Makan di Pekanbaru

_MG_5832
: : hai saya lah blackberry sebenar : :
otw nak balik hotel nampak patung blackberry ni.
tapi sian kaki kena rantai. gamak takut kena curi kot.
muka saya cenggitu sebab masa saya pegang dia ada bunyi bunyi.
i bukan nak curi u la. i nak tumpang memotret aja kok..
sebelum sampai hotel ada orang jual jus buah.
oh yer kat pekanbaru ni famous dengan buah buahan segar.
so memang wajibulghunnah korang try jus buah segar yang dijual dalam van ceni.
saya beli jus mangga. RP5000.
boleh pulak lupa nak snap gambar air nya. adoiyaii.
jus
_MG_5839
: : encik z dan rokok endonnya : :
sampai hotel saya migraine secara hebat.
mintak permission dengan encik z nak tidur kejap.
amboihh siap berpermission bagai.
ye la kena la bagitau ia kan. dah datang jejauh, tetiba nak tidur plak apa kes.
tapi saya tak dapat tidur sangat pun. cam tidur tidur ayam gitu je.
pukul lebih camtu terjaga, muntah belahak.
tu la gelakkan lagi minah yang muntah dalam flight tu, tetengok diwi sendiwi muntah.
saya memang gini lah. migraine tahap muntah muntah tu dah biasa dah.
tapi sebab tengah travel kan, cam sedih sikit la di situ.
masa saya tidur, encik z snap gambar di bawah.
so kasi share lah dengan korang eh.
_MG_5841
_MG_5842
pukul 4 petang cakap dengan encik z jom lah cari makan.
lapau kot. lagi pula dah sampai riau ni, haruslah nak try masakan minang/padang.
menapak pepelan ke Rumah Makan & Restoran Kota Buana. famous kat sini.
_MG_5850
2 tingkat. terus naik atas sebab kat atas ada aircond.
kosong je. gamak sebab dah pukul 5 kan. dah lebih waktu lunch dah pun.
_MG_5851
_MG_5852
style masakan minang/padang ni, dia akan letak berpinggan pinggan pelbagai jenis lauk.
tapi akan dicaj berapa banyak lauk yang korang sentuh je.
so decidelah bebetul nak makan lauk yang mana.
jangan cuit sana sikit, sini sikit. sah-sah kena bayau jua nanti.
dan jangan nak tipu ke hapa ek, sini ada cctv ok.
_MG_5856
: : lauk pauk yang dihidangkan : :
_MG_5858
: : kami ambik yang ni je.  ikan goreng, ayam masak cili, sayur, sambal udang dengan petai : :
_MG_5860
: : up dengan es teller : :
oklah rasa ia. nak kata sedap meletup tu takde la sangat.
RP97,000.00 total makan.
otw balik hotel singgah kat vanhollano bakery cabang jalan jendral sudirman.
beli 3 bekas roti siak perisa cheese dan coklat yang sedappp.
_MG_5862
malam tu takde keluar ke mana.
perut pun cam kenyang je lagi pun.
saya buat appointment untuk massage.
depa datang ke bilik. senang kerja mak hencek tak payah nak keluar keluar.
massage
saya ambik traditional bali massage.
RP160,000 untuk 1 jam.
hoihhh sedap gila dapat massage.
pulak budak perempuan yang urut saya tu memang kuat tangannya urut.
sakit. tapi best dan lega!

14 thoughts on “Makan di Pekanbaru

    • hmmm saya minum air kat vanhollano bakery dgn es teller tu je la pun.
      selebihnya saya minum air mineral je.
      tapi ok la takde lak sakit perut ke apa..

Comments are closed.