Perjalanan ke Pekanbaru Indonesia

Assalammualaikum…
Entry yang ditunggu tunggu. ceyy.. macam la korang tunggu.
saya je yang tak sabar nak update pengalaman saya bercuti ke Pekanbaru Indonesia.
kenapa memilih Pekanbaru eh ostajah normayah?
hmmm ada beberapa sebab.
pertama tamanya bulan jun hari tu saya tengok kalendar, eh 16hb september cuti hari malaysia.
nak pegi mana eh? tak boleh la nak duduk rumah dendiam kan.
lalu tengok lah website airasia.
nampak tambang ke Pekanbaru cuma RM106 return untuk sorang.
kira macam murah jugak la. terus lah beli untuk 2 orang.
pastu plak kat Pekanbaru ada Tune Hotel. haaa lagi best.
booking terus.
pastu kalau ke Pekanbaru ni takyah nak ambik pakej tour bagai, boleh je gerak sendiri.
lagi senang lah kan.
asalnya flight pagi tapi last minute 2 flight disatukan. jadi lah waktu baru 3.20 petang.
tapi pagi 14 september tu saya dengan encik z keluar awal.
pukul 8.30 pagi keluar dah. pegi breakfast kat nasi kerabu keramat, pastu terus zass ke celcom ada urusan.
tengok cepat plak habis urusannya, terus ke office, encik z ada kerja nak habiskan.
pukul 11.30 pagi baru lah gerak naik komuter ke kl sentral.
dari kl sentral lompat atas bas ke lcct sana.
20130916-231639.jpg
: : tak check in bag pun. hand luggage sajork.  beg saya 3.8 kg je. beg encik z 4.5kg : :
20130916-231651.jpg
: : dalam komuter : :
encik z tunjuk thumbs down tu sebab mesin tiket banyak yang jahanam.
pastu plak train stop kat tempat ladies coach. walhal kat platform tak tertulis ladies coach pun.
sabar yer bang. dunia memang begini.
sampai lcct, check in dan verified document segala.
sempat duduk makan jap kat A & W, solat kat dalam departure hall.
20130916-231705.jpg
saya bagitau flight patut pukul 3.20 petang kan?
tak tahu lah apa masalah, ticketing crew dok turun naik check boarding pass 2,3 orang passengers.
macam ada problem je.
ujung ujung pukul 4.10 petang baru took off.
haaaa saya nak cerita ni.
seat saya dengan encik z tak sebelah sebelah.
seat kitorang sebelah tingkap. saya kat depan. encik z kat belakang.
nah saya lukis supaya korang memahami.
seat
tapi boleh masa naik tu, tengok ada sorang perempuan baik punya sudah pose pose duduk kat seat saya. kaler pink di atas.
saya pun tegur la ‘excuse me miss. your seat number?’
pastu dia terus cakap ‘its ok its ok. u boleh duduk situ‘ tunjuk kat seat warna hijau.
like hello???
kau yang duduk kat seat aku, kau pulak yang bagi permission bagi aku duduk kat seat kau?
aku ada mintak kah pun?
bukanlah saya kisah sangat nak duduk seat mana, tapi beradablah.
patutnya dia tanya saya ‘boleh tak kalau i nak duduk tepi tingkap ni, u duduk kat seat i situ?’
haaaa ok la camtu.
ni kau pulak cam bagi arahan dan permission.
tak sempat saya bukak mulut nak menaga, encik z kata haa ok ok awak duduk sini.
merefer pada seat warna hijau tu lah.
rerupanya bila turun bawah, saya tanya encik z, dia kata dia ingatkan saya ok nak duduk situ.
yang sebenarnya saya tak ok! eiieieiie suka suka je hijack seat orang. sakit pulak hati kita neh!
dari naik flight sampai lah terbang, ada 3 orang perempuan yang duduk kat seat warna purple tu dok la bersembang berborak kuat tergelak mengilai ngilai.
dari tutur bahasa, orang utara.
bertudung bagai tapi cakap punya lah kuat dah kenapa korang?
adoiyaiii kusut mak hencek ok.  pfftt…
perjalanan dari KL ke Pekanbaru ni kalau ikut dalam jadual ambil masa 50 minit.
tapi yang bebetul ada kat atas udara cuma 25 minit je.
naik bas dari KL sentral pegi lcct pun sejam ok.
oh, masa kat udara kan, ada sekali tu kapalterbang bergoyang goyang pastu dia macam terhentak jatuh ke bawah.
fuuuuuuuuuuu cuak gila kot masa ni!
saya rasa mungkin ia terlanggar awan tebal lalu terhoyong hayang sebentar.
takut!
pastu masa nak mendarat, minah yang hijack seat saya tu nak muntah, dia tepuk tepuk bahu kawan dia, mintak beg muntah tu. lalu termuntah. sian.
ok pukul 4 petang waktu indonesia alhamdulillah selamat lah semua sampai.
oh waktu kat Pekanbaru ni lewat sejam dari kita ya.
Lapangan Terbang Bandar Udara Internasional Sultan Syarif Kasim II Pekanbaru ni tengah renovate/construction.
So nanti kena naik bas lah dari turun pintu kapal terbang tu untuk ke Terminal.
yang sebenarnya takde la jauh sangat, tapi dah ada bas tu kau naik je lah kan.
tak yah nak rebut rebut sebab bas banyak je pun.
P9140102
: : tu bas dah datang tu. moh ler kita : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
: : dalam bas : :
sampai terminal terus cari toilet.
tetiba tengok minah yang hijack seat saya tu sekali lagi sudah terbelahak muntah depan toilet.
haaaa tu la cik kak, hijack lagi seat saya. tulah la tu.
next time jangan suka suki hijack seat orang, not good.
tanya bebaik la. bukan bagi permission *tak puas hati lagi neh.
tapi takde la saya gelakkan padankan muka dia ke hapa. korang ni.
q panjang. so mari lah bergambar dulu.
20130916-231800.jpg
20130916-231812.jpg
20130916-231831.jpg
20130916-231719.jpg
: : tu ha belakang saya tu minah yang hijack seat saya : :
urusan kastam dan imigresen semua berjalan lancar.
ikutkan semua kena scan thumb print, tapi encik imigresen tu tengok passport saya pastu dia tanya, selalu libur ke indonesia?
saya jawab ya.. lumayan. ini ke 5 kali.
terus dia kata ok, nggak perlu discan thumb print nya.
gitu.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
20130916-231852.jpg
apa khabar Pekanbaru Indonesia?
Salam perkenalan dari saya, Normaya 🙂
P/S : Blouse saya dari ButikSyuhadaAbbyAbadi.  Halfmoon shawal dari instagram @halfmoonshawl & skirt dari ButikNormaya

22 thoughts on “Perjalanan ke Pekanbaru Indonesia

  1. kak, cepat citer apa yg best kat pekan baru.. hihi..
    klau saya, kes kena hijack seat tu, klau tak menaga pun, mau ku jeling2 tajam sket. cakap leklok la kan?

    • heee sabau sabau.. akan diceritakan..

      tu la.. cakap elok2 akak rasa akak ok je..
      ni bagi permission instead mintak permission. grrr..

    • orang beriman memang selalu ditimpa dugaan kak.. *matiklaa..
      ok sabau sabau.. ku mc hari ini.. esok kita sambung

  2. Eeee..biadapnyerr!!dasar wedding planner aka penggubah bunga..#eh tu cite lain..hahahaha..royan xabis lagi..wakakaka..

  3. entry yang memang ditunggu2….pehal minah tu..gayat ke x penah naik flight nak muntah2 bagai..sakit hati plak baca…by the Mya..thanks for the lovely gift..dah sampai dah…

    • tu la pasal.. walhal 25 minit je pun di udara.
      dosa dengan saya la tu hehe..

      eh sampai dah? cepat gilos. baru post petang semalam kot hikss..
      sesama kasih along 🙂

Comments are closed.