Hetchuuuuu Cicak!

ada satu malam tu tetiba kak gee whatsapp saya.
dia tanya saya kat mana. masa tu saya tengah makan kat rumah.
pastu kak gee kata nak jumpa kejap. ada hal.
dia ada kat ali maju kat rampai biz park bawah rumah saya tu.

terus lah saya berdebau debau.
saya tanya kenapa kak gee.
kak gee kata ada lah hal sikit.
saya suruh cakap kat whatsapp je tapi dia kata kalau dapat jumpa lagi bagus.

saya pun tukar baju sauk tudung, gi lah kat kereta.
boleh la jalan kaki tapi cam malas lah.
naik kereta je lah kan.
elok dah start enjin dah gerak kereta tetiba saya tengok ada objek baik punya usha saya dari dashboard.

cicak!
cicak!
cicak!

jerit saya dalam hati.

macam gini lah lebih kurang rupa paras cicak itu mengusha saya.
cam teguran ‘assalammualaikum ostajah. ostajah nak ke mana tu?’
begitu kata ku berimaginasi sebagai cicak.

Strategi-Cara-Mengusir-Cicak-Dari-Rumah-1024x721

tapi saya drive jugak la pepelan.
sambil memanjatkan doa di dalam hati supaya cicak ini tidak berupaya lolos ke dalam kereta.

akhirnya saya selamat pergi dan kembali berjumpa kak gee tanpa cicak masuk ke dalam kereta.
so… apa yang kak gee nak cakap dengan saya urgent sangat tu?
biarlah rahsia. *eieieiei poyo nya

gossip? memang tak ah.
kak gee ni sebaik baik umat saya pernah jumpa.
dia pernah cakap dia respek dengan saya sebab saya pun tak gossip dengan dia.
heeeee.
saya gossip dengan kaktin, payiet, encik z & ernie je.
hikss..

esok pagi nya.
nak pergi kerja.
tetengok heyyy hidup lagi cicak ni rupanya.
dah la kat belah penumpang.
saya dah ketakutan.

encik z menyampah je tengok saya.
yer lah. walaupun cicak tidak boleh membunuh tapi merbahaya ok.

20130911-212804.jpg
: : percubaan cicak untuk masuk ke dalam kereta : :

korang pernah baca tak yang ada sorang perempuan cina mati sebab terkejut ada katak dalam kereta dia.
haaaa see.
cicak. lipas. katak.
walaupun tak boleh membunuh kita tapi boleh membuatkan kita terbunuh.
kelas ayat sastera sangat.

saya tujukan lagu cicak ini membunuhku kepada semua cicak yang ada di dunia ini.
:-[ :-[ :-[

22 thoughts on “Hetchuuuuu Cicak!

  1. Ada statistik mengatakan serangga2 dan binatang kecil dalam kereta menyumbang kepada 3% kemalangan jalanraya di US, sebab driver takkan dapat fokus dengan betul dalam aspek pemanduannyer bila menatang2 ni semua ada dalam keta.. Skema plak dah ayat aku. Harap ko faham Maya.. Haha !

    • ye laa kalau dah tau ada lipas, cicak dalam kereta.. harus tak fokus dah memandu kak naja oii.
      hari2 la kena basuh kete ceni. adoii..

  2. eiii geli dgn cicak ni..
    pernah sekali tgh2 tgk tv, cicak jatuh kena kat kaki..
    terus menggelupur ketakutan..
    sampai ke hari ni mmg fobia dgn cicak..

    • kalau halau dia keluar ikut jalan yg benar sokayy la kak, kot masuk bersembunyi dalam bilik ke cemana huhu

  3. kalau kat kampung2 cicak suka bertenggek dalam bilik air. eeeiiii tak suka! ia seperti mengintai kita mandi & pemikiran mula melayang2 memikirkan yg tidak2. dan adakala seperti mau menerkam kita. ehh menerkam tu mcm bunyi rimau plak..hehe..tapi yelah itu yg saya rasakan. makanya saya adalah tak suka.

  4. Hoi kalau i pun tobat tak leh kosentret nk drive. Kena dia merangkak naik kat bumbung kereta pastu jatuh atas kepala pastu kita menjerit seluas2 mulut pastu dia masuk dlm mulut kita, camna??? Haha dah macam filem parent trap. Haha

  5. hahaha sy penah mengalami kejadian ade apetah eh menepek kat side mirror belah pemandu. cicak ke? ntah. sy just drive lelaju sampai hewan tu tershampak dari kereta saye.. wakakakakaka now anything can fly~~~~~

  6. kami pernah ada pengalaman cicak masuk dalam keta.. eeeiiioouuuu… rasanya kami pernah tulis dalam blog. dulu.. eh blog tu apa eh?? kikiki

  7. klu saya confirm berenti tepi pastu cari la apa2 alat nk bg dia lari..huish mmg xkn blh concentrate driving selagi btempek kt situ..brp kali ade lipas dlm kete tenampak trus stop kete…heheeh…geeelliii!

    • akak sebab yg drive sorang2 tu malam kan..
      tu yg terus je drive gak tapi memang doa laa tak henti2 jgn sampai cicak tu masuk kereta huhu

Comments are closed.