Mari memasak belimbing buluh

bebaru ni kaktin bagi belimbing buluh seplastik.
katanya kawan ia bagi. gamak memang ada pokok nya kot.
lepas dapat belimbing buluh tu cam termenung kejap la.
nak masak apa dengan belimbing buluh ni?
ku manalah reti.

20130910-163715.jpg

heyy apa yang tak reti?
google kan ada! google je lah.
jumpa resepi gitu gini gitu gini.
pastu cam ooo boleh buat masak lemak kuning.

makanya jadilah udang masak lemak kuning bersama belimbing buluh.
alaa dulu pun saya pernah je buat udang masak lemak kuning ni.
tinggal lagi kali ni campak belimbing buluh je la kan.
siappp. n sedappp he he.
resepi? jangan ngengada. senang sangat kot. dah pi google sana.

20130910-163726.jpg

menu kedua. tapi di hari lain lah.
tetiga masakan ni saya buat hari lain lain yo.
sambal belimbing buluh ikan bilis.
nampak macam senang dan sedap. so lets try.

tumbuk cili padi, cili merah, belimbing buluh, ikan bilis, garam dan campur sedikit air.
sila pakai protector mata yer. sah sah memercik semua air.

20130911-212626.jpg

haaa siap dah pun.
makan dengan nasi panas panas.
dap dap.

20130911-212633.jpg

masakan yang terakhir.
kerabu ikan campur belimbing buluh.
ikan kembung sekor. saya bakar dalam oven.
bahan kerabu nya bunga kantan, cili padi, taugeh, serai, kerisik dan belimbing buluh.
ikan kembung yang dah siap dibakar tu dicarik carik, pastu gaulkan je dengan semua bahan kerabu yang dah dihiris halus tu.
siap sedia! mudah pantas dan sedap i tell u…

20130911-212640.jpg

20130911-212646.jpg

actually ada lebih lagi belimbing buluh ni.
saya try nak buat sambal hitam pahang tu tapi hadooo.
hangit sampai hitam periuk saya.
takpe next time kalau kaktin bagi lagi, saya akan mencuba sehingga berjaya.
encik z suka sambal hitam pahang tu, tapi saya kureng sikit huhu..

22 thoughts on “Mari memasak belimbing buluh

  1. sedapnya masak letak belimbing buluh..
    masak lemak ikan pun sedap..
    kat rumah i byk betul belimbing buluh ni klu time berbuah
    sampai tak termakan hehehe

    • hee ye ke. apa lagi, boleh masak macam2 jenis masakan belimbing buluh.
      sila lah bereksprimentasi, nanti update kat blog ek.. 🙂

  2. huhu.. haritu lepas raya kami ada ambik belimbing buluh ni dari rumah kak ipaq kami.. banyak berbuah, besaq2… semangat lah nak memasak kononnya… dah siap beli teloq itik kat pasar tani JKR, nak buat lemak cili api teloq itik+belimbing buluh… tapi… kesudahannya belimbing jadi bahan basuh ikan/ayam, teloq dok ada lagi dlm peti ais… sekian..

  3. uuuiii meriah nya. tapi sedap sggh sambal hitam pahang tu. leceh sikit prosesnya, tapi sokayyy…cuba lagi!

  4. A’ah..betul..sambal tumis udang, campur lagi dgn belimbing buluh tu..makan dgn nasik panas2..perghhhhhh..sehingga menjilat jari! (Y)

  5. kalo aku tau ko suka…aku lantingkan kt ko je..umah abah aku aritu back-to-back musimnya,..suma nyer jadi keguguran camtu je..tak larat nak makan n masak dah..hehe..banyak benor buahnya..

Comments are closed.