
pegi yang dedekat sudah. so letss menapak.
oh dari plaza sukaramai ni boleh menapak balik ke tune hotel.
pepelan jalan la, boleh je sampai.
kat pekanbaru ni style depa letak pagar kat tengah-tengah jalan 2 arah.
kira tak boleh nak cross sebarangan.
ajer giler nak panjat pagar.
so memang kena naik jejantas yang disediakan.
kira cam kena pusing/patah balik sikit la.
stop kat indomart, encik z nak try rokok endon.
walhal berapa lama dah dia tak merokok rokok betul.
suka hati kau lah bang.
saya beli air mineral sejuk 3 botol.
yer suka diingatkan, cuaca di pekanbaru adalah panas nyit nyit.
panas peluh peluh melekit sampai kau rasa letih lemau.
_MG_5827
_MG_5828
: : jejantas yang perlu dicross : :
_MG_5829
: : memerhati lalulintas dari atas jejantas : :
kami masuk dalam senepelan plaza & pekanbaru mall.
kat senepelan plaza beli tshirt untuk cici RP25,000.
dalam pekanbaru mall tetiba berkumandang lagu-lagu siti nurhaliza. best best.
ada saya keek kan.
kalau rajin pi lah tengok kat keek saya sana.
_MG_5830
lepas menyopping terus balik hotel.
sebelum balik hotel ada beli something, next entry lah tu.
so inilah dia antara yang saya shoppingkan.
_MG_5873
ole2
: : actually ni beli hari terakhir saya kat pekanbaru. tapi takpelah, letak je la sekali kat entry ni : :
tshirt i love pekanbaru tu untuk yaya & caca. harga dah tak ingat.
kain pasang tu haaaa. 2 pasang tu RP180,000 saja!
convert RM? sepasang  cuma RM25. cantik kot!!
tapi sepasang kakwan dah rembat. cisss.
saya punya yang hitam tu, cantik tau.. :D
P/S : dress yang saya pakai tu dari thepoplook. blouse dari butiknormaya.

    10 Thoughts on “Shopping di Pekanbaru

    1. hari tu aku pernah beli tiket satu family ke sana,,,
      pasal ada hal lain,,, terpaksa kansel,,,
      nampaknya best juga ke Pekan Baru :)

    2. Takde fridge magnet??! Itu wajib beli kalo gi makan anginnnn (Y)

    3. Bagus jugak sistem buat pagar tengah jalan. Takda la orang lintas suka2 hati.

      Bab berjalan ni memang bestkan.

      • itulah.. kereta plak bersimpang siur.
        so memang molek bebenau la buat pagar tu.

        berjalan kannn.. sapa je yang kata tak best hehe

    4. macam sadappp jer kek tu? kek ke tu kembang sari…

      • itulah dia kek kembang sari.
        tak sempat nak jamu kau dengan yiet. dah habis ngap kat department.
        beli pun satu kotak tu je pun kak huhu

    5. Mya nanti share sekali berapa banyak Mya tukar duit bawak pi sana eh..dan total cost…heheheh…mcm bagus je kan…ntah bila nak pi x tau…

    Post Navigation