Open House Part II

open house day 2, 1 september.
dimulakan dengan ke rumah kak feez kat ampang.
majlis start pukul 12 tengah hari.
pukul 12.05 minit saya dah sampai haha.
tetamu pertama kata kak feez.

tetamu pertama dan rumah pertama, harus makan banyak.
makanan semua pun sedap plisss.
hah tengok saya rajin snap ni.
tu pun satay saya tak ambik.

kueyteow goreng adik ipar kak feez goreng panas panas.
fuhhh. sedapp.
pastu ada mee rebus, kambing dengan salad, rojak, cendol.
kenyang sekenyang kenyangnya!

20130901-220152.jpg

20130901-215655.jpg
: : kak feez : :

saya pernah blogkan kat blog lama dulu, tumpang kereta kak feez panjat genting highlands, tengok malaysian idol finale.
masa tu daniel vs sapa ntah.
saya migraine hebat, sampai sampai genting terus muntah belahak.
sib baik tak muntah dalam kereta kak feez he he.

rumah kak feez bebetul berdepan dengan KDE.
saya pernah masuk pertandingan ratu *lah sangat lama duluuuu.
final buat kat KDE ni lah.
masa buat show kat plaza alam sentral shah alam dulu, saya ingat lagi mariah, nida & lynda ada datang bagi sokongan.
ingat ke idok korang? ada gambar kat rumah saya tu he he.

20130901-215710.jpg
: : #ootd dress poplook. dah banyak kali kot tayang kann : :

dari ampang terus zasss ke kajang.
mau beraya di rumah ex boss saya, encik JM.
last year pun saya ada beraya kat rumah ia.
antara boss yang paling baik pernah saya bekerjasama.

sebab dah kenyang makan banyak kat rumah kak feez, so kat sini makan lite lite je.
lite tak lite nasi minyak & laksa johor lah hik hik.

20130901-215725.jpg

20130901-220139.jpg

dari kajang terus zass ke puchong.
saya tidur bangun tidur bangun ha tak sampai sampai agi.
tapi kendian sampai gak la.
salleh jemput kat petrol pam sebab katanya jalan masuk rumah parents beliau beronak berliku berduri.

20130901-220244.jpg
: : encik z, salleh, mya, tasha : :

sempat lah salleh buat luahan perasaan kat encik z.
apa nak buat salleh, dah nasib kita.
tapi u dah keluar, untunglaaaa.
i ni masih meratapi menangisi hari, sobss..

rumah terakhir. kat sri hartamas. rumah fin.
2 hari berturut turut menjelang petang hujan turun kan.
tapi ok apa, sejuk je rasa.
kat rumah fin makan putu mayam dengan apam balik.
pekena teh tarik. uuu layan.

20130901-215747.jpg

gitulah kisah open house saya yang back to back.
letih tapi saya happy sebab dapat berziarah dan jumpa kawan-kawan.
semoga murah rezeki mereka semua.

maka syawal pun berakhir…..

14 thoughts on “Open House Part II

  1. “Cik Siti Wan Kembang” ke ha tajuk pertandingan tu… tajuk tu ingat-ingat lupa, tapi kejadian pi bagi sokongan tu kami ingatlah…

  2. banyaknya jemputan Mya..rajin betul mya pi eh…senang cik abang ada boleh bwk kan…along ni…dah lama x leh drive..lesen pun dah lama mati…nak belajar balik takut..fobia..semua ada…

Comments are closed.